Tuesday, July 31, 2012

Lagi-Lagi Kisah Mengenai Mercun

ANJING MATI AKIBAT TERKENA MERCUN BOLA. Inilah tajuk yang teman nak cerita pada k0me semua hari ni.. Macam mana ianya terjadi.. Hmmmm..... Marilah sama-sama kite baca teks yang teman dah sediakan ni..:


NIBONG TEBAL – Angkara pertikaian hutang RM6,000 antara dua rakan, seekor anak anjing menjadi korban letupan mercun bola yang dibalingkan ke sebuah rumah di Taman Tang Ling, Simpang Ampat dekat sini baru-baru ini.

Kejadian pada pukul 3.30 petang Jumaat lalu bukan saja menakutkan penghuni rumah yang gagal membayar hutang malah turut menggemparkan penduduk lain di seluruh taman itu yang mulanya menyangka letupan tersebut berpunca daripada ledakan bom.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, polis mulanya menerima maklumat terdapat kejadian letupan bom di halaman sebuah rumah di Taman Tang Ling.

“Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebelum siasatan mendapati bunyi letupan kuat yang disangka bom sebenarnya letupan segumpal mercun bola.

“Akibat letupan kuat tersebut, seekor anak anjing milik penghuni rumah terbabit mati dipercayai terkena percikan api daripada mercun tersebut,” kata beliau.


Begitulah kisahnya.. Dek kerana hutang, anak anjing yang jadi mangsanya. Apa salah anak anjing tu ya k0me semua. Manusia ni kalau dah tamak hal0ba, macam-macamlah yang dia buat. Ishhhh, jemulah teman dibuatnya. Kenapalah perangai manusia yang mempunyai hasrat dengki, dendam dan sebagainya tak boleh nak diubah..

Awat, hati k0me semua ni dah ditutup oleh Ilahi kah sampai jadi keras macam batu. Susah nak dikata, tepuk dada tanyalah selera sendiri..

No comments :

Post a Comment