Wednesday, March 20, 2013

Tips Sihat Lelaki - Part I (SAINS KESIHATAN)


Masalah Kesihatan Punca Kemandulan

Korang, asyik masuk bab penjagaan diri, fesyen, tips dan teknologi jup.. Jom kita usha pulak kesihatan untuk lelaki.. Tajuk dekat atas mengenai punca kemandulan.. Jangan ingat perempuan jup ada yang mandul.. Lelaki pun ada jugak..

Cakap pasal mandul ni memang menakutkan.. Kenapa ianya menakutkan, sebab kita tak boleh punya zuriat kelak.. Kita tidak akan peroleh pewaris untuk generasi kita pada masa akan datang. Takut aku.. Korang takut tak?? Kalau takut, jom baca ni..

#Amaran: bukan suka-suka nak taip ni.. Bukan ada unsur-unsur seks ke apa.. Lelaki juga perlu tahu akan kesihatan diri.. Ambil ia sebagai panduan dan bukannya mainan..


Korang pasti korang tak mandul

Korang tidak berisiko mandul kalau korang

1. Mempunyai sperma yang sihat
-Untuk tujuan ini, korang perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu buah zakar yang berfungsi secara sempurna dan tubuh korang mesti cukup menghasilkan hormone testosterone serta hormone lain yang diperlukan untuk menghasilkan sperma yang berkualiti tinggi.

2. Sperma perlu dicampurkan ke dalam air mani
-Setelah sperma dihasilkan di dalam buah zakar, sperma ini akan dibawa melalui system tiub yang dikenali sebagai vas deferens dan akan membawa sperma ini ke dalam dukus ejakulasi yang mana disini sperma akan bercampur dengan cairan dari kelenjar prostat untuk menghasilkan air mani.

3. Sperma perlu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak
-Sekiranya jumlah sperma di dalam air mani adalah kurang, ia akan mengurangkan kemungkinan untuk persenyawaan telur pasangan korang. Jumlah sperma perlu melebihi 2 million/ml.

4. Sperma perlu berbentuk normal dan boleh bergerak dengan sempurna
-Sekiranya motility (pergerakan) atau morfologi (bentuk) tidak normal, akan timbul masalah untuk pensenyawaan ovum.


Punca Kemandulan

Selain tidak mempunyai sperma yang baik, terdapat juga kemandulan berkait rapat dengan masalah kesihatan. Yang kat bawah ni korang merupakan beberapa bentuk masalah kesihatan yang boleh mengundang kemandulan.

1. Varicocele
-Varicocele adalah masalah pembesaran saluran vena yang melingkari saluran sperma iaitu saluran vas deferens dan akan menjejaskan pergerakan sperma. Akibat dari pembesaran saluran vena ini, suhu didalam kerandut zakar akan meningkat dan ia akan menjejaskan penghasilan sperma.

2. Infeksi
-Terdapat infeksi yang boleh menjejaskan penghasilan sperma atau berlakunya parut pada saluran vas deferens dan akan menjejaskan pergerakan sperma. Ini termasuklah infleksi seperti penyakit bawaan seksual (STD) seperti Chlamydia dan Gonorrhea, Inflamasi pada kelenjar prostat (Prostatitis), Infleksi pada buah zakar akibat penyakit beguk (mumps).

3. Ejakulasi retrograde
-Masalah ini adalah masalah air mani yang masuk ke dalam pundi kencing semasa ejakulasi dan tidak keluar ke hadapan. Terdapat pelbagai masalah yang boleh menyebabkan ejakulasi retrograde seperti kencing manis, multiple sclerosis, kecederaan pada saraf spina, pembedahan pada kelenjar prostat dan pundi kencing.

4. Tidak dapt mengalami ejakulasi
-Ini berlaku apabila seseorang lelaki itu menghasilkan sperma yang cukup tetapi tidak boleh memancutkan air mani. Ia berlaku di dalam masalah kecederaan saraf spina.

5. Antibodi yang boleh memusnahkan sperma
-Terdapat penghasilan antibody terhadap sperma di mana system imuniti badan tidak dapat mengenal sperma sendiri dan menghasilkan antibody untukmemusnahkan sperma tersebut. Ini berlaku pada lelaki yang menjalani proses vasektomi dan juga lelaki yang pernah mengalami kecederaan pada buah zakar.

6. Kanser
-Sesetengah kanser terutama yang melibatkan organ reproduksi seperti kanser testis boleh menjejaskan penghasilan sperma. Rawatan untuk kanser seperti kemoterapi juga boleh menjejaskan penghasilan sperma.

7. Masalah buah zakar tidak turun
-Pada sesetengah lelaki, semasa di peringkat janin lagi aka nada masalah iaitu satu atau kedua-dua buah zakar tidak turun ke dalam kerandut zakar.

8. Ketidakseimbangan hormone
-Masalah infertliti boleh berpunca dari masalah di dalam testis itu sendiri atau tidak normal melibatkan kelenjar  di dalam otak yang terlibat dalam penghasilan hormone testosterone seperti kelenjar pituitary.

9. Masalah hubungan seks
-Ini termasuklah masalah mati pujuk, ejakulasi pra matang, kesakitan semasa melakukan hubungan seks atau masalah psikologi yang boleh secara tidak langsung menyebabkan kemandulan.


