Sunday, March 10, 2013

Lindungi Sabah Kami


Assalamualaikum korang, hari ni aku nak cerita pasal pemberontakan yang berlaku di Sabah. Sedih apabila mendengar anggota-anggota yang terkorban semasa berjuang untuk kedaulatan tanah air tercinta. Marilah sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang tanah air kita yang telah menyahut seruan Ilahi dan yang sedang ditugaskan sekarang ini di Sabah.


Tak dapat di bayangkan kalau salah seorang ahli keluarga kita ditugaskan disana. Perasaan khuatir, resah dan gelisah pasti menghantui setiap ahli keluarga. Hanya doa yang mampu di luahkan dengan perasaan penuh ikhlas dihati agar mereka yang sedang berjuang disana mendapat hidayah dan petunjuk Allah S.W.T. Marilah kita sama-sama mensedekahkan mereka dengan surah An-Nas semoga mereka yang sedang menjalankan tugas terhindar dari sebarang gangguan.


Amat pilu hati apabila melihat waris anggota yang pergi menyahut seruan Ilahi. Semoga roh mereka yang banyak berjasa dan memperjuangkan kedaulatan tanah air, tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Insyaallah.

Lagi satu, marilah kita semua mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah S.W.T. agar apa yang berlaku, dapat diselesaikan dengan cepat. Doa juga agar Negara kita akan terus aman dan makmur tanpa pemberontakan dan perang. Insyaallah, doa dari hati yang ikhlas, Allah pasti akan mendengarnya.

YOUR SINCERELY:

Gambar ditangkap ketika sedang berfikir untuk update apa minggu ni..

No comments :

Post a Comment