Sunday, April 7, 2013

3 sebab utama laptop cepat jadi hang dan panas


Mungkin korang pernah bertanya punca dan sebab kenapa laptop korang cepat menjadi panas dan windows hang (tersekat/slow). Jika posting sebelum ini menyentuh sedikit sebanyak tips serta cara penjagaan laptop dari segi perkakasan, update aku kali ini akan menjelaskan antara punca masalah utama yang sering dihadapi oleh korang-korang diluar sana sebagai pengguna laptop (notebook) or netbook dengan kepanasan suhu di bawah permukaan laptop yang sering menyebabkan windows hang (hang), shutdown dan restart sendiri.

1. Laluan Udara Heatsink Terganggu
  • Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah adalah berpunca dari saluran heatsink yang terganggu oleh kumpulan segala jenis habuk dan adik beradik habuk serta family habuk itu sekali yang menyebabkan kepanasan pada pemproses pusat (CPU) meningkat tinggi. Heatsink adalah lapisan metal yang bertindak sebagai penebat haba yang menyalurkan kepanasan pemproses keluar dari ruang dalaman laptop.
  • Kepanasan adalah musuh utama sebarang komponen elektronik yang sering kali menyebabkan Windows korang menjadi hang (jeda). Untuk memastikan komponen berada dalam suhu yang sesuai, setiap laluan pengudaraan mestilah dalam keadaan baik dan lancar. Namun, korang tidak mungkin dapat mengelak dari masalah ini. Kumpulan segala jenis habuk dan adik beradik habuk serta family habuk yang tebal pada heatsink terkumpul sedikit demi sedikit yang menyukarkan anda untuk mengawalnya.
  • Servis pada heatsink sekurang-kurangnya 6 bulan sekali adalah yang terbaik bagi semua jenis peralatan mobile (notebook, laptop dan netbook). Servis pada heatsink perlu dilakukan oleh mereka yang mahir mengendalikan perkakasan laptop dan tidak sepatutnya melebihi RM50 sebagai kos upah servis. Kalau lebih upahnya, ketuk jup kepala pemilik kedai tuh, tak pun boom jup kedai dia.. Pehhh aku mengajar benda yang karut.. Setelah selesai korang melakukan servis, korang akan dapat merasai perbezaannya (laptop tidak lagi panas seperti sebelumnya dan tidak lagi hang)…


2. Kipas Heatsink tidak berfungsi
  • Pastikan fan atau kipas heatsink berfungsi dengan baik. Untuk memastikan ianya berfungsi, korang hanya perlu mendengar dengan teliti dari bawah laptop korang yang sepatutnya kedengaran seperti kipas yang sedang berpusing. Kebanyakkan laptop pada masa kini mempunyai kemampuan bagi kelajuan pusingan kipas yang dikawal oleh suhu pemproses. Ini bermakna tidak semestinya korang akan mendengar kipas heatsink berpusing setiap masa, ini adalah bagi meningkatkan jangka hayat penggunaan bateri.
  • Semak tetapan BIOS bagi mengenal pasti mode pusingan kipas heatsink. Sebaiknya biarkan kipas berfungsi pada setiap masa. Kipas heatsink yang gagal berfungsi perlu ditukar segera. Ianya boleh menyebabkan kepanasan terlampau yang akan mengganggu ketahanan komponen lain disekitar unit pemproses (CPU) dan sudah tentu akan menyebabkan Windows hang. Elak dari meletakkan laptop atas permukaan tidak sekata seperti di atas karpet atau tilam yang semestinya akan menutup ruang pengudaraan yang diperlukan bagi kipas dan mekanisma penyejuk laptop atau notepad korang berfungsi dengan baik. Ini tak, baring melengkor macam buaya kenyang sambil tuh online atas tilam.. Biasa buatkan, kadang-kadang aku pun sama, muwahahahaha… :D


3. Hard Disk failure
  • Kitaran masa penggunaan sesuatu peralatan mempunyai had-had tertentu yang telah dikenal pasti oleh pembuat. Disini, bermakna setiap komponen atau peralatan mempunyai tempoh hayat tertentu. Hard Disk adalah antara peralatan yang sering dibawah jangka hayat ditetapkan pengeluar. Ia juga merupakan salah satu faktor penyebar haba yang terbanyak selepas pemproses (CPU & chipset) yang menyebabkan peralatan laptop, notebook dan netbook korang berasa agak panas dan boleh menyebabkan gangguan seperti masalah Windows hang.
  • Kepanasan yang berterusan pada hard disk juga akan memendekkan jangka hayat hard disk. Biasanya, sebelum sebarang hard disk menjadi total-lost, keupayaan hard disk tersebut terganggu. Gangguan ini juga mengakibatkan Windows sering kali bermasalah dan “hang” disebabkan kesemua fail-fail windows adalah terletak di dalam hard disk tersebut. Adalah digalakkan bagi korang untuk menyemak status SMART hard disk sebagai langkah berjaga jaga dari sebarang kemungkinan hard disk failure yang boleh mengakibatkan kehilangan keseluruhan data di dalamnya…


Ok lah korang, cuba cek sekejap.. Jangan tau pakai jup.. Ini pakai tahu, cek sekejap pun malas macam kerbau makan rumput satu padang stadium bukit jalil.. Pehh ayat aku.. Tapi, bila dah jahanam laptop tuh, dia pun campak kat neraka jahanam.. Bhahahaha..

YOUR SINCERELY:

Kami bezpren 4 ever..

1 comment :