Assalamualaikum uollsss semua, rindu tak dengan iollsss... Kalau
rindu Alhamdulillah, meh baca meh... Kalau tak rindu, gi mam la ko, ada aku
kesah... Hahahaha... Tak marah, cakap jup... Ok lah uollsss semua, today punya
story iollsss nak cerita lagi pasal kaum Adam macam iollsss yang charming gilew
niyh... *Tengah perah santan ni uollsss... hahahaha...
Uollsss yang perempuan pernah nampak tak lelaki memasak?? Kalau
tak pernah, memang pembohong besar... Kebanyakkan chef-chef yang terkenal di
seluruh dunia sudah semestinya kaum lelaki bukan?? Eh, tak percaya boleh
google... Kat Malaysia niyh pun kebanyakkan chef semuanya lelaki... Contoh
paling dekat Chef Sher, Chef Zam and the legend Datuk Chef Wan... Ko tengok,
betul tak aku cakap... Tapi tahu tak uollsss yang kebanyakkan lelaki ni memang
jarang nak memasak.. betul tak? ekeke. Jom tengok antara 9 fakta-fakta menarik
apabila lelaki memasak..
- Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.
- Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.
- Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.
- Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.
- Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
- Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.
- Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
- Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?
- Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat awek. Tak pun dalam proses nak mengorat.. hahaha
Jom
masak.. Iollsss nak masak niyh... Wakakakaka...
YOUR SINCERELY:
SAFIE
MOKHTAR
No comments :
Post a Comment