Friday, February 1, 2013

Fakta Seram Sejuk

Assalamualaikum, hari ni blogger boyz nak kongsi pasal sesuatu yang kita semua tidak tahu mengenai web.. Seram sejukkan bunyinya.. hahaha.. seramlah sangatkan..

Korang semua nak tahu tak fakta hebat ni.. Manusia seluruh dunia membuat 131 billion carian di laman web iaitu bersamaan dengan 4 billion setiap hari, 174 juta setiap jam dan 3 juta setiap minit.. Gempak tak gempakkan korang.. Dengan pencarian atas talian mendominasi aktiviti atas talian, bagaimanakah kita akan selamat?? Cer bagitahu sekarang..?? Adakah korang semua yakin dengan terma enjin carian yang dinyatakan?? Cer cerita..

Jawapannya dah tentulah tidakkan.. Pasti korang yang bijaksana lagi pandai tahu jawapannya.. Hal ini demikian kerana, apabila korang melakukan carian, enjin carian banyak mempertimbangkan faktor lain selain daripada apa yang korang nakkan,, Antaranya kan korang seperti:

1. Frekuensi
  • Beberapa kali halaman mempunyai kata carian yang diminta dan bilangan halaman pada web mengandungi kata carian tersebut.

2. Popularity
  • Faktor bilangan klik pada halaman.. Kliklah banyak-banyak dekat blog ni taw korang.. hehehehe

3. Pautan
  • Bilangan dan reputasi atau keutamaan pautan tersebut kepada dan daripada halamannya.

4. Penempatan
  • Terma pada tajuk adalah lebih berat berbanding pada kandungan..

5. Kandungan
  • Informasi yang enjin carian tahu berkaitan anda seperti peranti, lokasi dan sejarah carian..

Apakah yang boleh terjadi..................?????????? Jeng, jeng, jeng.............
Malware dan Phishing (Dah bincang pada tajuk Computer Issue dan Computer Issue Part 2)

Korang semua boleh dijangkiti malware dengan melawat laman web tersebut yang akan berkemungkinan besar mengancam komputer dan privasi korang.. Ada lebih 700K laman yang dikatakan berniat jahat yang aktif dan purata lebih kurang 9K dijumpai setiap hari.. Terukkan..
Penjenayah siber mencipta laman web phishing yang memang sangat realistik dan memberi tumpuan untuk mengumpul maklumat peribadi. Pada setiap minitkan korang, 1.4 laman phishing telah dikesan. Laman phishing ni biasanya disasarkan pada bank dan servis pembayaran,, Yang paling lazimlah senang kata..

Kenapa perlu ambil risiko ketika membuat carian???

Melakukan carian dengan selamat bukanlah perkara yang begitu sukar jika korang tahu bagaimana nak melindungi diri..

1. Sentiasa Berwaspada
  • Jika pautan carian bertukar kepada kandungan percuma atau tawaran yang terlalu baik, maka korang perlu lebih berhati-hati.
2. Sentiasa lebih berhati-hati
  • Penjenayah siber sentiasa menubuhkan laman web palsu dan berniat jahat yang akan mendominasikan hail carian masa sensetif.
3. Semak alamat web
  • Jika berlaku sebarang salah ejaan ataupun petunjuk lain yang mengandungi pautan mungkin akan mengarahkan anda ke laman web palsu.
4. Lindungi diri anda
  • Gunkan sistem keselamatan menyeluruh yang sentiasa dikemaskini dengan alat carian selamat yang mampu mengenal pasti laman web berisiko dalam keputusan enjin carian.

Oklah uollzzz... Tamat sudah forum kali ini.. Amacam, seram sejuk tak korang?? Dengan informasi ini, blogger boyz berharap korang dapat online dengan selamat.. Amin...

Ok, Assalamualaikum..

Thankzz to uolllzzz yang baca okay.. semoga korang dapat menambahkan pengetahuan.. Insyaallah... Salam chaiyookkkkkkkkk........

Your Sincerely:
Suka update diwaktu puncak.. Nak tidur ni.. Sempat lagi menaip.. Mata kuyu jup kan.. mihmihmih

No comments :

Post a Comment