Saturday, September 14, 2013

Manfaat Limau Nipis

All people know, manfaat limau nipis memang tidak dapat dinafikan lagi. Content of vitamin B yang terdapat di dalam limau nipis ni memang terbukti can give us kebaikan for our body. Selain digunakan sebagai bahan dalam produk kecantikan, limau nipis basically digunakan untuk merawat kulit, wajah dan rambut. Limau nipis juga dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti batuk, radang serta melancarkan sistem pencernaan. Antara manfaat limau nipis yang iollss dapat kat dalam magazine ISihat ialah:


*untuk lelaki dan wanita

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT 
1. Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.
2. Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Uollss boleh lakukan lebih daripada sekali for the not disappointed result appear.


MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH
1. Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.
2. Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.
3. Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar. 
4. Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit uollss semua pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.


MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN
1. Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan uollss pasti dapat rasakan perubahannya. Tak payah nak pakai deodorant lagi dah...
2. Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku uollss. Sure uollss gembira melihat hasilnya...
3. Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment