Friday, October 11, 2013

Enam Manfaat Serai Untuk Kesihatan

Serai selalu di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi... But uollss semua tau tak serai ni banyak manfaat for our health... Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. That’s why English we call it as ‘lemongrass’.. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Jom tengok apa manfaat serai... Lepas ni boleh tanam serai bebanyak kan..

Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok dah lazim sangat dah. Jangan risau, benda ni boleh di atasi dengan mengunakan serai jup. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi uollss yang kuning dan hitam tuh. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika uollss mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit uollss tuh. Serai bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
If uollss nak tau, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu uollss semua melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan turut hilang.

Ajen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.


Ha, banyakkan... So apa tunggu lagi, pi tanam serai banyak-banyak dekat belakang rumah... Lepas tuh boleh buat ubat macam kat atas tadi uollsss... I tak payah.. keliling rumah penuh serai u... Balik jup kampong kalau nak...

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment