Tuesday, March 12, 2013

Tips Penjagaan Laptop


1. Pastikan laptop cukup sejuk
Laptop menjana banyak haba terutamanya jika korang menggunakan software terkini. Terlalu panas, korang berisiko merosakkan motherboard laptop korang. Pastikan laptop korang mempunyai ruang pengudaraan yang baik, dan pastikan korang tidak menghalang aliran angin dari kipas laptop kerana ianya satu satunya ruang udara yang ada..

Pastikan anda menghantar laptop anda kepada pakar untuk servis kipas laptop anda untuk mencuci habuk bila:
1)      Laptop anda panas di bahagian kipas.
2)      Setiap 6 bulan sekali.

Ini adalah masalah kritikal yang semua pengguna laptop tidak ketahui sehinggalah laptop mereka rosak. Selepas beberapa lama ia terpasang, pasti laptop korang akan memerangkap habuk di kipas processor. Ini menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak baik lalu laptop akan terlebih panas dan merosakkan komponen komponen seperti motherboard dan processor laptop.

Percayalah, jika korang mengamalkan sikap ini, korang tidak akan tergolong daripada orang yang terpaksa menanggung kos beratus ratus ringgit menukar motherboard, okay..


2. Berhati hati dengan skrin LCD anda
Elakkan dari menyentuh atau bermain dengan skrin LCD korang ya.. Skrin LCD korang boleh rosak menjadi garisan-garisan, keputihan, gelap tiada lampu, bergegar gegar, jadi TV rosak. berwarna hijau, merah atau kuning. Eeeee tak nak…!!!!

Untuk mengelakkan pecah atau retak, pastikan korang tidak meletakkan kunci, duit syiling, cincin, pen drive, USB broadboand dongle pada skrin LCD korang yup.. Hati-hati..


3. Jangan jatuhkan laptop anda!
OMG, Alamak terjatuh sudah….!!!!!!!!!! … Kadang kadang kita tidak boleh mengelak dari perkara yang tidak diingini tetapi kita boleh kurangkan kesannya. Sentiasa gunakan beg laptop yang berkualiti (although ianya berat, but ianya selamat). Elakkan dari menggunakan beg laptop yang cantik di luar tapi tidak melindungi!

Tak payahlah bawa laptop korang merata-rata tempat macamlah korang tuh businessman pulak, tanpa menyimpannya di dalam beg dahulu.. Jangan jadikannya amalan tau.. Lagi satu, jangan letakkannya di tepi tepi meja atau tempat tempat yang tidak stabil. Jika terjatuh, korang yang memang bersalah dan boleh memecahkan
1.    LCD skrin, hinge (susah sangat jumpa)
2.    Cover (pun susah sangat nak jumpa)
3.    Frame (lagi sangat susah nak jumpa)
4.    Hard Disk( mudah diganti tetapi data tidak dapat diganti)

Pastikan getah yang sepatutnya berada di bawah laptop masih ada dan berada dalam keadaan baik . Ini akan mengelakkannya dari tergelincir secara tak sengaja.


4. Jangan letak minuman berhampiran
Macam nak cakap dekat bebudak pulak benda ni.. hahahaha.. Kalau korang perlu minum ketika korang menggunakan laptop, pastikan korang tidak menumpahkannya..

Beberapa titis minuman korang jika tumpah ke laptop boleh membuatkan korang kerugian besar. Oh Tidak!.. Kenapa??? Sebab, keyboard , motherboard dan hard disk korang antara yang berisiko untuk rosak. Korang pasti tidak mahu membelanjakan beratus ratus ringgit angkara beberapa titis air bukan?.. Fikirlah..


5. Katakan tidak kepada virus!
Pengguna laptop yang bijak pasti mempunyai anti virus yang terbaik. Pastikan korang membeli antivirus yang berkualiti dan elakkan dari menggunakan antivirus yang percuma. Ini adalah kerana antivirus percuma tidak mempunyai semua ciri keselamatan yang premium seperti antivirus yang berbayar. Kaspersky Internet Security 2012, Avast Internet Security, Bitdefender adalah antara antivirus yang terbaik dalam pasaran.

Pastikan juga korang update definisi antivirus korang. Jika tidak, ianya tidak berguna dan laptop korang akan terdedah dengan beribu ribu virus baru yang berbahaya. Kebanyakan antivirus sekarang auto update supaya korang tidak pening untuk memikirkannya. Dan jangan sekali kali install lebih dari satu antivirus dalam sebuah laptop. Ia umpama mempunyai 2 pasukan polis yang berlainan dalam satu negara.. Cuba bayangkan kalau satu negara ada dua polis yang mengikut kepala masing-masing.. Huru-hara bukan.. So, fikirkanlah.. hahahaha


YOUR SINCERELY:

Cak.. 

No comments :

Post a Comment