Wednesday, March 13, 2013

Tips Rambut Sihat


Baik lelaki mahupun perempuan, yang bertopi atau tidak dan yang bertudung atau tidak juga perlu sangat baca entry ni..  Bagi mereka yang sangat ambil berat akan keadaan rambut mereka, sangat bagus dan syabas diucapkan.. Pasti korang yang jaga rambut dengan betul pasti merasakan kesihatan rambut korang yang sememangnya segar bugar kan..

Buat mereka yang pemalas, mari baca entry ni.. Sesuai untuk korang yang malas nak jaga rambut dank orang.. Sah-sah berbau kan…

1. Pilih syampu mengikut jenis kesusaian rambut dan gender.. Jangan korang main sental jup nak pakai syampu.. Mana ada lelaki pakai sunsilk dan perempuan pakai clear men kan.. Tak pernah dibuat orang.. Lainlah kalau korang nak bertukar jantina.. Muwahahahaha.. Nauzubillah, taubatlah.. Pemilihan syampu ni mengikut jenis rambut yang bersesuaian dengan jenis rambut korang.. Misalnya, rambut jenis bercabang, kering, berminyak, berkelemumur atau yang biasa, semuanya ada jenis syampu tersendiri..

2. Pastikan rambut korang betul-betul kering sebelum korang mengenakan topi atau cap.. Biasanya lelaki akan memakai minyak rambut terlebih dahulu.. Kalau dah pakai minyak rambut, tak payah nak pakai cap ke topi.. Bagi yang perempuan juga sama, pastikan rambut betul-betul kering sebelum korang pakai tudung.. Kalau tidak, rambut yang basah akan berwap di dalam tudung atau cap korang.. Itu yang menyebabkan kegatalan kulit kepala dan kepala korang akan berasa panas jup.. Rimaskan.. kalau lelaki boleh bukak sekejap capnya.. Kalau perempuan, tak kan nak bukak tudung pulak??

3. Daripada membeli syampu yang banyak mengandungi bahan kimia, better korang beli syampu yang banyak atau kaya dengan kandungan bahan semula jadi.. Bahan kimia ini jugalah menyebabkan kerosakan pada rambut korang.. Rambut mudah kering apabila berhadapan dengan cahaya matahari.. Mudah luntur warnanya dan bermacam-macam lagi.. Kalau nak beli syampu, kenalah beli yang kaya kandungan bahan semula jadi, agar rambut kekal sihat.. Better ikut petua orang lama lagi bagus..

4. Khas untuk mereka yang berambut panjang tidak kira lelaki atau perempuan.. Jangan korang ikat rambut masa korang tidur.. Kalau korang mengikat rambut ketika korang tidur, ianya akan mendorong rambut cepat rapuh.. Rambut juga perlukan pengudaraan semasa korang tidur.. Biarlah ianya mengerbang masa korang tidur.. Bukannya ada orang tengok pun selain korang..

5. Elak kerap menggunakan pengering rambut terutamanya orang-orang perempuan ni.. Lelaki tak ada yang pakai pengering rambut pun.. Kalau ada, tak tau lah nak kata apa kan.. Nak tau tak, pengering rambut ni boleh menyebabkan rambut kering dan rosak.. Kalau nak rambut sihat dan segar, gunalah vitamin untuk rambut.. Kana da jual.. Nak rambut cepat kering, duduklah depan kipas.. Tak payah guna pengering rambut ni.. Membazir elektrik jup.. hahahaha

6. Sekali-sekala, sapukan minyak rambut yang mengandungi vitamin E untuk melembabkan rambut.. Vitamin untuk rambut ni ada dijual di kedai-kedai dan farmasi.. Ianya mengikut gender.. Ada khas untuk lelaki dan perempuan.. Jangan main tibai jup pakai.. Rambut korang yang bertukar gender, jangan salahkan jurujual dekat pharmacy pulak ya.. Tapi untuk lelaki, biasa minyak-minyak rambut untuk lelaki memang dah mengandungi vitamin E pun.. Jadi kami dah tak perlu risau..

7. Ada baiknya jangan mewarnakan rambut kerana kandungan ammonia boleh menyebabkan rambut cepat bercabang dan rosak teruk.. Bila rambut bercabang mulalah risau.. Masa warnakan rmbut, tak fikir semua ni bakal berlaku.. Tapi setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. Kalau terjadi seperti ini, cepat-cepatlah berjumpa pakar.. Jangan buat bodoh jup tau korang.. Jangan tunggu sampai rambut korang dah macam rambut nyonya gila baru nak sibok-sibok ya..

8. Jangan sikat rambut ketika rambut masih basah.. Ini kerana, ketika rambut basah, liang-liang roma pada kulit kepala terbuka dan apabila korang sikat, rambut korang akan mudah gugur.. Kalau lepas madi, lap lah kering-kering rambut korang tuh, tak kiralah lelaki ke perempuan, yang rambut panjang ke pendek.. Kena keringkan rambut tu dulu sebelum sikat atau memakai minyak rambut.. Ini tak, lepas mandi lah korang nak sikat rambut, pakai minyak rambut.. Cuba prihatin sikit ya..

9. Lebihkan mengambil makanan yang berasaskan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta banyakkan minum air.. Kita dianjurkan minum air masak lapan gelas sehari.. Begitu mudah pun susah nak ikut kan… Inilah manusia.. Kadang-kadang benda mudah macam ni pun payah nak buat.. Nak tau tak, air boleh menghidratkan tubuh kita agar tidak kering dan lesu.. Ianya juga berkesan untuk kulit kepala agar tidak kering supaya kekemumur pun berkurangan..

10. Last sekali, apa kata kita amalkan juga petua tradisional seperti menyapu kulit kepala dengan jus limau purut untuk mengelakkan kelemumur. Limau purut berfungsi untuk menyegarkan dan merawat kembali kulit kepala yang rosak.. Minyak kelapa juga mampu untuk melebatkan dan menghitamkan rambut. Ini semua terbukti sebab orang dulu-dulu mana ada guna-guna syampu ni..Petua-petua macam nil ah yang dia orang amalkan.. Sebab tu rambut mereka nampak sihat dan cantik.. Yang lelaki Nampak segak dan bergaya, yang perempuan pula nampak ayu dan menawan dengan rambut sihat mereka..

Okay boys and girls yang baca entry ni.., #takeanote

YOUR SINCERELY:

Eeeee comelnya budak ni.. hahahahax

No comments :

Post a Comment