Monday, November 25, 2013

Tips Membeli Rumah Pertama (Part I Story)

Bila sebut pasal rumah ni, semua orang takut... Sama macam iollsss... Takut kot, harga rumah dengan tanah naik mendadak... Kalau diikutkan macam tak nak beli... Kalau ada tanah pusaka tuh untung sesangat sebab dah ada jaminan untuk tinggal kat situ... Yang ada rumah pusaka peninggalan keluarga tuh lagi untung... Just repair2 jup apa yang patut... Tapi jangan sampai nak bergaduh bagai yup dengan adik beradik pulak... Kalau tak nak bergaduh, better cari rumah sendiri...

Dalam jiwa setiap orang, semua nak ada rumah sendiri... Betul dak?? Iollsss pun nak sangat ada rumah sendiri... Tapi masa belum mengizinkan... But, jika uollsss nak beli rumah, jaga2 yup... Make sure uollsss membeli rumah tuh dengan rasional sekali... Ai maklumlah kan, pembelian rumah tuh adalah pembelian yang paling besar sekali dalam hidup bagi kebanyakkan orang... Although weollsss nak rumah sendiri, means tak perlu lah sampai nak bergolok gadai untuk mendapatkannya... Ada tips penting yang perlu ditekankan dekat sini untuk membeli rumah... 1st home for us... Jom tengok...

1. Pastikan Ada Pendapatan Tetap
  • Uollsss semua tau tak, orang yang mampu membeli rumah dengan tunai pada masa itu jugak boleh dikira dengan jari sahaja... Amat sedikit yup... Yang lain semua berhutang-piutang untuk memiliki rumah sendiri... Pehhh, yang boleh dikira dengan jari tuh mesti kaya gaban bapak kau mak cik saodah... Ha, hambekkk kawww... So, untuk kitew2 niyh, suka atau tak suka, we need to owe with bank until take a long times such as20 to 30 years... For those yang makan gaji tuh, benda2 macam ni mudah... sekejap jup bank mesti luluskan pinjaman uollsss tuh... For those yang buat business sendiri, uollsss kena make sure yang uollsss ada account bank especially akuan semasa yang membuktikan uollsss ada pendapatan tetap dari business yang uollsss buat tuh...

2. Kira Kelayakan Pembiayaan Rumah
  • After weollsss ada pendapatan tetap, weollsss kenalah ukur baju dekat badan sendiri... If badan ko besar macam gajah, besarlah baju ko pakai... If badan ko macam leher burung unta, keciklah baju ko jang oi... Pihak bank akan kira kelayakan weollsss, iollsss, uollsss and deyollss semua berdasarkan “Debt Service Ratio (DSR)”...
  • Setahu iollsss, maklumlah, dedulu kala masa sekolah ada belajar ekonomi... Amat berguna ilmu ekonomi woi... Untung uollsss yang masuk kelas account tau... Macam iollsss kelas sains, tuh yang dok menghafal periodic table bagai tuh... Tapi add subject ekonomi... Tuh yang tau pasal niyh semua... Kalau tak muka bodoh jup... Yang dia tau sains tak habis2... Back to our story, setahu iollsss lah kan, sekitar 70% DSR tuh bergantung pada bank... Lagi rendah DSR, lagi senang nak dapat pembiayaan... See, pemboleh ubah... sains tuh...
  • Macam niyh nak kira DSR yup:

DSR = Jumlah semua instalment hutang-hutang korang / Jumlah income korang X 100%
Contoh: Hutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM400) + Hutang kad kredit (RM50) + Hutang ASB Loan (RM50) / Gaji Tetap + Part-time (RM5K) X 100% = 20% (masih di bawah DSR 65%)TAPI KALAUHutang kereta (RM500) + Hutang rumah (RM1K) + Hutang kad kredit (RM1.5K) + Hutang personal loan (RM1K) / Income (RM5K) x 100% = 80% (> DSR 65%), elok uollsss lupakan je la hasrat nak tambah loan lagi melainkan:i) Uollsss tambahkan income uollsss tuh duluii) Uollsss reducekan jumlah hutang uollsss tu

3. Kalau Ada Pendapatan Sampingan Lagi Bagus
  • Contoh pendapatan sampingan uollsss adalah: Elauan bulanan, Dividen, Bonus setiap bulan, Pendapatan dari part time job yang uollsss buat tuh dan mana tau uollsss ada business... Tak kesahlah although jual tempe goring sekali pun... Ada juga duit tepi...
  • Make sure kesemua pendapatan sampingan uollsss niyh dibuktikan melalui akaun bank. Bukti yang paling kuat adalah rekod cukai pendapatan. Uollsss yang study ekonomi tuh tau semua niyh ya... Tok yang kelas sains bagai tuh, jangan nak bongkak sangatlah... Meh baca sini... Konon dia kelas pandai advance lah... Iollsss bukan nak berpaling tadah, tapi kebanyakkan yang bodoh sombong niyh dari kalangan mereka yang dah memang pandai dan megah dengan kepandaian dia... Jadi, weollsss ada pilihan untuk membeli rumah yang lebih mahal yang berada di lokasi yang lebih baik dan strategic... Sape tau kan, sekelip mata orang yang memandang jup uollsss boleh duduk dalam rumah sehebat rumah Datuk Yusof Haslam...

4. Pakai Kad Kredit
  • Sedih dengar... Tapi ini perkara benar... Sila mohon kad kredit dari sekarang... Just guna untuk mula membina laporan kredit jup... Bukan guna untuk uollsss berhutang sesuka hati yup... Bukan tok shopping sakan... Sebab tuh ko muflis giler... Kan dah marah niyh... Sabar2.. rilek brader brader rilek... Macam ni caranya, weollsss dapat menggunakan kad kredit tersebut untuk pembelian petrol dan langsaikan kesemua hutang tersebut pada setiap hujung bulan... Bank lebih mudah beri pembiayaan kepada orang yang ada rekod berhutang dengan bank. Jadi, mula lah berhutang secara kecil-kecilan seperti menggunakan kad kredit... sob… sob… :’(

Rasanya part 1 niyh cukup sekadar empat tips jup kot... Later iolllsss sambung lagi yup... Suka nak membebel dekat uollsss semua tau tak... Apa pun keep use yang empat niyh dulu... after that baru iollsss sambung yang kelima ok... Best kan dengar orang tua ni membebel... Daripada blog ni kosong tak ada entry... Ok sambung next entry...

Thank you to all of you yang read this entry... Tak adalah hebat sangat... Sekadar berkongsi untuk kebaikan sahaja uollsss.. Ok jumpa uollsss dekat next entry dengan tajuk yang sama tapi bahagian kedua... Tak sanggup aku nak menaip panjang2.. Ko engat aku tak ada keje lain ke... Salam...

p/s: mood tak stabil.. Tapi hati manyak baik ma...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment