Sunday, March 9, 2014

My Hometown: Heading To Kluang, Johor (Part I)

Bila bersendirian dekat rumah, inilah jadinya... Tangan tak reti dok diam, bini aku ni on jup memanjang... Apa lagi, menaiplah aku kan... Hahahahaha...

Hi uollsss semua, jumpa lagi kat rancangan pembacaan berhemah bersama iollsss, your worldwide blogger... Suka sangat tau perasan... Geli jup... Oklah, kat sini nak cerita sikit pasal travelling...

Tadi masa iollsss reround kampung iollsss niyh, tetiba terdetik pulak hati nak share pasal kampung iollsss yang indah niyh kat worldwide platform.... Nama tak lah seindah mana, but tempat tuh memang menarik... Jom uollsss semua, iollsss nak share sikit apa itu KLUANG??

Uollsss pernah sampai Kluang tak?? Kalau uollsss semua nak tau, inilah Kluang:

Ha uollsss, inilah Kluang... Lepas niyh iollsss nak listkan apa yang menarik kat Kluang ni yup, jom sesama kita tengok...

1. Gunung Berlumut




The first thing tempat yang perlu korang kunjung ialah Hutan Lipur Gunung Berlumut... Hutan Lipur Gunung Belumut terletak di daerah Kluang, Johor. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung... Sweet kan...


Untuk sampai ke sini:
  • 32 km dari Bandar Kluang melalui Jalan Kluang - Mersing dan 137 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Belumut terletak di dalam Hutan Simpan Kluang yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.
So cepat2lah semua ya berkunjung ke Gunung Berlumut niyh...


2. Gunung Lambak







Gunung Lambak. Gunung setinggi 510m dari atas aras laut ini terletak tidak jauh dari Bandar Kluang, dan hanya 1km sahaja. Kat gunung lambak niyh, uollsss bukan sahaja boleh menghirup udara segar, malah terdapat beberapa aktiviti seperti mandi manda di Gunung Lambak Water Park. Tiket masuk adalah sangat murah dan berpatutan...

Bagi yang meminti aktiviti lasak, Taman Rekreasi dan Air Terjun Gunung Lambak menawarkan aktiviti seperti jungle trekking, mendaki gunung, dan banyak lagi. Laluan sepanjang gunung juga adalah selesa dan sudahpun tersedia...


3. City Center

PLAZA KLUANG PARADE

KLUANG MALL

PLAZA BCB

KOMPLEKS PEKAN RABU

Bagi mereka yang menggemari "window shopping", terdapat beberapa kompleks membeli belah utama di bandar Kluang yang dilengkapi dengan berbagai kemudahan serta menyediakan rangkaian butik butik yang menarik bagi anda yang ingin membeli belah. juga terletak di tengah tengah bandar Kluang...

Oklah uollsss, setakat ini dulu yup... After this iollsss share lagi yup pasal ni.. wait for Part II

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment