Monday, February 18, 2013

Thumbdrive, USB Drive, PenDrive & Fungsi Kreatifnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Bertemu kembali bersama blogger Safie Mokhtar.. hahaha.. Dah macam rangcangan tv dah.. Ingat tv3 ke apa.. Aish, aku ni.. Apew Pon Taboleh.. Hari ni nak mendedahkan sedikit pasal fungsi kreatif Pen Drive atau USB Drive atau Thumbdrive.. Allah, banyaknya nama.. Korang semua tau kan fungsi utama pen drive korang semua untuk apakan.. Tujuan utamanya untuk menyimpan data.. Tapi, mesti korang tak tahu yang pendrive ni ada lebih dripada satu fungsi.. Okalh jom baca entry dekat bawah ni pasal 10 fungsi kreatif thumbdrive..

10 FUNGSI KREATIF THUMBDRIVE:

1. Memulihkan Windows
  • Thumbdrive yang mempunyai program Windows Repair Disc boleh membaik pulih sistem yang bermasalah. Korang perlu meletakkan failnya yang berformat ISO dalam thumbdrive korang. Semasa mencipta thumbdrive boleh "boot" ini, biasanya utiliti DISKPART yang boleh diakses olah CMD dalam windows korang akan digunakan.
2. Menghapuskan Trojan
  • Pasal bab Trojan ni, sudah dibincangkan dalam Computer Issue, klik jup dekat sini.. hehehe.. Korang boleh mengimbas komputer korang yang dicemari malware menerusi sistem penyelamat, seperti AVG Rescue CD yang dimuatkan dalam thumbdrive. Jika imbasan tersebut berjaya dijalankan, komputer anda boleh dipulihkan. Selain itu, sistem penyelamat lain seperti Kasperkey Rescue Disc juga boleh dimuat dalam thumbdrive korang.
3. Meninjau Distro Linux
  • Mungkin korangpernah terdengar dari mana-mana tentang Linux.. Amik kos IT macam saya, ada belajar pasal Linux dan programmingnya..hehehe.. Linux merupan sistem operasi (OS) yang terbuka. Sebenarnya korang boleh memasang OS ini dalam thumbdrive untuk mencuba dan meninjaunya sebelum dipasang dalam sistem. Proses pemasangannya boleh dilakukan melalui aplikasi seperti LinuxLive USB Creator.
4. Mengurus Cakera Keras
  • Pemacu cakera keras dalam komputer korang boleh diurus melalui thumbdrive.Caranya dengan memasang distro Ported Magic pada storan tersebut. Distro percuma yang dilengkapi dengan pelbagai aplikasi ini boleh mengklon sistem, membuat 'partition' cakera keras menetapkan semula kata laluan Windows dan sebagainya.
5.  Memasang Windows 7
  • Selain menggunakan DVD, Windows7 juga boleh dipasang melalui thumbdriveCaranya dengan menyalin atau menempatkan failnya yang berformat ISO menggunakan aplikasi tertentu terutamanya WinToFlash. Selepas itu, pastikan sistem anda boleh 'boot' melalui thumbdrive. Caranya dengan menukar ketetapan BIOS dalam sistem.
6. Meninjau Windows 8
  • Korang mesti nak tinjau OS terbaru ni kan.. Best sangatlah OS ni.. Kalau macam tu, korang boleh try Windows 8 versi Release Preview, yang boleh dimuat turun failnya. Cara pemasangannya dalam thumbdrive pernah dijelaskan sebelum ini dan melibatkan utiliti seperti DISKPART dan Aplikasi Windows AIK.
7. Menempatkan Aplikasi
  • Apakah peranti lain yang mudah alih seperti laptop, tablet atau telefon pintar? Jawapannya pasti thumbdrive. Sebenarnya korang boleh memasang versi mudah alih aplikasi seperti Firefox, Chrome, LibreOffice, dan banyak lagi ke dalam thumbdrive. Aplikasi ini boleh dijalankan terus apabila pemacu ini dihubungkan pada komputer.
8. Melindungi Dokumen
  • Jika korang ingin menggunakan thumbdrive bagi menyimpan fail sulit atau sensetif, jangan lupa untuk melindunginya. Jadi hanya korang yang boleh mengakses fail dalam storan tersebut. Maknanya fail sulit anda tidak boleh diakses oleh individu yang menemui atau mencurinya. Korang boleh menggunakan aplikasi penyulitan seperti TrueCrypt.
9. Mengakses Komputer
  • Menerusi aplikasi seperti Predator, korang boleh mengubah sebuah thumbdrive menjadi sebuah kunci yang dapat membuka komputer apabila dipalamkan dan menguncinya apabila dicabut. Kalau seseorang itu cuba mengakses komputer korang tanpa kunci ini atau kata laluan, mesej seperti "ACCESS DENIED" akan dipaparkan.
10. Membatalkan Kata Laluan
  • Sebenarnya kata 'reset' kata laluan (atau yang korang popular dengan perkataan password) boleh menolong apabila korang terlupa kata laluan untuk akuan pengguna Windows. Cakera ini boleh digunakan untuk membatalkan kata laluan dan sekali gus mengakses semula akuan korang. Selain CD atau DVD, thumbdrive juga sesuai digunakan sebagai cakera 'reset' dalam Windows 7.
Ha, tengok, banyakkan function thumbdrive.. Yang korang semua familiar hanyalah satu sahaja untuk menyimpan data.. Cuba fungsi-fungsi dekat atas ni.. I dah mencubanya.. That's why I berani nak update pasal ni.. Oklah, tak nak cakap banyak.. Assalamualaikum...

YOUR SINCERELY:

Terperanjat sebab kena sergah tadi.. hahaha Apew pon TaBoleh.. Yang masuk pun macam jabatan pencegah maksiat.. main serbu jup.. huhuhu.. Boleh jadi terperanjat sebab dapat tahu yang thumbdrive dah release yang maximun byte iaitu 1TB (Terabyte)

No comments :

Post a Comment