Wednesday, March 20, 2013

Tips Sihat Lelaki - Part III (SAINS KESIHATAN)


Saiz “Mr.” P dan penentu hubungan seksual

Saiz Bukan Penentu

Secara umumnya, saiz zakar orang asia mempunyai ukuran yang berbeza dengan saiz orang ‘Caucasian’. Jadi korang tak payahlah nak risau sangat atau tertekan tentang saiz zakar yang dirasakan di bawah ukuran purata. Actually, saiz zakar bukan menjadi main factor di dalam perhubungan seks, malah ianya memainkan peranan yang kecil sahaja dalam menentukan kepuasan pasangan.

Korang tidak perlulah nak bimbang if korang tidak mengalami ejakulasi pra-matang, mempunyai ghairah yang baik dan ereksi yang tegang! What the important is korang yang dah kahwin ni mesti tahu cara macam mana nak memuaskan pasangan or isteri korang seperti teknik foreplay yang hebat, kenali G-Spots psangan dan must berikan tumpuan yang penuh dan lebih masa untuk teknik-teknik ini.

Apa sahaja saiz zakar korang, dengan mengaplikasikan teknik-teknik memulakan hubungan seksual yang hebat, hubungan kelamin suami dan isteri pasti lebih bermakna. Saranan untuk korang yang dah kahwin, yang belum kahwin, baca jup, nanti boleh dijadikan satu ilmu untuk masa hadapan, jangan nak fikir kuning pulak.. Sepak karang, tak pasal-pasal.. Ok, berbalik pada saranan tadi, sentiasalah berbincang dengan pasangan untuk mengetahui perasaan dan kepuasan setiap kali korang (yang dah kahwin sahaja) melakukan hubungan seks.


Mitos vs Fakta = Adakah benar??

1. Kelelakian diukur melalui saiz
Kenyataan ini sering didatangi sesama lelaki sendiri sebenarnya. Sama sekali tidak ada fakta yang membuktikan bahawa sifat kejantanan dan kelelakian bergantung pada saiz alat sulit seseorang lelaki. Percayalah apa yang sebenarnya membuatkan korang semua kelihatan jantan atau lelaki adalah karekter korang itu sendiri. Realistik dengan kemampuan diri dan professionalisme merupakan cermin sifat kelelakian korang.. Nak Nampak hebat, anak biar ramai dan kahwin biar empat.. Bhahahaha.. Gurau jup..

2. Jari kiri penentu saiz
Sekali lagi saiz dikaitkan dalam hal alat kelamin lelaki. Salah satu mitos yang mengatakan saiz zakar boleh dilihat melalui saiz ibu jari lelaki. Hal ini tidak benar sama sekali dan menurut salah satu kajian yang dilakukan oleh Jyoti Shah di St. Mary’s Hospital, London menyatakan tidak ada kolerasi antara ukuran kaki dengan alat vital lelaki. Dan hasil daripada kajian terhadap 104 zakar yang diukur pada responden tidak ada kesahihan yang boleh dijadikan dalil berhubung dengan hal ini.

3. Alat sulit besar buat hubungan seks lebih lama
Pernyataan diatas yang no 3 tuh adalah tidak benar sama sekali. Lama atau tidak sesuatu hubungan seksual itu berlangsung tidak langsung bergantung pada saiz alat sulit lelaki. Apa yang penting bagi seseorang lelaki, bukan apa yang penting kerjasama tau.. Itu wonderpet yang cakap.. Bhahahaha.. Okay serius, apa yang penting bagi seseorang lelaki adalah keyakinan dalam mengawal dan komunikasi yang bijak amat membantu dalam perhubungan.

4. Wanita mahukan alat sulit yang besar
Who says that female need a large penis when do a sex?? Who said, tell me now.. Amboi marah.. hahahaha… Sebuah survey yang dilakukan terhadap komuniti wanita di penis-website.com menyatakan wanita lebih menyukai zakar pasangannya yang sederhana berbanding yang besar, iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Menurut kajian ini juga, beberapa wanita yang melakukan survey ini mengatakan, saiz zakar yang besar dan panjang amat cenderung untuk mengakibatkan kesakitan malah kecederaan ketika aktiviti seksual dilakukan. Zakar yang terlampau panjang namun tebal, lebih digemari kerana mampu menyentuh G-Spot wanita yang berada sekitar 1 inci dari permukaan vagina.


Info Ukuran Ereksi

1. Orientel: Panjang 10.5cm -14.0cm / Diameter 3.2cm
2. Caucasian: Panjang 14.0cm - 15.5cm / Diameter 4.8cm
3. Dark Skin: Panjang 15.9cm - 20.3cm / Diameter 5.0cm
#sumber dari penis-wbsite.com


Apa itu Mikropenis

Zakar yang terlalu kecil dikenali sebagai mikropenis. Mikropenis terjadi kepada lelaki yang mempunyai masalah kekurangan hormone testosterone semasa proses baligh. Otherwise, lelaki seperti ini mempunyai masalah kekurangan sifat seksual lelaki sekunder, termasuk suara tak garau, tidak mengalami pertumbuhan misai, janggut atau bulu badan, tidak berlaku kekejalan pada otot dan kerap kali mengalami masalah obesity. Sekiranya korang semua mempunyai ciri-ciri lelaki sekunder, korang tidak mempunyai masalah mikropenis. Untuk pengetahuan korang semua juga, masalah mikropenis adalah satu masalah yang jarang berlaku.. So, tak payah nak risau sangatlah..


Kegemukan dan Saiz Alat Sulit

Masalah kegemukan boleh memberi ilusi bahawa seseorang itu mempunyai batang zakar yang pendek. Ini kerana pengumpulan lemak di bahagian ari-ari akan “menenggelamkan” zakar dan zakar akan kelihatan pendek atau kecil terutama semasa lembik. Lelaki yang mengalami masalah ini boleh mengatasinya dengan mengurangkan berat badan secara bersenam. When the fat  kat bahagian ari-ari mula hilang, zakar akan kelihatan normal semula.


Amaran Penting!!!!

Korang semua ada tak sesiapa mempunyai zakar yang kecil?? Jangan sesekali korang menjalankan rawatan memanjangkan zakar. Most of produk yang berada di pasaran tidak terbukti keberkesanannya dari segi kajian saintifik dapat membesarkan saiz zakar. Ianya boleh mengundang kesan sampingan apabila digunakan berpanjangan. Disarankan juga agar tidak melakukan urutan zakar kerana ia amat memudaratkan dan boleh menimbulkan kecederaan pada batang zakar. Suntikan bahan seperti paraffin atau silicon ke dalam batang zakar juga dengan tujuan pembesaran adalah merbahaya dan tidak diakui oleh pengamal-pengamal perubatan moden.. Pengamal-pengamal perubatan tradisional, itu aku tak tahu.. Muwahahaha


Kesan rokok terhadap kemampuan seksual

Saluran Darah

Nikotin yang terdapat dalam darah akan merangsang saluran darah mengecut dan akan mengakibatkan penebalan saluran darah. Ini menyebabkan darah kurang mengalir ke organ-organ tubuh badan manusia termasuklah alat kelamin lelaki. Kesannya akan menjejaskan fungsi alat kelamin lelaki. Ketegangan pada alat kelamin lelaki atau zakar bergantung pada jumlah darah yang mengalir dalam saluran darah ke zakar. Lelaki dispesifikasikan mati pucuk jika alat kelaminnya gagal untuk mencapai ketegangan syahwat yang telah ditetapkan.

Tahap ketegangan:
1. Ketegangan seperti Timun (Paling sempurna sekali)
2. Ketegangan seperti Pisang berkulit (sempurna)
3. Ketegangan seperti Pisang tanpa kulit (tidak sempurna)
4. Ketegangan seperti Taufu (tidak mampu untuk melakukan hubungan seks)


Saraf

Kesan merokok mengganggu fungsi saraf otonomiksecara terus ataupun akibat gangguan saluran darah kecil, bakal menimbulkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Gangguan pada saraf otonomik ini boleh menyebabkan hilang upaya untuk mendaptkan ketegangan syahwat yang sempurna (Difungsi Erektil).


Otak

Nikotin dan juga bahan kimia lain yang terdapat dalam asap rokok boleh mengganggu nafsu seksual seseorang perokok. Kesannya boleh menyebabkan Libido (kurang keghairahan syahwat).


Kenapa mesti amal seks selamat?

Apa itu seks selamat?

Antara langkah-langkah pencegahan virus HIV yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah tidak melakukan seks sebelum kahwin, tidak mengambil dadah dan tidak melakukan seks di luar tabii. Amat penting untuk kita utamakan keadaan kesihatan terutama ketika melakukan hubungan seks dan tidak mementingkan kepuasan nafsu semata-mata. Seks yang selamat adalah seks tanpa pemindahan air mani, cecair kemaluan wanita atau darah di antara korang dan pasangan korang (untuk yang dah kahwin ya.. yang belum ambil ia sebagai pengajaran dan pembelajaran untuk kehidupan akan datang)

Virus HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak terluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur juga tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan.

