Sunday, February 17, 2013

TIPS PENJAGAAN BRECES-Untuk Si Gigi Besi


Assalamualaikum semua.. Ha, nak cerita sikit pasal gigi besi ni, atau braces.. Macam trend pulak sekarangkan, Apa pun tak boleh.. Pakai nak cantik ke atau nak ratakan gigi.. Apa-apalah.. Asalkan tak menyusahkan orang.. Untuk pemakai braces ni, ha, kat sini nak share sedikit lah pasal langkah nak jaga braces korang tuh.. Jangan ada daging terselit dan tersangkut kat braces korang pun korang biarkan.. Eyuupppp selekeh gila bunyinya.. Apa pun, nah baca langkah-langkah ni..

5 langkah mudah untuk penjagaan braces:

1. Menjaga Kebersihan Gigi & Gusi:
  • Berus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal. Kemudian gunakan berus berbulu untuk membersihkan sisa makanan yang terperangkap antara besi dan kurungan pendakap gigi korang.
2. Penggunaan Flos:
  • Korang yang bergelar pemakai braces harus meletakkan di flos di bawah wayar dan tarik flos dengan tangan yang lain dan tolak diantara gigi untuk mengeluarkan apa-apa sisa makanan yang mungkin terperangkap diantara gigi dan gusi. Ulang proses berikut perlahan-lahan
3. Urutan Gusi:
  • Hujung get wah berfungsi untuk mengurut gusi korang. Penjagaan gusi dengan baik akan menjadikan gigi bebas bekteria manakala proses rawatan juga akan berjalan dengan lancar tau..
4. Penggunaan Lilin:
  • Gunakan lilin (yang disediakan oleh pihak pergigian tau. Bukan lilin kedai runcit yang korang beli tau) untuk mengurangkan kesakitan daripada pemakaian pendakap gigi. Kalau korang pakai lilin kedai runcit, memang gilalah korang..hahaha
5. Periksa Tahap Kebersihan Gigi:
  • Pesakit perlu menggunakan cermin untuk memeriksa tahap kebersihan gigi dan gusi mereka adalah memuaskan.. Kalau tak puas, letak klorox.. hahaha.. Ha, yang last ni jgn ikut.. Apa-apa terjadi tanggung sendiri.. Jangan salahkan bloger Safie Mokhtar pulak taw..

Dekat sini, saya nak share jugak pasal jenis dan harga braces ni korang.. Jom usha-usha sikit..huhuhu

Jenis dan Harga pendakap gigi (based pada harga klinik).. Ni yang biasalah:

Normal Mental Braces = RM5K (5,000)
Advance Mental Braces = RM6K (6,000)
Clear Ceramic Braces = RM7K (7,000)
Lingual Braces = RM20K (20,000)

Tak nak mahal pulak kan korang.. Terkejut aku.. Ku semangat.. hahaha

Tips Penjagaan Braces:

1. Memperbanyakkan minum air suam
2. Rajin berkumur
3. Memperbanyakkan guna ubat berkumur
4. Patuhi arahan doktor

Oklah that's all for today.. Semoga si gigi besi mendapat faedah selepas membaca entry ni.. hahaha.. Kepada yang pakai braces tuh, ikutilah langkah-langkah mudah penjagaan gigi besi korang tuh.. Kalau boleh ikut cakap doktor, bukan cakap kepala otak korang.. hahaha.. Laser pulak mulut teman ni yob.. hahaha.. ok Assalamualaikum..


YOUR SINCERELY

Gigi I ok dan tak pakai braces.. That's why berpinggan-pinggan makan.. hahaha at Marrybrown TIMES SQUARE.. Dok belakang-belakang cari privasi sikit.. Sempat lagi member I amik gambar.. malu I.. Pakai note lak tuh.. hahaha

3 comments :

  1. melahap btol mkn nyee !! kata nak DIET .. DIET pon entah ke mane .. baik tak yah amik duk kat tmpat blakang , nak privasi konon .. tapi siap upload gmbar kat blog lagi .. APE LAHH !!!

    ReplyDelete
  2. Baru teringin nak pakai braces .. tak sangka mahal betul saya pon 'Terkejut' jugak.. ><

    ReplyDelete
  3. Very good written article. It will be supportive to anyone who utilizes it, including me. Keep doing what you are doing – can’r wait to read more posts.
    Ceramic Braces Vs Metal Braces – Common Attributes

    ReplyDelete