Masalah Persekitaran dan Gaya Hidup

Faktor Persekitaran

Pendedahan pada unsur-unsur alam sekitar seperti haba, toksin dan kimia boleh mengurangkan penghasilan sperma atau menjejaskan fungsi sperma.

1. Terdedah pada racun serangga perosak
-Pendededahan berterusan pada racun serangga perosak seperti ethylene dibromide dan organofosfat boleh merendahkan bilangan sperma. Ianya juga dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan masalah kanser buah zakar. Kajian juga banyak dibuat pada lelaki yang bekerja di dalam bidang pertanian.

2. Terdedah pada haba
-Kerap berkunjung ke spa atau berendam di dalam tub yang mengandungi air panas boleh mengurangkan penghasilan sperma, but untuk lelaki ianya bersifat sementara sahaja. Berada di dalam posisi duduk yang lama atau memakai seluar atau seluar dalam yang ketat juga boleh meningkatkan suhu di dalam kerandut zakar  dan hal ini boleh menjejaskan penghasilan sperma.

Faktor Gaya Hidup

Terdapat jugak beberapa faktor gaya hidup korang seharian yang menyebabkan kemandulan. Antaranya,

1. Pengambilan dadah
-Pengambilan antibiotic steroid yang tidak terkawal untuk meningkatkan pembesaran otot boleh menyebabkan buah zakar menjadi kecil dan mengurangkan penghasilan sperma. Pengambilan dadah dari jenis kokain dan marijuana juga boleh memberikan kesan yang sama.

2. Pengambilan alcohol
-Pengambilan alcohol dalam kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menurunkan aras testorone di dalam badan. Boleh menyebabkan masalah mati pucuk dan mengurangkan penghasilan sperma.

3. Menunggang basikal
-Menunggang basikal dalam tempoh masa yang lama boleh menimbulkan tekanan pada bahagian perineum dan pemakaian seluar menunggang yang ketat boleh meningkatkan suhu di dalam kerandut zakar. Although, belum ada lagi kajian yang boleh membuktikan bahawa menunggang basikal dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah kemandulan.

4. Merokok
-Lelaki yang merokok mempunyai kandungan sperma lebih rendah jika dibandingkan dengan lelaki yang tidak merokok.

5. Stress
-Stress terutama yang berterusan akan menjejaskan beberapa hormone yang terlibat di dalam penghasilan sperma. Bilangan sperma akan berkurangan sekiranya anda mengalami stress yang berterusan.

6. Kekurangan Vitamin
-Kekurangan vitamin seperti Vitamin C, selenium, zink dan folate boleh menyumbang kepada masalah mandul jugak.

7. Berat badan
-Seorang lelaki yang mengalami masalah obesity akan mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mendapat masalah kemandulan akibat dari masalah ketidakseimbangan hormone yang berlaku akibat peningkatan berat badan.. Ha, so do the exercise..

8. Umur
-Golongan lelaki yang berumur 35 tahun ke atas boleh mengalami masalah kurang subur berbanding dengan lelaki muda bawah 35 tahun.


Rawatan masalah kemandulan

1. Pembedahan
-Rawwatan pembedahan boleh dilakukan pada lelaki yang mempunyai masalah varicocele atau lelaki yang mempunyai masalah saluran vas deferens tersumbat.

2. Rawatan pada pasangan yang mempunyai masalah hubungan seks
-Ubat-ubatan dari kumpulan PDE5 inhibitor seperti Vardenafil (Levitra), Sildenafi (Viagra), atau tadalafil (Cialis) boleh diberikan kepada lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk. Ubat-ubatan dari SSR1 seperti Dapoxetine (Priligy) boleh diberikan kepada lelaki yang mempunyai masalah ejakulasi pra matang.

3. Rawatan hormone
-Masalah kemandulan disebabkan kekurangan hormone seperti testosterone, rawatan penambahan hormone boleh diberikan.

4. Assisted Reproductive Technology (ART)
-Buat masa kini terdapat pelbagai kaedah ART yang boleh dilakukan untuk membantu pasangan yang mempunyai masalah kemandulan. Dalam kaedah ini, sperma boleh di ambil terus daripada buah zakar dan boleh disuntik terus ke dalam ovum. Kaedah yang paling sering digunakan adalah kaedah IVF (in vitro fertilization). Melalui kaedah ini, ovum dari ovary wanita akan diambil dan seterusnya dicantumkan dengan sperma di dalam makmal. Setelah persenyawaan berlaku, ovum tersebut akan diletakkan kembali ke dalam uterus.


Info patut tahu

1. Sperma dihasilkan secara berulang-ulang sebanyak 100 juta setiap hari. Penghasilan sperma adalah suatu oproses yang panjang.
2. Ketiadaan air mani dikenali sebagai ‘Azoospermia’.
3. Sekitar 5% lelaki yang tidak subur mengalami masalah saluran epididermisnya tersumbat yang menyebabkan sperma tidak dapat disalurkan keluar ketika ejakulasi.
4. Sekitar satu per tiga lelaki yang menjalani ujian air mani mempunyai jumlah sperma yang masih kurang dari normal. Masalah ini disebut sebagai ‘oligospermia’.
5. Lebih daripada 90% ketidaksuburan lelaki disebabkan tiada sperma, sperma tidak berkualiti atau kedua-duanya.

#takeanote guyzz

YOUR SINCERELY:

 Malunya, bilik besepah... hahahaha.. Posing jup lah..

No comments :

Post a Comment