No achievement can we get in this
world without helped from others people... Ahli politik perlukan undian dan
kepercayaan rakyat untuk mentadbir dia puna kingdom, penyanyi, pelakon bagai
need the peminatuntuk terus maju ke depan.. asao same with student like us...
Seorang pelajar cemerlang bukan menjadi ohsem dan cemerlang hanya kerana usaha,
kebijaksanaan diri dia sahaja... Banyak pihak lain yang menyokongdisekeliling
depa including cikgu2, kengkawan dan ahli keluarga sendiri...
Wasaaaappppppppppp yalll.... Pehhh...
Aku sendiri ketawa baca intro yang aku buat kat atas tuh... Dah macam
pendahuluan karangan SPM jup... Ai maklumlah SPM esok dah start kan.. First
paper sejarah pulak tuh... HAMBEEKKKK KAWWWW!!!!!
So disini iollsss nak cerita sikit
pasal pelajar cemerlang yang ada kat negara kita niyh.. Bersesuaian dengan
tajuk, keluarga pelajar cemerlang... Pelajar cemerlang bukan terhasil dengan
sendirinya yup.. Ada beberapa faktor yang menjadikan sesebuah institusi
keluarga itu cemerlang tahap dewa Neptune... So kita tengok apa yang ada dalam
keluarga pelajar cemerlang niyh...
1. Ibu Bapa Sebagai Penyokong Awal
- The relationship between anak bgn mak bapak amat penting dalam kehidupan.. Parents adalah guru pertama kitew dalam mengajar erti kehidupan... Banyak ilmu awal yang kitew semua pelajari... Dari bisu, pelat2, sampai dah clearly bercakap... Pemboleh ubah bergerak balas: lebih banyak dan kuat sokongan ibu bapa, lebih pantas untuk seorang anak belajar dan memahami erti kehidupan yang sebenar... Itu yang dipanggil sokongan dan dorongan ibu bapa... So anak n parents kat luar sana, pekalah sikit yew...
2. Menjaga Pengaruh Adik-Beradik
- Adik-beradik yang lain juga mempengaruhi untuk membentuk peribadi seorang pelajar, terutama bagi seorang adik yang banyak mempengaruhi tingkah laku dan proses pembelajaran abang dan kakaknya... Kecemerlangan yang digondol oleh anak yang lebih tua akan menjadi motivasi dan inspirasi kepada aik2nya...
3. Bandingkan Dengan Sepupu
- Basiclly dalam keluarga yang besar, kebanyankan sepupu sepapat ni suka membandingkan diri mereka sesama mereka.. Ini merupakan satu persaingan... Lebih2 lagi yang sama umur.. If yang kazen ni lemah sedikit dari kazen dia, mulalah dia berusaha untuk mencapai lebih baik dari kazen dia.. Pujian dan dorongan amat perlu untuk menjadikan persaingan ini berterusan dan menjadi pesaingan sihat...
4. Peranan Saudara-Mara
- Saudara-mara jugak mempunyai peranan yang amat penting dalam membentuk pelajar cemerlang... If salah seorang dalam keluarga yang besar merupakan individu yang berjaya dalam bidang-bidang tertentu, maka dia akan menjadi galakan dan model untuk saudara-mara terutama yang dibawah umur darinya untuk mengikuti jejak langkahnya... This is positive way, take a note... J
5. Tanggungjawab Pelajar Dalam
Keluarga
- Peranan yang besar menanti seseorang itu dalam sebuah keluarga... Bukan ahli keluarga yang lain jup yang ada responsibilities, kita yang pelajar ni pun ada jugak malah lebih besar... Always taking care our relationship between us and each our family members especially our parents.. Dengar cakap ibu bapa, jangan melawan atau membantah... Itulah tanggungjawab paling besar yang perlu dipikul oleh kita semua... Insyaallah, kita pasti berjaya... Tanpa mereka siapalah kita dan tanpa doa mereka siapalah kita sekarang ni...
p/s: sedih bila baca balik... terasa
macam nak ulang balik masa..
YOUR SINCERELY:
SAFIE MOKHTAR
No comments :
Post a Comment