Wednesday, March 13, 2013

Cara Untuk Menjadi Yang Terbaik dan Menjadi Insan Yang Lebih Baik


Assalamualaikum, semua.. Hari ini kita nak bermuhasabah diri seketika.. Kenapa kita tak boleh menjadi yang terbaik dan menjadi lebih baik.. Berbagai-bagai kekangan yang menghalang kita untuk menjadi seorang Ustaz dan Ustazah.. Tidak semua ustaz dan ustazah itu baik-baik belaka.. Kadang-kadang orang biasa lebih baik dari mereka.. Namun siapalah kita nak membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.. Semua itu datang dari Allah S.W.T.

1. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
Janji Allah itu pasti, seorang yang baik akan dipertemukan dengan seorang pasangannya yang baik juga. Mereka saling saying menyayangi sesame mereka kerana hati yang mereka miliki, kerana disitu ada Allah S.W.T.. Namun, tidak semuanya begitu.. Ada juga lelaki yang bertemu jodoh dengan seorang wanita yang buruk akhlaknya dan ada juga wanita yang dipertemukan jodoh dengan lelaki yang buruk perangainya. Namun, itu semua dugaan dari yang maha Esa untuk menguju tahap kekuatan dan ketabahan hati masing-masing. Allah S.W.T. sayangkan umatnya yang bertaqwa. Sebab tu Dia memberi dugaan kepada kita, tetapi tidaklah sehebat dugaan yang diterima oleh Rasulullah S.A.W.

2. Muhasabah diri
Cuba kita renung dan fikir balik, ada tak kita buat salah dengan sesiapa.. Kadang-kala hidup kita ni ada juga terpesong dari landasan.. Cuba kita renung kembali, pernahkah kita menginaya binatang, pernahkah kita terkutuk orang sana-sini, dan pernahkah kita bergaduh dengan orang sana sini.. Jika pernah, cepat-cepatlah memohon keampunan dari Allah S.W.T. dan seelok-eloknya kepada orang yang kita kutuk dan musuhi itu.. Jangan sampai terlambat, takut nanti kita yang menyesal kemudian hari..

3. Memaafkan itu lebih baik dari bermusuhan
Adalah lebih baik jika kita memaafkan kesalahan orang.. Jangan kita simpan kesalahan itu walaupun ianya sebesar zarah.. Takut ianya akan menjadi satu dendam dan akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita dan orang itu. Ingat, jika kita membenci orang, orang juga akan membenci kita. Lebih baik kita bermaafan sesama kita dan hindari dari bermusuhan.. Biarlah apa orang nak buat kepada kita, asalkan kita tidak balas balik apa yang dia buat. Jika kita bertindak sedemikian, samalah kita dengan orang yang menyakitkan hati kita.

4. Berdiam itu lebih baik dari berkata-kata
Berdiam itu lebih baik dari berkata-kata, kerana apabila kita berkata-kata takut ada hati yang akan terluka. Kadang-kala berdiam diri itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak. Tetapi, jangan ada dendam dalam hati jika kita berdiam diri.. Itu yang paling penting.. Cara terbaik untuk menewaskan musuh adalah dengan senyuman.. Senyuman kadang-kala boleh mematikan pihak lawan.

5. Berfikiran lebih positif
Insan yang berjaya dalam hidupnya adalah insan yang sentiasa berfikiran positif dan menghindari segala perkara-perkara yang negatif. Berfikiran positif akan menjadikan seseorang itu lebih matang dari umurnya yang sebenar (korang nampak aku matang tak?? 19 tahun dah matang macam ni kan.. hahahaha)

6. Sentiasa menghargai masa untuk dimuatkan dengan aktiviti yang berfaedah
Pepatah melayu ada mengatakan masa itu emas.. Memang benar masa itu emas dan perlu diisikan dengan perkara yang berfaedah.. Aktiviti yang kita lakukan mestilah berlandaskan syarak dan hokum agama. Jangan main tibai jup.. Buat aktiviti bukan main, tapi hasil langsung tak ada.. Aish, apa pun tak boleh macam tu..

7. Sentiasa menghormati orang yang lebih dewasa dan orang lain
Perkara yang amat penting sekali untuk mendapat keredhaan hidup di dunia ni.. Sebagai seorang muslim dan seorang yang baik, kita mesti menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama sekali ibu bapa kita.. Kasih, cinta dan sayanglah mereka dengan sepenuh hati dan jiwa raga.. Begitu juga dengan orang disekeliling kita, tidak kira tua ataupun muda mahupun sebaya, terutama sekali rakan-rakan kita.. Jika kita menghormati mereka, mereka juga akan menghormati kita.. Apa yang paling penting sekali, sayanglah setiap ahli keluarga kita dan rakan-rakan kita kerana hati yang mereka miliki, kerana disitu ada Allah S.W.T.

