Siapa kat sini ada akuarium, yang ada
bela ikan dekat rumah.. Sila angkat tangan?? Ha kan, dah macam cikgu menanya
dekat anak murid pulak dah.. Kebiasaannya mereka-mereka yang cintakan alam dan
sayangkan binatang macam saya ini, yang akan ada haiwan peliharaan.. Tak
kisahlah kucing ke, anjing ke (for non-muslim), ikan ke, hamster ke, dan
bermacam-macam lagi lah..
Entry kali ini khas kepada yang
sukakan haiwan-haiwan akuatik.. Mereka-mereka ni pasti ada membela ikan atau
apa-apa sahaja haiwan akuatik yang ada although mereka bela di dalam baling
yang kecil yang bulat tuh, atau akuarium yang besar kedabak yang macam kotak TV
65 inci.. hahaha.. Ha, korang yang membela ni, jangan tau bela jup.. Jangan tak
bagi makan.. Ada lagi satu benda yang paling penting, cara penjagaan dan
rawatan untuk ikan-ikan yang dibela ini..
Tempat tinggal mereka juga perlu
pastikan ianya bersih dan teratur.. Kat sini ada beberapa tips yang boleh
korang ambil untuk penjagaan tempat tinggal ikan-ikan yang korang bela tuh..
- Korang perlu ingat bahawa tangki perlu diletakkan berdekatan dengan sumber elektrik dan jauh daripada sumber cahaya matahari.
- Do not use any soap and detergent untuk membersihkan akuarium korang tuh.
- Hindari daripada menggunakan peralatan yang diperbuat daripada besi. Air masin akan membuatkan ianya berkarat paham..
- Tiub lampu Kalimantan perlu ditukarkan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memberikan efisien yang terbaik.
- Lampu incandescent boleh menjadi lebih panas. Hindari air daripada terkena pada lampu kerana ianya akan pecah uollzzz..
- Jangan biarkan lampu akuarium menyala sepanjang hari dari siang sampai malam. Ikan juga memerlukan tempoh masa untuk bergelap sama juga seperti manusia yang memerlukan keadaan gelap untuk tidur.
- Tambahkan hanya beberapa jenis ikan pada satu masa dan lihat bagaimana ia menyesuaikan diri. Jangan masukkan air yang membawa ikan ke dalam akuarium.
- Pilih jenis ikan yang boleh hidup di antara satu sama lain dan ikan yang menjalankan tugas seperti memakan alga.
Ok uollzz, that all for the tips
today.. If I got more, I will share with you all.. As Salam.
Assalamualaikum , nak tanye , kenape tak boleh letak aquarium dekat dengan matahari ?
ReplyDeleteAkuarium akan mudah berlumut dan terpaksa letak lampu ultraviolet pyla pada penapis untuk matikan alga2....
DeleteAkuarium akan mudah berlumut dan terpaksa letak lampu ultraviolet pyla pada penapis untuk matikan alga2....
Deleteslm,mcm mna filter akuarium yg sesuai utk ikan emas ya? utk menapis air nya supaya x cepat kotor sebb ikan emas suka berak..😅
ReplyDelete