Sunday, April 7, 2013

Tips Kembangkan Karier

Karier… Sebut pasal karier ni, tentu korang semua tentu nak kerja yang bagus, berpendapatan tinggi dan best kan mengikut minat korang. Pada yang dah bekerja pula, korang yang dah naik pangkat tuh okay lah kan.. But untuk korang yang berada di posisi yang sama jup although korang dah bekerja dari dulu dan telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya di syarikat yang sama, apa cer pulak?? Tak nak ke nak bangkit seperti orang lain??

Jangan hanya static dekat posisi korang tu jup, dengan alasan sudah selesa berada disitu.. Jangan, jangan dan jangan.. So, minggu ini blogger nak citer sikit pasal tips macam mana kembangkan karier.. Belajar untuk menjadi seseorang yang lebih hebat dan mampu menjadi contoh kepada orang lain.. Itu yang penting.. But, jangan berlagak pulak.. Okaylah, jom layan..


* Tips-tipsnya *


1. Jangan jadikan wang sebagai motivasi utama
  • Semua orang kat dunia ni akan bekerja jugak. Lepas tamat sekolah, pasti akan bekerja kalau tak sambung belajar.. Kalau sambung belajar pun, lepas tamat pengajian pasti akan bekerja jugak. Mereka yang bekerja ni bukan hanya untuk mendapatkan imbuhan keperluan tetapi juga kerana ingin menerapkan kemampuan yang mereka miliki. Cuba korang yang dah bekerja ni, bayangkan berapa gaji pengurus korang, gaji orang atasan korang?? Gaji mereka amat tinggi..
  • Dan lagi satu, korang bayangkan lagi kalau gaji korang pulak macam tu… Bahagiakah?? Maybe kot.. But, korang jangan berfikir macam tuh.. Besar mana pun gaji kita, itu tidak menjadi penentu kebahagian korang. Apa yang penting dan perlu korang ingat adalah jadikanlah pembangunan dalam kerjaya korang itu sebagai satu motivasi. Jangan jadikan hasil dan imbuhan yang diperoleh setiap bulan itu sebagai alasan untuk korang terus bekerja.. Okay..

2. Berbanggalah dengan pekerjaan korang
  • Berbangga dengan pekerjaan korang merupakan salah satu perkara yang wajib dan selalu ditunjukkan. Dengan cara ini akan menyedarkan atau membuatkan orang lain sama ada dipejabat, di dalam lingkungan tempat tinggal atau geng-geng dari bidang yang lain, bahawa korang bekerja bukan hanya menumpang untuk mencari makan. Sebaliknya korang bangga dan ikhlas bekerja di tempat korang dan jawatan korang sekarang.

3. Tentukan sasaran dan lakukan perubahan dari sekarang
  • Sasarsan amat penting untuk korang tentukan matlamat korang kelak.. Jika tanpa sasaran, mungkin matlamat yang hendak dicapai tidak kesampaian. Sebelum membuat sasaran atau sebarang matlamat, cuba korang tanya  diri korang dulu.. “Dimanakah aku 5 tahun akan datang?.” Tempoh untuk korang capai sasaran itu amat penting dan bergantung kepada korang either korang nak capai sasaran itu dalam tempoh terdekat atau pun untuk tempoh yang lebih lama.
  • Teruskan bertanya kepada diri korang.. Jangan berhenti.. Cuba tanya “Adakah aku di posisi yang sama 5 tahun kelak? Adakah aku puas dengan apa yang aku capai sekarang?.” If answer korang tidak, please lanjutkan sasaran korang tuh. If ya, teruskan apa yang korang nak capai.. Cubalah korang bermuhasabah diri dahulu..

4. Sentiasa berusaha memperbaiki diri
  • Kalau bolehkan, biarkan apa yang ada disekeliling korang itu, dikelilingi oleh sesuatu yang boleh mendorong korang menjadi yang lebih baik dan mendorong korang untuk mencapai kejayaan korang.. Perlulah berusaha dengan lebih gigih.. Tingkatkan prestasi kerja dan diri korang tuh ke tahap yang lebih atau paling maksima yang mampu korang buat. Caranya mudah jup, sentiasa bergaul dengan mereka yang cemerlang, banyakkan membaca buku mengenai bidang yang korang ceburi, mengikuti kursus-kursus dan program-program motivasi atau apa-apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi diri korang.

5. Bersainglah dengan sihat
  • Dekat syarikat atau organisasi mana sekalipun, tak kesahlah kecil mahupun besar kedabak, pasti akan wujud persaingan. Apabila wujud persaingan yang sihat, ini akan membuatkan korang lebih bersemangat dan ghairah untuk bekerja. Bersaing itu perlu, but mestilah dengan cara yang sihat tanpa ada perasaan dengki dan iri hati dengan orang lain.. Ini tak, tak boleh tengok orang lebih sikit, mulalah nak annoying..

6. Jangan ketagih pujian
  • Sesiapa sahaja pun, kalau diberi pujian pasti akan timbul rasa bangga dalam diri. If korang melakukan sesuatu kerja dengan jaya dan hebat, is not wrong if korang mendapat pujian.. But, jangan pulak korang menjadi ketagih dengan pujian. Buatlah sesuatu kerja itu dengan ikhlas, bukan nak pujian semata-mata. Korang tahu tak, kalau korang nak pujian semata-mata, korang dah melencong dari tujuan sebenar untuk apa kerja korang buat tu.. So korang perlulah terima pujian itu sebagai satu pujian semata-mata, bukan sebagai keperluan dalam bekerja..

7. Ringan Mulut dan Ringan Tulang dengan semua orang
  • Tak kesahlah apa pun jawatan korang, korang boss ke, pekerja biasa ke, cubalah bergaul dengan semua orang terutama sekali di tempat kerja korang.. Bergaulah dengan mereka.. Kalau boleh, jadikan mereka rakan bersembang.. Tunjukkan sense of humur korang dan jangan kedekut untuk memberikan pertolongan kepada rakan-rakan korang. Lebih banyak rakan adalah lebih baik dari banyak musuh.. Kalau banyak musuh, hidup korang yang tak senang..

8. Jangan lupa berdoa dan beribadah
  • Perkara yang paling asas dan penting serta mudah untuk dilaksanakan.. Bukan berjam-jam pun.. Sekejap jup.. Kalau tak boleh buat, tembaklah diri korang sendiri..


YOUR SINCERELY:

No Komen

1 comment :