….sambung
dari part satu..
Nabi
Muhammad S.A.W. kehilangan ayah ketika beliau masih lagi didalam kandungan
ibunya manakala beliau kehilangan ibunya pula pada usia sebegitu muda atau
dikenali sebagai kanak-kanak.. Bayangkan betapa beratnya dugaan yang menimpan
nabi daripada kita semua umatnya..
Assalamualaikum
uollsss semua.. Hari niyh iollsss nak sambung lagi story yang lepas.. Semoga
uollsss semua terhibur ya..
Orang
Miskin
Bila
kita berjalan-jalan disekitar bandaraya Kuala Lumpur memang tidak dapat
dinafikan banyak golongan gelandangan dan peminta sedekah disekitar kawasan
bandaraya.. Kawasan yang paling banyak adalah disekitar KLCC, Jalan TAR, Masjid
India dan Chow Kit Road.. Namun kita sering tertanya-tanya kenapa dengan mereka
ini.. Adakah ianya satu penipuan seperti yang ditunjukkan di dalam televisyen
or mereka betul-betul tidak mampu untuk menampung atau menyara kehidupan
dibandar besar ini.. Hurmmm tiada jawapan yang pasti…
Masa
aku nak pergi ke kelas tempoh hari, sewaktu aku berjalan di jejantas untuk ke
stesen KTM Bank Negara, aku ternampak ramai sangat peminta sedekah disitu.. Ada
seorang ibu yang membawa anak kecil tak silan 2 orang.. Si abang dalam
lingkungan 3 tahun manakala si adik pula masih lagi dalam pangkuan si ibu.. Aku
cuba mendekati…
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam”
dia menjawab..
“Kak,
ambil ni ya buat belanja anak2”.. Aku menghulurkan n0tes RM10.. Si ibu
mengambil lalu mengucapkan terima kasih..
“Kak,
noleh saya tanya sikit?” Aku memberanikan diri manakala Ibu tadi hanya
menganggukkan kepala dengan malasnya.. Nampak kelihatan sangat penat sekali…
“Kak,
kenapa bawak budak2 ni? Kenapa tak tinggalkan dekat rumah?”..
“Saya
tak ada rumah.. Saya duduk sini dah dua tahun.. Malam saya tidur di masjid
mandi sana.. Bapak budak-budak ni memang tak guna.. Tau sedap buat anak lepas
tuh lari tinggalkan kami.. Memang dasar se***”… Marah sekali dia.. Mungkin ada
peristiwa keji yang membuatkan dia marah yang berlaku sebelum ini…
“Sabarlah
kak, dah ini ketentuan Tuhan.. Akak dari mana??”
“Pahang…”
“Jauh
tuh kak.. Suami akak ada kat sana ke?”
“Ye,
akak lari dari dia.. Tak tahan dengan perangai dia, kaki judi, kaki botol..
Anak dia yang sulung ni pun selalu kena pukul.. Orang tak siuman je buat macam
tuh..” Marah sekali dia..
“Sabarlah
kak.. Dah ketentuan tuh namanya.. Tapi kak, bahaya duduk sini tau.. Nanti kalau
DBKL datang, dorang tangkap akak..”
“Alah
dah 3 bulan akak macam ni, tak ada apa2 pun.. Akak lebih rela duduk sini
daripada duduk rumah puaka tuh.. Biarlah kalau dia orang nak tangkap sekali
pun.. Akak dah tak kesah dah..”..
“Oklah
kak, saya pergi dulu ya.. Assalamualikum..”
Aku
pun terus berjalan menuju ke Halt KTM Bank Negara.. Sebelum aku masuk, aku
toleh balik ke arah kakak tuh anak beranak duduk.. Ternyata tersentuh hati
melihat si abang berlari-lari dan bermain sendirian di lorong laluan pejalan
kaki itu.. Lebih tersentuh melihat si adik yang menangis mungkin haus
barangkali kerana ketika aku disitu si adik sedang lena dibuai mimpi indah.. Si
ibu pula sedang memarahi abang mungkin kerana dia takut anaknya hilang kemana
nati ketika bermain.. Maklumlah kat Bandar ni macam-macam boleh terjadi...
Disebalik
apa yang berlaku dan masih lagi bermain dibenak fikiran aku adalah, kenapa
seorang yang bergelar bapa sanggup melakukan hal yang tidak betul sedemikian
sehingga menyebabkan anak dan isteri terabai.. Adakan si bapa kurang pendidikan
atau ilmu agama.. Adakah si bapa tidak takut akan dosa yang telah dia lakukan
terhadap anak-anaknya.. Memang tidak boleh dirungkai namun itulah hakikatnya…
Walau
apapun yang terjadi, kejadian diatas tadi amat memberikan pengajaran yang
bermakna kepada aku… Aku bersyukur sangat kerana Allah menganugerahkan aku
sebuah keluarga yang bahagia walaupun aku tidak mendapat kasih saying seorang
ayah namun apa yang aku dapat dan nikmati ini sudah cukup buat aku.. Walaupun
aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, namun aku tetap bersyukur
kerana aku mempunyai semuanya… Biar kita miskin asalkan kita tidak sombong dan
zalim..
Semiskin-miskin
yang aku rasa pada hari ini tidak dinampakkan seperti seorang yang miskin
kerana apa yang ada disekelilingku sudah mencukupi.. Hanya mulut dan hati je
yang memberontak, namun ianya tidak sekejam yang disangka.. Semiskin-miskin
aku, ada yang lagi miskin dan susah hidupnya.. Nak makan pun meminta-minta..
Nak tidur pun menumpang sana, menumpang sini.. Tetapi aku tidak merasa seperti
itu..
Lagi
satu, apa yang menyedihkan dan memilukan hati adalah, si abang dan si adik..
Mereka pada usia sebegitu sudah merasa hidup yang amat perit sekali walhal
mereka berhak mendapat kesenangan daripada kedua orang tuanya.. Aku amat
bersyukur sekali walaupun hidup dalam keadaan berserdehana more too susah,
namun aku tetap mendapatkan kebahagian, limpahan kasih sayang dan kesenangan
daripada orang yang menjaga aku..
Semua
yang terjadi amat berharga sekali buat diri ini dan semua yang membaca entry
blog niyh.. Semoga kita semua mendapat pedoman dan iktibar daripada dua kisah
diatas.. Apa pun yang k0rang dapat selepas ini, bersyukurlah dengan
pemberiannya kerana kita tidak mungkin mendapat apa yang kita hajatkan, namun
apa yang diberi sudah teramat mencukupi.. Alhamdulillahh…
YOUR SINCERELY:
SAFIE
MOKHTAR
No comments :
Post a Comment