Saturday, March 15, 2014

7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang (Part I)

Assalamualiakum uollsss semua, story kali niyh iollsss still bercerita mengenai Lifestyle family... Bersesuaian dengan tema, iollsss nak story kat uollsss semua cara ataupun kaedah macam mana nak mendidik anak cemerlang... Entry niyh merupakan sambungan daripada entry yang lepas iaitu mengenai Petua Agar Anak Dengar Cakap... Walaupun iollsss belum kahwin dan belum mempunyai anak, cuma anak saudara belambak, namun masih boleh dipraktikkan dan mempelajari apa yang iollsss tulis niyh... Suatu hari nanti kita semua akan berkeluarga, persediaan awal perlu dibuat bermula dari sekarang awal umur 20an niyh... Karang lambat nanti terkapai-kapai pulak dah...

Didalam mendidik anak-anak, berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibu bapa dalam menghasilkan zuriat yang cemerlang... Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza-beza sifat dan perangainya... Apa yang dipraktikkan untuk anak sulung tidak akan sama dengan apa yang dipraktikkan untuk anak bongsu...  Menurut Dr. Fadzillah Kamsah didalam bukunya yang bertajuk 21 kaedah mendidik anak cemerlang yang iollsss beli dan baca, kemahiran dalam mendidik anak-anak adalah berlainan antara ibubapa-ibubapa lain... Ini kerana ilmu keibubapaan merupakan ilmu yang tiada sukatan pelajaran... Ianya merupakan salah satu ilmu kemahioran yang patut dimiliki oleh ibubapa seperti ilmu kewangan, ilmu rumahtangga atau ilmu keagamaan...

Namun demikian, Dr. Fadzillah ada menggariskan tujuh kaedah dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang berjaya dan cemerlang dalam hidup... Tujuh kaedah tersebut adalah seperti berikut (Tiga daripada Tujuh):

1. Kaedah Pesanan dan Arahan
  • Kaedah ini merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W.... Biasakan mendidik anak-anak dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu... Selepas itu boleh dilihat bagaimana reaksi mereka... Apakah dengan sekali pesanan atau arahan mereka boleh melakukannya atau perlu dipesan berkali-kali barulah pesanan dan arahan itu dapat diikuti...
  • Sudah pastinya ibubapa hendaklah memberi arahan dan pesanan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan... Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik... Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak:
  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik

2. Kaedah Bercerita
  • Kaedah bercerita boleh menguatkan lagi hubungan anak-anak dengan ibu bapa... Ibubapa boleh bercerita tentang pelbagai kisah motivasi terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya... Tujuan bercerita ialah supaya anak-anak secara tidak langsung dapat dididik melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut.
  • Selain daripada itu, ianya dapat mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, yang mana anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas tentang apa yang diceritakan dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita...

3. Kaedah Soal Jawab 
  • Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab... Bersoal jawab dengan anak dapat menggerakkan minda mereka... Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka... Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya...
  • Ibu bapa seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh anak-anak... Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu... Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya...
  • Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi... Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini... Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang... Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang...

Oklah uollsss semua, sampai kat sini dulu lah yup... Later kat next entry iollsss update sambungannya yang ke-4 hingga habis... Tak larat nak menaip lagi.. Mata dah nak rabak rasanya... Waktu puncak niyh orang dah melawat ke mana-mana dah... Ada dah sampai London, Paris, Japan, USA, iollsss still kat sini lagi... Next entry secepat mungkin akan di update untuk tatapan uollsss semua... Wah ayat macam pembaca berita... Dahlah kat atas tuh semua dah macam pakar motivasi punya ayat... Bored kan.. Hahahaha...

Lepas ni kita jumpa lagi yup... Salam...

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment