Thursday, March 13, 2014

Wajah Cerah Dalam Masa Seminggu

Perempuan dengan kecantikan tidak boleh dipisahkan ibarat 'aur dan tebing', kerana kecantikan itu adalah teman sejati setiap wanita... But kat sini iollsss bukan nak cerita pasal perempuan dan kecantikkan yup... Kat sini today punya stiry iollsss nak cerita pasal lelaki dan kecantikkan... Ada ke?? Totally ada sebab kat luar sana ramai lelaki yang metroseksual okay... So apa yang akan iollsss tulis niyh boleh dipraktikkan oleh kedua-dua kaum pada masa yang sama... Tak ada pilih kasih sebab iollsss ni tersangatlah baik... *Astagafirullahalazim, terpuji diri sendiri pulak...

So bagaimana untuk mengekal kecantikan dan ketampanan wajah uollsss tuh untuk sentiasa cerah dan adakah cara untuk mendapatkan kulit wajah cerah dalam masa seminggu...?? Sila jawab... Yess, ada caranya untuk mendapat wajah yang cerah, bersih dan halus mulus dengan syarat uollsss semua si tampan bergaya dan cantik menawan kat luar sana perlukan disiplin, komited dan konsisten untuk mengamalnya kerana untuk mendapatkannya perlukan sedikit pengorbanan bukan...

Walaupun kita sering merungut cuaca panas terik dan sinar mahatari boleh membuatkan kulit kusam dan kering tetapi jangan bimbang ada cara mudah untuk mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit wajah uollsss tuh supaya nampak segar terutama yang perempuan dan lelaki metroseksual kat luar sana... Kat sini ada beberapa tips yang boleh uollsss amalkan... Jom kita tengok apa yang ada...

Rajin bersihkan muka
  • Tip pertama dan yang paling penting rajin-rajinlah bersihkan muka uollsss tuh dan haruslah tahu untuk menggunakan pencuci muka yang bersesuaian untuk kulit uollsss... Kalau boleh lakukan setiap pagi dan selepas melakukan aktiviti sukan kerana pastinya masa itu uollsss akan berpeluh dan perlukan penjagaan muka yang rapi...

Lakukan urutan di sekeliling wajah
  • Lakukanlah sedikit urutan di bahagian muka ketika hendak mencuci muka dengan memicit dan mengosok lembut di bahagian muka kerana ianya boleh melancarkan aliran darah... Teknik ini turut boleh diamalkan untuk menghilang tekanan disamping dapat melegakan dan membuat uollsss lebih selesa selepas itu...

Scrubing
  • Kebiasaannya mengikut kajian punca kulit nampak kusam, lesu dan tidak bermaya ini disebabkan kulit sel telah mati di kawasan liang pori muka... So, untuk menghilangkannya ialah dengan menggunakan teknik 'scrubing'... Sangat tebukti dan berkesan untuk menanggal segala bintik hitam dan kulit mati... Scrubing juga dapat memberikan kesegaran pada wajah uollsss tuh lelaagi yang dah penat dngan aktiviti seharian... 

Amalkan penggunaan 'sunblock'
  • Sekiranya uollsss semua peminat aktiviti lasak dan 'outdoor', uollsss haruslah menjaga kelembapan kulit dengan mengamalkan penggunaan krim atau 'sunblock'... Ianya untuk melindungi kecerahan kulit selain tidak elok dibiarkan kulit terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari takut-takut bukan sahaja boleh mengelapkan kulit malah macam2 punca kerosakan kulit muka boleh muncul... Ingatan untuk lelaki kat luar sana sebab lelaki niyh suka aktiviti outdoor yang lelasak niyh... Macam iollsss...

Guna 'masker'
  • Sebelum tidur amalkan tip ini iaitu menggunakan 'masker' untuk menyingkir sel mati yang ada pada wajah uollsss. Teknik ini lebih berkesan daripada scrub kerana kandungannya boleh menyerap ke dalam kulit wajah... Malahan ia juga boleh memberi nutrisi dan mampu untuk memutihkan kulit...

Kesemua kat atas niyh amat perlu diamalkan terutama kepada uollsss yang bergelar jejaka tampan dan si jelita menawan... Uollsss semua boleh berpenampilan segak dan menawan if uollsss rajin untuk melakukan penjagaan pada badan uollsss... Apa pun cuba dulu, don’t give up... Kalau tak berhasil jugak, dah memang ko tuh macam tuh nak buat macam mana kan... Ok Bye...

Salam

p/s: Kalau tak berhasil minta pertolonganNya...

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment