Monday, November 25, 2013

Tips Membeli Emas (Part I)

Suka nak taip benda niyh, entry kali niyh... Assalamualaikum uollsss semua... Entry kali ini amat bersesuaianlah untuk makcik2 dekat luar sana yang orang kampong panggil Kiah, Jemah, Jah, Nab, Senah, dan macam2 lagilah... Leman dengan Usup, entry untuk kitew2 kaum lelaki nanti2 taip lagi yup... Kesian uollsss Leman, tapi entry yang lepas banyak jugak pasal uollsss, nanti tengok yup... Hahahaha... Tajuk kali ini iollsss nak cerita pasal emas atau omputeh kata gold... Siapa tak suka emas kan, semua orang suka... Benda yang bernilai dan mahal... Kalau dapat n then jual, kaya teman yob... Sebab tuh saudagar emas semua kaya-raya... Kerja mereka cuma mencari dan menjual emas..

Tapi bukan senang nak dapat emas niyh... Sebab susah lah sekarang niyh wujud emas “zhulian” yang berharga murah... Pirates lah yang niyh... Tapi banyak jugak orang pakai... Sebut pasal pemakaian emas niyh, hanya kaum yang bergelar hawa, perempuan, wanita dtau betina sahaja yang boleh mengenakan emas pada tubuh badan mereka... Emas untuk lelaki adalah haram disisi agama... Begitu jugak dengan sutere yup... Kalau tak percaya, uollsss boleh bukak Al-Quran...

Tak nak membebel bebanyak dekat sini... Biasalah iollsss kan, mulut macam Azwan Ali... But gaya iollsss dan perwatakkan iollsss tak macam tuh uollsss... Sumpah geli geleman tengok dia tuh... Buat dosa jup hidup dekat dunia... Niyh lagi tak baik mengumpat orang... Astaghfirullahalazim, Subahan Allah... Apa nak jadi... Ok back to our story... Nak ceritalah dekat sini macam mana nak beli emas... Tips yang uolllsss kena tau masa nak beli emas, especially yang gegurl tuh... But, yang pasti jugak beboboy pun kena jugak amik tau... Karang dibuatnya bini ko dah gian shopping emas baru ko tau langit tuh tinggi ke rendah... Lagi2 yang dapat bini macam mami jarum tuh... Hang pa lah yang kena cucuk jarum dengan bini hang pa na...

Tips yang yang iollsss maksudkan kat sini ialah cara-cara yang betul untuk membeli emas kat kedai emas, tak kira la sama ada kedai cina apek ngan nyonya kopet atau kedai melayu dan india. Actually ramai yang tak ambil kisah sebenarnya tentang cara-cara yang betul membeli emas. Depa main tibai jup... Lepas tuh pakai sampai kat ketiak, jalan satu penang tayang menayang... Apa dalam otak dia tau nak bergaya jup, benda lain lantak pi lah sama dia kan, main campak jauh tuh nun kat balik pulau sana... Biasanya perempuanlah, siapa lagi kan... Tengok citer mami jarum dah tau dah... Pehhh kalau aku dapat sebelah tangan dia pun, dah cukup kaya dah agaknya...
Tak nak cakap banyak, jom terjag apa tips2 nyewww....
Tip1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
  • Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (yang kandungan emasnya 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Lagi satu ianya emas sepenuhnya kot... Sayang nak jual agaknya... Untuk kenal yang mana satu emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman. Sanggup ke nak bakar??

Tip2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
  • Elakkan membeli barang kemas yang berlubang atau kosong di dalamnya. Benda niyh penting untuk memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau ko pajak kat kedia apek kopek tuh tak apalah... Tapi rugi lah gila. Sumpah rugi... Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.Another than that, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak, dan adik-beradik jahanam semualah... Payah nak mention satu2. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%... Banyak tu gila. 25% tuh dah berapa kalau harga emas ko satu 3K... Boleh belanja barang dapur kot... Lepas sesangat rasanya... Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai...

Tip3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
  • Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750...

Disebabkan banyak membebel masa starting tadi, maka tips niyh pun terhenti disini dan bersambung pada entry akan datang pulak yup... Banyak gila nak menaip, malas aku, penat pun ya... Daripada iollsss habiskan taip sampai berjela-jela, better aku sambung buat lab practical weyh... esok nak hantar... Karang mampos aku kena ceramah bagai... hahaha... Hebat tak, dah seminggu bagi, baru sekarang nak buat... Macam sial perangai...
Apa pun, kalau marah sebab tak habis baca, sorry ya uollsss... Nanti uollsss baca next entry PART II pulak deh... Jangan marah deh... Senyum sokmo deh... Salam deh... Makan lah dadih... hahahaha....
Thank You to uollsss yang sudi baca...
p/s: mimpi jadi saudagar emas... awwwwww....

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment