Wednesday, March 20, 2013

Tips Sihat Lelaki - Part II (SAINS KESIHATAN)


Penyakit Reproduksi

Korang semua, jom baca lagi.. Entry kali ini merupakan sambungan daripada entry yang lepas.. Tapi kali ini nak cerita pasal penyakit reproduksi pula. Jom baca dan teruskan mengamalkan kehidupan yang sihat sepanjang hayat.. Insyaallah..

#Amaran: bukan suka-suka nak taip ni.. Bukan ada unsur-unsur seks ke apa.. Lelaki juga perlu tahu akan kesihatan diri.. Ambil ia sebagai panduan dan bukannya mainan..

                                   
Testosterone Deficiency Syndrome (TDS)

“Lelaki yang berumur dalam lingkungan 50an dan keatas akan mengalami penurunan tenaga “Qi” pada organ ginjal, hati, otot-otot ligament dan sel otak.” Kenyataan itu telah tercatat didalam buku perubatan dalaman China yang berusia 25000 tahun. Pada zaman kegemilangan tamadun China dan India, telah ada dokumentasi tentang pengambilan buah zakar haiwan sebagai ubat penawar kepada penyakit penurunan tenaga “Qi” ini.

Di zaman perubatan moden, masalah ini dikenali sebagai sindrom kekurangan hormone testosterone. Once upon a time, syndrome ini juga dikenali sebagai  andropause atau PADAM (Partial Androgen Deficiency in Aging Male).


Penurunan Paras Hormon

Kaum lelaki sebenarnya tidak akan mengalami masalah kehabisan hormone seperti yang dialami golongan wanita yang dikenali sebagai menopaus. Apa yang berlaku adalah akan terjadi penurunan paras hormone testosterone dan ia boleh bermula seawall umur 35 tahun. Akibat dari penurunan hormone ini akan berlaku perubahan di dalam badan termasuk:
1. Peningkatan komposisi lemak
2. Penurunan kepadatan mineral pada tulang
3. Penurunan tahap kecekapan sel-sel otak

Timbul Masalah Lebih Serius

1. Osteoporosis
=Osteoporosis dan masalah keretakan tulang pinggul bukan hanya berlaku pada kaum wanita sahaja malah boleh melanda kaum lelaki dan ia berkait rapat dengan penurunan paras testosterone. Kajian telah menunjukkan 30% dari masalah keretakan tulang pinggul dialami oleh kaum lelaki.

2. Sindrom metabolik
=Sindrom metabolik pula merupakan masalah yang mula melanda kaum lelaki di Malaysia. Penghidap sindrom ini adalah mereka yang menghidapi kencing manis, darah tinggi, tahap kolestrol yang tinggi dan mempunyai perut yang buncit (Ukur lilit pinggang 40 inci dan keatas). Sindrom ini adalah merupakan satu masalah kesihatan yang serius kerana penghidap akan mempunyai tiga kali peningkatan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan mereka yang mempunyai paras testosterone yang rendah pula akan mempunyai 2.25 risiko untuk menghidap sindrom metabolik.

Info Patut Tahu

Kajian yang dilakukan dalam tempoh 20 tahun di Negara barat untuk menilai paras testosterone dan hubungkait dengan penyakit-penyakit yang menyebabkan kematian, mendapati bahawa kaum lelaki yang mempunyai paras testosterone terendah mempunyai 40% risiko lebih tinggi untuk mati lebih cepat berbanding dengan mereka yang mempunyai paras testosterone yang normal tanpa mengira usia dan kandungan lemak badan.

Kesedaran mengenai sindrom kekurangan hormone testosterone perlu dipertingkatkan. Ini adalah kerana masalah ini boleh dirawat dengan menggunakan kaedah penggantian hormone testosterone (Testosterone Replacement Therapy). Penggantian hormone testosterone ini boleh dilakukan dengan cara sapuan gel, tablet, atau suntikan. Oleh kerana tanda-tanda masalah ini kurang menyerlah dan ia boleh berlaku secara perlahan-lahan, disarankan kalau korang mengalami tanda-tanda yang aku mention kat atas, bolehlah berjumpa dengan doctor untuk mengukur paras testosterone korang.



Kenali Penyakit Reproduksi

Selain masalah kemandulan dan berlakunya sindrom kekurangan hormone testosterone, seseorang lelaki mengalami ketidaksuburan disebabkan oleh penyakit-penyakit lain pada sistem reproduksi. Penyakit-penyakit ini jika tidak dirawat segera boleh mengakibatkan masalah kesihatan reproduksi yang lebih serius. Usah biarkan korang berisiko menghadapinya.. Korang perlu lakukan rawatan dengan segera.

Kanser Testis

Kanser testis boleh dikelaskan kepada dua kategori:
1. Kanser seminoma
Hampir 35% kanser testis terjadi kepada lelaki dewasa. Risiko dan kekerapan terkena kanser ini meningkat mengikut umur selepas remaja. Kebanyakkannya terjadi kepada lelaki berumur antara 30 hingga 40 tahun. Kanser ini bertindakbalas baik dengan radioterapi dan rawatan kemoterapi.
2. Kanser bukan seminoma
Hampir 55% daripada kes kanser ini berlaku terhadap lelaki pada purata umur 31 keatas (ketika aktif dalam kegiatan seksual). Ia bertindak balas baik dengan rawat kemoterapi.

Tanda-Tanda
Pembesaran testis tidak sakit, kesakitan pada testis, ketulan inra-testikular yang tidak sakit, terjadinya pembesaran skrotum dan biasanya terjadi kesakitan pada bawah abdomen.

Diagnosis
-Korang sendiri boleh mengesan kanser testis apabila mendapati keanehan berlaku didalam testis.
-Lakukan pemeriksaan teknikal
-Menggunakan petanda tumor: AFP, BHCG, CEA, CA 19-9, CA125.
-Melakukan proses radiologi pada abdomen dan tomodensitometri dada.
-Melakukan ultrasound dan Doppler warna.
-Melakukan biopsy bagi mengenal pasti jenis tumor dan tahapnya.


Kanser Prostat

Kanser ini boleh merebak dari dalam kelenjar dan bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ia akan merebak ke pundi kencing, saluran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. Hampir 90% dari sel kanser ini boleh merebak ke tulang

Tanda-Tanda
-Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan terutama pada waktu malam
-Kencing yang tidak lawas
-Terdapat darah dan sperma didalam air kencing
-Berasa sakit pada tulang pinggul dan tulang belakang (risiko kanser telah merebak)

Diagnosis
-Pemeriksaan rectum menggunakan jari oleh doctor pakar.
-Menggunakan petanda tumor iaitu PSA. Had maksimum yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Sekiranya berada pada lingkungan 4.0 hingga 10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh dikesan. Untuk membezakan kanser prostat dan bengkak prostat biasa, hitung dengan FPSA (Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA.
-Menggunakan kaedah scanning melalui lubang dubur dan cebisan biopsy untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor.


Penyakit Berkaitan Uretra dan Glans Penis

1. Balanopostitis
Ini merupakan radang menyeluruh yang terjadi pada bahagian glans zakar (head of penis) dan pada bahagian kulit. Radang biasanya terjadi akibat infeksi bakteria dibawah kulit zakar yang tidak disunat (khatan). Pada keadaan ini, orang yang mengalami radang ini akan berasa nyeri dan iritasi selain kemerahan dan bengkak akibat uretra tersumbat.

2. Balanitis xeronika obliterans
Penyakit ini jugamerupakan radang akibat daripada pengerasan cecair berwarna potih dihujung zakar. Kebiasaannya bagi korang, not koranglah, mereka yang mengalami radang ini, akan berasa sakit ketika membuang air kecil akibat daripada lubang uretra yang tersumbat. Penyebab penyakit ini jarang diketahui namun ia berkemungkinan besar akibat daripada elergi kepada bahan kimia tertentu yang mengakibatkan sensitivity berlaku.

3. Fimosis
Ini merupakan kerutan atau penciutan (sempit) pada bahagian kulit alat sulit. Fimosis selalunya terjadi pada bayi yang baru lahir dan secara perlahan akan hilang sendiri semasa melalui fasa matang usia dan melalui proses berkhatan. Namun, ia juga boleh terjadi pada golongan lelaki dewasa akibat daripada iritasi yang kekal dan ia mampu mempengaruhi proses berkumuh serta aktiviti seksual lelaki.

4. Genital Ambigus
Hal yang amat jarang terjadi. Namun berpotensi terutama kepada bayi yang baru lahir yang tidak jelas kemaluannya, either male or female. Bentuk biasanya terlalu kecil atau hampir tidak jelas jaringan testikular. Wujud jaringan kes testikular ini hadir sama dengan jaringan ovarium yang dipanggil khunsa.


Penyakit Kelamin

1. Sifilis
Sifilis merupakan penyakit kelamin yang disebabkan bakteria. Seseorang yang menghidap penyakit sifilis terdapat tanda-tanda luka pada alat kelamin, rectum, lidah dan bibir, pembengkakkan pada bahagian peha, tulang dan sendi berasa nyeri (nyilu), dan timbul ruam memenuhi tubuh. Although tanda-tanda penyakit ini boleh hilang, namun bakteria yang menyerang masih terdapat lagi dalam tubuh. Ianya boleh merebak ke dalam otak dan boleh menyebabkan kebutaan. Sifilis dapat disembuhkan sekiranya melakukan rawatan menggunakan antibiotic dengan segera.

2. Gonore (kencing bernanah)
Gonore atau kencing bernanah juga disebabkan oleh bakteria yang menyerang bahagian alat kelamin. Gejala-gejla yang terjadi seperti keluarnya cecair seperti nanah dari saluran kencing dan terasa panas serta sering buang air kencing. Bakteria penyebab penyakit ini boleh merebak ke seluruh tubuh dan menyebabkan rasa nyeri (nyilu) pada sendi. Ianya juga boleh menyebabkan kemandulan.

3. Herpes Genetalis
Herpes genetails disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai herpes simpleks. Sekiranya korang ada mengalami gejala seperti gatal atau sakit pada bahagian alat kelamin dan adanya luka yang terbuka atau lepuhan berair, berkemungkinan korang menghidap penyakit ini.. Cer cek kay..

#takeanote guyzz

YOUR SINCERELY:

 Peace No War!!!!!

No comments :

Post a Comment