Tuesday, March 12, 2013

Tips EXAM untuk IPTA/IPTS


Hai korang, entry ni khas buat semua yang bergelar pelajar IPTA/IPTS yang sedang atau bakal menduduki peperiksaan pertengahan dan akhir semester.

Jom baca selanjutnya...

Ini tipsnya (lebih kepada peringatan):

sebelum keluar rumah:
1) lengkap berpakaian kemas.
2) pastikan perut tidak kosong, (at least segelas air)
3) peralatan menulis lengkap, termasuk kalkulator (jika perlu)
4) slip exam + matrix kad.
5) berdoa.

sebelum masuk dewan/bilik exam:
1) pastikan korang dah bersedia untuk jawab soalan.
2) jangan bising.
3) jangan nak mengurat lagi.
4) usha-usha sikit penjaga exam, (manalah tau nanti dia boleh tolong)… hahahaha
5) pastikan korang berada ditempat yang betul, (kang salah bilik n salah seat, malu pula)
6) berdoa.

sebelum buka soalan peperiksaan:
1) kenyit mata dekat orang disebelah, (dengan harapan nanti dapat tiru).. hahahaha, idea yang bernas sesangatlah kan..
2) buat muka EXCITED nak jawab exam.
3) tulis nama atas kertas jawapan.
4) letak slip+matric kad diatas meja.
5) Handphone mesti off, (nanti ganggu ketenteraman pula)
6) berdoa.

semasa menjawab:
1) JAWAB JE LAH apa yang diSOAL.Tak tahu jawapan?!, pandai-pandai koranglah, korang yang studykan

selepas menjawab soalan:
1) tutup kertas soalan dan jawapan.
2) buat muka EXCITED.
3) kemas peralatan menulis. Masukkan matric kad+slip exam sekali.
4) On handphone, itu yang penting... (post status dekat FB dah selesai jawab exam!!, tweet banyak-banyak, mention geng-geng korang yang jawab exam sama.. weeee, barulah meriah)
5) berdoa.
6) BLAH dari bilik exam dengan cepat.. (rasional=kawan-kawan tak menyibuk korang jawab soalan yang mana, betul ke tidak...)
7) balik rumah.
8) bersedia untuk exam yang seterusnya. Ulang kaji ya.. Insyaallah, hari-hari yang seterusnya buat perkara yang sama..

sekian, tips untuk lulus dengan jayanya. DOA semasa mengulangkaji pelajaran, sebelum masuk bilik peperiksaan, semasa lupa menjawab soalan, dan memohon kejayaan.. Ameennn.

YOUR SINCERELY:

eeeeeeeeee comelnya ... hahahaha

No comments :

Post a Comment