Tuesday, June 4, 2013

Tips Penjagaan Akuarium

Siapa kat sini ada akuarium, yang ada bela ikan dekat rumah.. Sila angkat tangan?? Ha kan, dah macam cikgu menanya dekat anak murid pulak dah.. Kebiasaannya mereka-mereka yang cintakan alam dan sayangkan binatang macam saya ini, yang akan ada haiwan peliharaan.. Tak kisahlah kucing ke, anjing ke (for non-muslim), ikan ke, hamster ke, dan bermacam-macam lagi lah..

Entry kali ini khas kepada yang sukakan haiwan-haiwan akuatik.. Mereka-mereka ni pasti ada membela ikan atau apa-apa sahaja haiwan akuatik yang ada although mereka bela di dalam baling yang kecil yang bulat tuh, atau akuarium yang besar kedabak yang macam kotak TV 65 inci.. hahaha.. Ha, korang yang membela ni, jangan tau bela jup.. Jangan tak bagi makan.. Ada lagi satu benda yang paling penting, cara penjagaan dan rawatan untuk ikan-ikan yang dibela ini..

Tempat tinggal mereka juga perlu pastikan ianya bersih dan teratur.. Kat sini ada beberapa tips yang boleh korang ambil untuk penjagaan tempat tinggal ikan-ikan yang korang bela tuh..

  1. Korang perlu ingat bahawa tangki perlu diletakkan berdekatan dengan sumber elektrik dan jauh daripada sumber cahaya matahari.
  2. Do not use any soap and detergent untuk membersihkan akuarium korang tuh.
  3. Hindari daripada menggunakan peralatan yang diperbuat daripada besi. Air masin akan membuatkan ianya berkarat paham..
  4. Tiub lampu Kalimantan perlu ditukarkan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memberikan efisien yang terbaik.
  5. Lampu incandescent boleh menjadi lebih panas. Hindari air daripada terkena pada lampu kerana ianya akan pecah uollzzz..
  6. Jangan biarkan lampu akuarium menyala sepanjang hari dari siang sampai malam. Ikan juga memerlukan tempoh masa untuk bergelap sama juga seperti manusia yang memerlukan keadaan gelap untuk tidur.
  7. Tambahkan hanya beberapa jenis ikan pada satu masa dan lihat bagaimana ia menyesuaikan diri. Jangan masukkan air yang membawa ikan ke dalam akuarium.
  8. Pilih jenis ikan yang boleh hidup di antara satu sama lain dan ikan yang menjalankan tugas seperti memakan alga.
Ok uollzz, that all for the tips today.. If I got more, I will share with you all.. As Salam.

YOUR SINCERELY: 


Sayang Papa Sowg niyh... Besar dah...

4 comments :

  1. Assalamualaikum , nak tanye , kenape tak boleh letak aquarium dekat dengan matahari ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akuarium akan mudah berlumut dan terpaksa letak lampu ultraviolet pyla pada penapis untuk matikan alga2....

      Delete
    2. Akuarium akan mudah berlumut dan terpaksa letak lampu ultraviolet pyla pada penapis untuk matikan alga2....

      Delete
  2. slm,mcm mna filter akuarium yg sesuai utk ikan emas ya? utk menapis air nya supaya x cepat kotor sebb ikan emas suka berak..😅

    ReplyDelete