Wednesday, March 13, 2013

Kemahiran Belajar Terbaik dan Bijak


Alamak, peperiksaan datang lagi.. Tak kisahlah periksa apa pun.. baik di sekolah mahupun di IPT.. Mesti ada peperiksaan kan.. Sakit sangat kalau minggu depan dah nak exam, minggu ni baru nak start study.. Nak study waktu-waktu terakhir atau nak menghafal dari sekarang?? Tolong…………..!!!!!!

Siapa nak tolong kalau tak diri sendiri yang tolong.. Tapikan korang, aku ada tips yang ringkas cara nak belajar dengan bijak di saat-saat akhir sebelum peperiksaan.. Jom tengok jap..



1. Jaga diri dan berbaik-baik pada diri sendiri
  • Mesti menitikberatkan kesihatan fizikal dan mental korang.. Perbanyakkan berehat.. Mesti dapat rehat yang secukupnya.. Bukan terlebih rehat ya korang..

2. Disiplin
  • Amalkan diri dengan sikap positif seperti “Saya boleh lulus Matematik Tambahan.” Atau “I can get all A.. I can do it.”

3. Jadikan diri seorang peminat pembelajaran yang fanatik
  • Sentiasa dahagakah ilmu dan menggunakan masa yang terluang dengan menelaah mata pelajaran, terutama subjek yang korang tak minat dan susah.. Ini tak, ada masa jup dia menelaah facebook, twitter, youtube dan instagram.

4. Buku Teks
  • Gunakan buku teks sewajarnya kerana ia padat dan soalan biasanya diambil dari situ. Gunakanlah ia although korang tak suka sebab ayat dia berjela-jela kan..

5. Duduk paling depan dalam kelas
  • Tumpuan yang focus membantu korang mendapat markah lebih.. Duduk paling depan sekali adalah cara yang terbaik kerana korang akan memberi tumpuan sepenuhnya pada cikgu atau lecture.. Kalau duduk belakang, alamatnya berborak 90% belajar 10%.. Kan, kan, kan….

6. Jangan terlepas pembelajaran pertama dan terakhir di dalam kelas
  • Biasanya pengumuman penting dan pemberitahuan tips soalan diberi pada akhir atau awal kelas.. Lebih jahat lagi, lecture atau cikgu korang biasanya akan bagi tips time-time ramai student yang tak datang kelas.. Jadi berhati-hatilah ya..

7. Pelbagaikan teknik belajar
  • Korang boleh merakam pembacaan mengikut kaedah tersendiri dan menggunakan kad-kad kecil untuk membuat nota ringkas atau ulasan yang boleh dibawa kemana-mana.

8. Baca yang penting
  • Fakta pertama dan terakhir adalah paling penting diingati malah yang terbaik untuk mempercepatkan pembelajaran. Baca yang mana keluar tips sahaja.. And then, korang hafal.. Sah-sahlah korang dapat A..

9. Kaji semula nota-nota sebaik aje korang keluar kelas
  • Walaupun sekadar lima minit untuk mengulang kaji dan menjadi professor yang tak bertauliah lagi tidak berbayar, namun serba sedikit sangat membantu ingatan korang..

10. Kaji nota dan membaca dengan kuat
  • Baca setiap bab dengan kuat bukan menjerit ya.. Ianya dapat membari keyakinan dan semangat belajar pada kita..

11. Penampilan markah bonus
  • Pastikan tulisan korang kemas dan ayat korang tersusun.. Jangan tulisan korang teruk dan sukar untuk difahami (ala-ala doktorlah kononnya), ayat berterabur, memang sahlah penanda akan bagi telur dinasour..hahahaha.. Ada baiknya menggunakan pen yang boleh dipadam. Satu markah pun boleh mengubah nasib tau.. Contoh korang dapat 79 (A-), kalau dapat satu bonus, apa tak 80 (A) so fikirkanlah..

12. Jangan buang masa baca semula
  • Huraikan je berdasarkan berdasarkan idea korang berbanding tak menyiapkannya.. Adalah lebih baik, korang mengajar rakan-rakan korang yang tak paham satu-satu topik.. Dengan cara ini, korang boleh memantapkan ingatan korang..

13. Uji pengajar sebelum pengajar menguji korang
  • Tanya ajelah apa-apa soalan dan alat-alat yang diperlukan.. Tapi ingat, jangan Tanya soalan yang boleh menambahkan pening kepala lecture dan cikgu korang ya..

14. Jadilah seorang pakar ujian
  • Usah rasa gentar setiap kali menduduki ujian. Pergilah dengan perasaan siap sedia.. Buat macam korang dah memang pakar.. Muka just poyo.. hahahaha

15. Belajar mengikut jam biologi korang
  • Adakah korang semua seorang yang normal, ‘burung hantu’ yang sentiasa berjaga malam atau ‘early bird’ yang sentiasa mampu bangun awal.

16. Singkirkan stress daripada kehidupan korang
  • Bersenam adalah perkara yang terbaik.. Hindari stress dan masalah yang remeh-temeh yang berlaku disekeliling korang.. Sentiasa chill.. Jangan layan sangat kawan-kawan korang kalau dia orang annoying.. Biarkan depa.. Buat bodoh adalah perkara yang terbaik..

17. Usah ponteng kelas
  • Cara mudah untuk dapat “A” sebab input banyak masuk kalau kita datang kelas full.. Apa yang cikgu atau lecture bagi dan terangkan terus masuk ke dalam otak..

18. Sentiasa bersiap sedia
  • Bersedia untuk menukar subjek yang tidak diminati tapi mestilah berhati-hati dengan pilihan sebenar yang akan memberi kesan pada masa hadapan.

19. Sukerela menyemak kertas tugasan rakan
  •  Ambil ini sebagai pengalaman untuk korang dan berkongsi ilmu pengetahuan.

20. Pengurusan masa
  • Biarlah masa yang korang gunakan dibayar dengan penuh manfaat dan memberi pulangan yang berguna.. Itu yang penting..


Ha korang “Di mana ada kemahuan, Di situ ada A” .. kan, kan, kan…..

YOUR SINCERELY:

Senyumku menawan-menawan... hahahaha


No comments :

Post a Comment