8. Sentiasa menjaga hubungan kita dengan Pencipta
Solat merupakan tiang agama.. Jika tiang itu runtuh, maka runtuhlah agama kita.. Ingat ya, solat akan ditanya dahulu ketika kita berdepan dengan Allah kelak.. Bukan pekerjaan, pangkat dan darjat yang akan ditanya dahulu.. Apa kita nak jawab kalau solat kita tak sempurna.. Jika kita hendak mendapatkan keredhaan hidup di dunia, jagalah solat kita.. Insyaallah, hidup kita akan direstui oleh Allah S.W.T.

9. Hindari diri dari syak wasangka dan perasan buruk sangka
Dua perasaan ini selalu datang melalui pelbagai keadaan dan situasi.. Jika kita bijak mengawal dan menghindarinya, kita adalah orang yang berjaya.. Syak wasangka dan buruk sangka merupakan satu sifat yang tidak baik.. Jika kita dalam situasi demikian, kita akan merasakan orang disekeliling kita seperti musuh kita.. Itu yang perlu dihindari.. Kita perlu menganggap mereka yang berada disekeliling kita adalah sahabat baik dan saudara kita.. Insyaallah.. Dua perasaan ini harus dihindari supaya kita menjadi umat manusia yang cemerlang.

10. Perlukan kasih sayang dan perasaan cinta antara satu sama lain
Perasaan ini terjadi jika hti kita benar-benar ikhlas menyayangi dan mencintai sesuatu, terutama sesame manusia dan tidak lupa juga pada semua makhluk Allah.. Janganlah menginaya makhluk-makhluk Allah yang lain.. Perbanyakkan melakukan kebaikan dengan hati yang ikhlas.. Insyaallah, kasih saying dan perasaan cinta itu akan terbentuk dengan sendirinya..

11. Hindari perasaan hasad dengki dan perasaan iri hati sesama kita serta sifat amarah dan panas baran
Sifat-sifat syaitan sebeginilah yang kita tidak mahu.. Mesti buang semua sifat-sifat itu.. Anggaplah apa yang berlaku disekeliling kita itu adalah satu gurauan.. Jangan cepat ambil hati.. Kadang-kadang orang disekeliling kita bergurau, biasanya rakan-rakan kita.. Jangan ambil serius perkara ni.. Kawal diri, Insyaallah, amarah itu akan hilang.,. Sentiasa chill ya.. Bila orang lebih dari kita, janganlah ada sifat dengki dan perasaan iri hati.. Kita pun cuba usaha untuk menjadi yang terbaik macam mereka.. Perlu ada persaingan secara sihat, bukan secara kotor..

12. Seseorang yang mulia hatinya akan medoakan kebahagiaan ibu bapanya, seluruh ahli keluarganya dan tidak lupa insan yang bergelar sahabat-sahabatnya
Alhamdulillah, sejuk perut ibu, sejuk hati ayah jika dikurniakan anak sebegini.. Kasih sayang ahli keluarga pasti bertambah apabila salah seorang ahli keluarga mereka seperti ini.. Jika kita mendapatkan rakan seperti ini, jangan lepaskan dia pergi.. Rakan seperti ini adalah anugerah Allah S.W.T. untuk kita.. Sayanglah mereka seperti salah seorang ahli keluarga kita.. Jika diberi peluang untuk berkata dengan rakan kita itu, katakanlah “Saya sayang kamu kerana Allah, kamu adalah anugerah Allah untuk saya.. Lagi sekali saya ingin katakana, saya sayang kamu ikhlas dari hati saya, saya sayang kamu kerana hati yang kamu miliki, kerana disitu, dihati mulia kamu ada Allah S.W.T.. Terima kasih kerana menjadi rakan saya.. Kamu rakan dunia akhirat saya”.. Insyaallah, rakan kita inilah yang akan menjadi rakan seperjuangan ke jalan Allah S.W.T..

To my beloved person: My parents, my grandparents, my uncle and auntie, my cousin, for the whole of my family members, my batch SMKLL, my teacher SMKLL, and also my friend now.. Love you all sayang.. I want to say, we are never ever ever ever being apart.. I love all of you.. I pray all of got success in your life..

I don’t know how to live without my parents love,
I was born to make them happy,
Cause I’m the only one with’in their heart,
I was born to make them happy……

Nicole Richie: The truth love is the person who love theirself before he/she love other people.. We can love something but no one can be force to love us.. (The Truth About Diamond by Nicole Richie-The new york best authors, copyright2003)

YOUR SINCERELY:

Gambar curi... Duduk sambil berborak.. Lepaking....

No comments :

Post a Comment