Wednesday, November 6, 2013

Buerger+Cigarette

Rokok..!!!!!!!!! Hurmmmm sememangnya boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan dan penyakit2 bahaya ya.. Hope pembaca blog iollsss semuanya anti rokok... Amin... Ada satu lagi penyakit akibat rokok yang amat merbahaya dan menyebabkan kemudaratan... Penyakit tersebut dipanggil buerger not burger okiesss... Take it serious, jangan buat memain..


Komplikasi Penyakit

Penyakit ni jarang didengar, bukan jaranglah tak pernahkan.. Iollsss ni pun baru jup tau... Penyakit buerger atau namasaintifiknya tromboangiltis terjadi akibat inflamasi atau penyempitan pembuluh daraharteri dan vena yang berlaku terutama sekali pada kedua-dua anggota kaki dan tangn.. Itu yang hitam jup kuku kaki dengan tangan, lepas tuh kata sebab cagu... Saja nak cari alasan.. Kajian mendapati kebanyakan penghidap penyakit ini adalah perokok tegar atau mereka yang sering mengunyah tembakau.. Ini kerana penyebab utama penyakit ini adalah akibat nikotin yang boleh menyebabkan radang di bahagian saluran darah, bengkak dan akhirnya ia tersumbut dan berlakunya pembekuan darah... Akhirnya secara langsung akan merosakkan tisu kulit dan membawa kepada jangkitan serta gangrene iatu matinya sel tubuh.. Jika tidak dirawat, berkemungkinan besar anggota jari kaki dan tangan terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan terus merebak...


Pantau Gejala Daripada Merebak

Antara simptom2 penyakit buerger:
  1. Jari tangan dan kaki menjadi pucat, kemerah-merahan, kebiruan dan rasa sangat sejuk...
  2. Sakit dipergelangan tangan dan kaki..
  3. Membakar dan merasai kesemutan...
  4. Kesakitan biasanya berlaku ketika sedang berehat...
  5. Kesakitan akan lebih teruk dan terasa apabila korang berada dalam keadaan sejuk dan tekanan emosi...
  6. Sakit dibuku lali ketika berjalan dan bergerak...
  7. Perubahan warna dan keadaan kilit...
  8. Basically menjejaskan dua atau lebih anggota badan...


Ubah Gaya Hidup

Rawatan yang teramat mujarab adalah seperti berikut (no need to see the doctor):
  1. Pesakit perlu menghentikan penggunaan tembakau either smoking or chew it.
  2. Elakkan diri daripada keadaan yang terlampau sejuk. Ia penting untuk melancarkan peredaran darah ditangan dan kaki.
  3. Sentiasa pastikan tubuh badan hangat dan panas.
  4. Senaman ringan mampu meningkatkan peredaran darah.
  5. Pengguna program aspirin dan ubat-ubatan mampu membuka saluran darah.


Ok semua, begitu bahaya sekali rokok ni ya.. Most of penyakit datang dari diew.. So berhati-hatilah bile merokok tuh.. Better stop lagi bagus... For me better kita cegah terlebih dahulu daripada kita merawat... Ok peace yalll...

p/s: Aku bukan perokok tegar.. That’s all

YOUR SINCEELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment