Sunday, March 3, 2013

TIPS MEMBELI LAPTOP TERPAKAI


Ha, tadi masa saya baca majalah PC, terbaca pasal satu artikel ni.. Pasal Laptop terpakai.. Oklah, jom cerita lagi. Membeli laptop terpakai boleh menjadi pilihan menarik. Misalnya, korang ingin menjimatkan wang atau sekadar membelikan laptop bagi anak korang agar celik computer. Apa yang saya cakap ni just nak bagi pendapat jup bagi mereka yang sudah berkahwin. Apa pun alasannya, berikut beberapa tip membeli laptop terpakai berkualiti:

1. Perhatikan Bentuk Fizikal Laptop:

a)    Casis
  • Keadaan casis laptop menentukan apakah laptop terpakai tersebut dijaga dengan baik Perhatikan baik-baik seluruh casis laptop sehingga anda tak menyesal di kemudian hari kerana tak memeriksa kerosakan yang ada dengan teliti.

b)    Paparan Laptop
  • Paparan LCD laptop adalah salah satu komponen paling mahal. Oleh itu, pastikan paparan laptop tersebut masih mampu bekerja dengan baik.

c)    Keyboard dan Touchpad
  • Pastikan keyboard dan touchpad laptop masih berfungsi dengan baik. Ini kerana mengganti keyboard dan touchpad, selain lebih mahal, ia juga tak semudah mengantikannya seperti di desktop.



2. Perhatikan Dengan Cermat Komponen Dalam Laptop:

a)    Prossesor
  • Buat masa ini, sebaiknya anda membeli laptop terpakai yang menggunakan prossesor yang paling minimal Pentium III. Prossesor ini masih mampu menjalankan sistem operasi modern seperti Windows XP dengan cukup baik.


b)    Memori
  • Harga Memori RAM biasanya murah sekarang. Teliti kapasiti RAM dan periksa apakah boleh diupgrade dengan mudah jika suatu ketika anda menginginkannya. Disarankan agar laptop mempunyai kapasiti RAM minimal 512 Mb.

c)    Kapasiti Harddisk
  • Laptop lama mungkin hanya mempunyai kapasiti harddisk maksima 40 GB, bahkan ada yang hanya 10 GB. Tentukan kapasiti yang memenuhi keperluan korang dalam menyimpan data.

d)    Bateri
  • Bateri laptop terpakai biasanya lemah. Pertimbangkan apakah korang memerlukan bateri baru. Jika misalnya laptop hanya dipakai di rumah, korang mungkin tak perlu membeli bateri baru dan boleh menggunakan tenaga elektrik di rumah saja.



3. Tanya Diri Korang
  • Tanyakan pada diri korang sendiri, apakah perlu membeli laptop terpakai?. Apakah laptop terpakai tersebut boleh bertahan cukup lama atau sebaiknya korang menunggu waktu untuk membeli yang baru? Ingat, harga laptop baru makin menurun seiring perkembangan teknologi. Namun jika korang sudah bersedia untuk membeli laptop terpakai setelah mempertimbangkan berbagai untung rugi, lakukan saja.

Your Sincerely

Kenyataan yang benar.. Ada yang lagi besar dari aku.. Bhahahahaha.. Ala tomey, tomey.. Comel lagi aku dari gteddy bear itu.. muwahahahaha



No comments :

Post a Comment