Wednesday, March 20, 2013

Tips Sihat Lelaki - Part IV (SAINS KESIHATAN)


Apa itu Penyakit VD??

Penyakit VD atau singkatan bagi Venereal disease (VD) adalah penyakit yang dijangkiti melalui hubungan seks. Penyakit VD boleh berjangkit melalui cecair atau rembesan seperti air mani, rembesan faraj atau darah. Mikroorganisma yang terdapat dalam cecair ini boleh hidup diatas permukaan kulit atau selaput mukosa.

Antara penyakit yang dihimpunkan dalam kategori penyakit VD ialah AIDS, chlamydia, ketuat pada kemaluan, gonnorhea, sifilis, jangkitan kulat dan setengah jenis hepatitis. Sometimes VD also known as STD (Sexually Transmitted Disease). So, berhati-hati.


Elakkan jangkitan HIV

Melakukan hubungan kelamin setiap hari tidak memberi kemudaratan dari segi perubatan, malah menambahkan keeratan hubungan antara suami dan isteri dari segi mental dan fizikal. Kekerapan melakukan hubungan kelamin dengan pasangan kita tidak menambahkan risiko jangkitan seksual. Perkara ini hanya untuk yang halal. Kenapa?? Kerana mereka yang sudah berkahwin tidak bertukar-tukar pasangan. Mereka yang melakukan hubungan seks tanpa ikatan yang sah dan bertukar-tukar pasangan yang mudah dijangkati penyakit kelamin.

Jangkitan sifilis, HIV boleh berlaku apabila hubungan kelamin dilakukan dengan seseorang yang mengalami penyakit ini. Risiko STD (Sexually Transmitted Disease) bertambah apabila melakukan seks rambang, seks diluar tabii, dan mungkin seks tanpa perlindungan seperti tidak memakai kondom atau hubungan sejenis antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan.. Selisih malaikat empat puluh empat..


Masalah Prostat

Kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing. Ia berfungsi menghasilkan cecair sebahagian daripada air mani. Masalah bengkak prostat sangat kerap berlaku untuk lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Antara tanda-tanda masalah prostat adalah kerap ingin membuang air kencing, darah di dalam air kencing atau air mani, susah nak buang air kecil, susah nak mengalami ereksi, sakit ketika ejakulasi, kadangkala sakit di bahagian paha, belakang pinggang dan pinggul, tidak boleh membuang air kencing dan air kencing menitis dengan sendirinya.

Benign prostat hyperplasia adalah bengkak rostat yang bukan disebabkan kanser. Masalah ini boleh bermula ketika seawal usia 30-an dan selalunya symptom menjadi jelas pada usia 50-an. Apabila prostat membengkak, ia akan mengganggu aliran kencing yang keluar daripada pundi kencing. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman pada pundi kencing dan jika ianya tersumbat, masalah ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Masalah ini amat kerap dan 50% daripada lelaki berusia 50 tahun ke atas akan mengalami symptom ini. Namun begitu, hanya lebih kurang 10% sahaja yang memerlukan rawatan pembedahan. Masalah bengkak prostat boleh dirawat dengan ubat seperti finasteride dan jika masalah ini tidak boleh dirawat dengan ubat, barulah ia dirawat dengan pembedahan. Oleh itu, jika korang ada mengalami simptom seperti diatas, bolehlah berjumpa dengan pakar bedah atau pakar urologi untuk pemeriksaan selanjutnya.

Ok guys, that’s all for the tips of men health.. Apa-apa pun ambil semua yang diatas sebagai pengajaran dan pembelajaran untuk menempuh kehidupan.. Ok guyzz #takeanote guyzz..

YOUR SINCERELY:

No komen..

No comments :

Post a Comment