Sunday, March 9, 2014

Kuku dan Kesihatan

Assalamualaikum uollsss semua... Bizi gilew iollsss sekarang niyh... Maklomlah dah masuk final project... Engat time umo 20 niyh tak ada lah bizi sangat... Makin suck to my brain adalah... Tuh yang tak citer tuh... Ni tengah ada masa niyh uollsss, iollsss nak menaip jup banyak-banyak... But, tak tau apa nak diceritakan kepada uollsss semua, dok pikiyak niyh... Ha, kan dah cakap utara... Si Miza dengan Amin lah ni dok mengajiyak ceq niyh... Hahahahaha... Awww so sweet loghat utara na... Thanks Amin n Miza koz ajaq ceq... hahahaha..
.
Ok lah, nak cerita sikit pasal kuku dan kesihatan... Betul kew perkara kuku weollsss semua niyh boleh bagi tau weollsss mengenai kesihatan weollsss semua... Betul kah kesahihan berita ini... Bhahahahaha... Kalau nak tau betul ke tak, uollsss ken abaca sampai habis... Uollsss semua nak tau tak yang weollsss semua niyh banyak menghabiskan pada kuku.. Memotong, membentuk, buffing dan mewarna kuku uollsss tuh serta banyak lagi yang uollsss nak buat, semua tuh memakan masa yang banyak...

Uollsss tau buat semua tuh jup, but uollsss semua tak tau dan tak menghabiskan banyak masa untuk memeriksa kuku-kuku uollsss tuh dan ini bermakna uollsss mungkin tak perasan bulatan kecil, jalur, atau warna ganjil yang boleh menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan badan uollsss. Macam petandalah, supernatural power gituh... So, examiner lah kuku uollsss tuh for uollss to cek keabnomarlan berikut yang boleh nak tolong uollss tengok tanda-tanda or amaran awal macam kat bawah niyh...

1. Kuku Pucat
  • If bahagian bawah kuku uollsss kelihatan pucat seperti hantu, uollsss mungkin mempunyai anemia, gangguan darah yang disebabkan kekurangan darah merah... Ha, nampak tak... Anemia terjadi akibat tahap rendah besi boleh menyebabkan oksigen tidak mencukupi dalam darah, yang menyebabkan kulit dan tisu menjadi pucat, terutamanya tisu di bahagian bawah kuku. Make sure uollsss memakan sumber yang baik daripada besi, termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, dan daging merah, untuk meningkatkan tahap kesihatan uollsss.
  • Lebih serius, kuku pucat juga boleh menjadi tanda diabetes awal atau penyakit hati, yang membawa kepada aliran darah terjejas. So, elakkan makanan yang diproses dengan gula ditapis dan karbohidrat, dan makan lebih banyak serat, sayur-sayuran, dan bijirin penuh.. Benda niyh semua dapat membantu untuk menstabilkan paras gula darah dan menghadkan kerosakan peredaran darah yang disebabkan oleh paras gula yang tidak terkawal...

2. Kekuningan Atau Menebal
  • Kuku kuning dah tentu nampak tak cantik, dan apa yang menyebabkan benda macam niyh berlaku adalah lebih menjelekkan... Kuku yang menebal, dengan atau tanpa warna kuning merupakan ciri jangkitan kulat... Mengikut satu sumber yang iollsss baca kat majalah ISihat, ubat topikal tidak membantu sangat kerana jangkitan berlaku pada bahagian bawah kuku dan plat kuku asas.

3. Garisan Gelap
  • Garisan menegak hitam atau gelap pada kuku sangatlah tidak boleh diabaikan... Korang tau tak ia boleh menjadi tanda ciri melanoma, yang mana memerlukan pengesanan awal dan rawatan... Biarkan kuku uollsss telanjang tanpa memakai apa-apa supaya cahaya matahari dapat menembusi kuku... Pemakaian pengilat kuku akan memberi halangan untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi...

4. Kuku Rapuh, Nipis Atau Tercabut
  • Kuku yang retak boleh mengecewakan, tetapi jika ia retak jika tersentuh sedikit, ia mungkin bermakna tiroid... Kelenjar di leher uollss berfungsi untuk mengawal metabolisme, tenaga dan pertumbuhan, namun disebabkan hormon tiroid terlalu sedikit, jadi ia sering membawa kepada keguguran rambut, kuku rapuh dan nipis serta kuku yang tumbuh dalam kadar perlahan. 
  • Gangguan tiroid juga akan menyebabkan kuku uollsss tercabut kerana berlakunya peningkatan dalam hormon tiroid yang mana boleh mempercepatkan perolehan sel... If uollsss mengalami simptom-simptom kuku yang rapuh, nipis, lambat tumbuh, jumpa doktor secepat yang mungkin untuk ujian darah yang mudah yang boleh menyemak gangguan tiroid, kerana ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan.

5. Garisan Putih
  • Garisan putih mendatar yang meliputi keseluruhan kuku secara berpasangan dan muncul pada lebih daripada satu kuku dipanggil garisan Muehrcke... Ini boleh menjadi petanda penyakit buah pinggang, hati yang tidak normal, atau kekurangan protein dan nutrien lain. Mengikut satu sumber kat majalah ISihat yang gua baca, ia dipercayai disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke kuku kerana penyakit yang tidak pesakit tidak sedar.
  • Namun, terdapat juga tanda mendatar pendek putih yang kebanyakkan daripada weollsss mengalaminya... But uollsss semua jangan risau kerana kebiasaannya akan hilang dengan sendiri.

6. Kuku Berwarna Biru Pucat
  • Muka berwarna biru adalah satu petunjuk yang jelas bahawa seseorang itu kekurangan aliran udara, dan kuku biru bermakna perkara yang sama, uollsss tidak mendapat oksigen yang mencukupi ke hujung jari. Ini boleh disebabkan oleh penyakit pernafasan atau masalah vaskular dipanggil Penyakit 'Raynaud', yang merupakan gangguan saluran darah yang jarang berlaku. Sesetengah orang mempunyai peredaran darah yang lebih perlahan, terutamanya apabila terdedah kepada suhu sejuk. Oleh itu, uollsss dinasihatkan memeriksa tahap darah dan oksigen uollsss jika kuku uollsss terus berfungsi biru kepada doktor....

Oklah uollsss tuh jup nak cerita kat entry kali niyh.. Lepas niyh kalau senyap, bizi lah yup...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR


No comments :

Post a Comment