Cara utama untuk HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlindungan. Air mani, darah, serta cecair kemaluan wanita seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi banyak virus tersebut. Semasa melakukan persetubuhan, virus HIV boleh menembusi tisu-tisu sensetif di dalam kemaluan wanita dan juga lelaki. Risiko jangkitan masih wujud walaupun kemaluan lelaki ditarik keluar sebelum pancutan air mani. Jadi gunakan perlindungan kondom atau pelincir untuk menyekat penyebaran virus ini.

Untuk yang dah kahwin, keperihatinan korang dan pasangan korang amat penting untuk sentiasa mengamalkan seks selamat. Seks tidak semestinya rakus, gopoh, dan terburu-buru, namun korang perlulah berhati-hati sebelum korang dijangkiti. Korang tak perlulah nak malu-malu bagai nak jumpa doktor atau mengemukakan hal ini. Korang hendaklah sentiasa jujur dan berterus-terang dengan pasangan korang supaya si dia paham dan hormat akan batas-batas yang korang telah tetapkan..


Cara HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh di cegah

  1. Menganggap semua pasangan seks pembawa jangkitan HIV dan gunakan kondom setiap kali hubungan seks dilakukan. Walaupun kadar kebocoran kondom sebanyak 10%, namun pengurangan risiko jangkitan HIV adalah 90%.. Banyakkan 50% tuh..
  2. Penggunaan vaksin yang terbukti berkesan. Walaupun masih dalam kajian, keberkesanannya terbukti dan sebanyak 60%.
  3. Melakukan ujian saringan HIV secara sukerela. Setiap daripada kita digalakkan untuk mengambil ujian saringan HIV sebelum bernikah. Ianya dapat membantu mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV sebanyak 95% hingga 99%.


Info tentang HIV (Human Immunodeficiency Virus) / AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome)


  1. Penyakit AIDS yang disebabkan virus HIV mula dikenalpasti pada tahun 1970 lagi.
  2. Dari 42 juta penghidap AIDS, 70% adalah terdiri dari warga Afrika bersamaan 28 juta kes setiap tahun.
  3. Meskipun banyak vaksin terhasil dari pelbagai kajian dan penyelidikan, ubat bagi mengubati penyakit AIDS masih lagi belum terhasil sehingga kini.
  4. Pada tahun 2010, HIV/AIDS telah membunuh 3,000,000 orang di seluruh dunia.
  5. Lebih dari 75% masyarakat di seluruh dunia tidak tahu yang mereka kini sedang menghidap penyakit AIDS.


Tips Penggunaan Kondom

Walaupun ramai diantara kita yang beranggapan keberkesanan penggunaan kondom hanya 70%, namun ternyata kondom merupakan satu penyelesaian utama bagi mengurangkan risiko penyakit kelamin terutama AIDS. So, amat pentinglah untuk korang semua tahu tentang cara dan tips penggunaan kondom dengan betul.

  1. Gunakan kondom yang bermutu dan terjamin kualitinya
  2. Untuk mengelak daripada sebarang jangkitan penyakit kelamin, pastikan kondom digunakan dari awal hingga akhir.
  3. Gunakan pelincir yang betul untuk mengelakkan kerosakan pada kondom. Pelincir yang berasaskan air lebih baik daripada yang berasaskan minyak dan vaselin ataupun krim.
  4. Picitkan sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk tingkatkan sensitivity.
  5. Pilih mengikut kesesuaian.
  6. Untuk mengelak kondom mudah bocor, simpan di tempat yang selamat dan elakkan disimpan terlalu lama
  7. Pada setiap pek kondom terdapat arahan penggunaan dengan cara yang betul. Baca dengan teliti dan fahaminya.
  8. Anda dan pasangan perlulah mengetahui cara bagaimana memasang dan menggunakan kondom. Praktikkan dengan pasangan.
  9. Sentiasa gunakan kondom yang baru setiap kali anda melakukan hubungan seks.
  10. Setelah berlaku ejakulasi, pegang hujung kondom yang melekat pada kemaluan anda untuk mengelak dari terlucut semasa kemaluan keluar dari alat sulit pasangan anda.

Okay itu sahaja nak share kali ini.. #takeanote guyzz

YOUR SINCERELY:

Get ready to JB.. Hangout..

No comments :

Post a Comment