Saturday, August 24, 2013

Rapatkan Kembali Jurang Persahabatan

Persahabatan… Hurmmm… Nak tanya dulu, siapa kat sini tak ada sahabat atau kawan baik?? Tak mungkinkan, kita semua ada kawan.. Bohong kalau ada orang kata dia tak ada kawan.. Kemana sahaja kita pergi, pasti ada rakan yang bakal menanti.. Ok, firstly nak cakap, kat sini nak cerita pasal kawan dan persahabatan, bukannya pasal kekasih, boyperen atau gelperen okiess….

Sahabat, sahabat telah menjadi satu keperluan dalam hidup.. Bukan hanya sekadar kawan biasa, malah sahabat baik juga boleh menjadi teman tidur, ketawa, makan, menangis dan sebagainya.. Banyak juga aktiviti yang kita lakukan mesti memerlukan kawan.. Contoh paling dekat study, Kalau tak ada kawan, macam mana nak namakan kita dan kawan kita yang tengah study ni sebagai study group, betul tak??

Kawan memang amat penting.. Tapi kan korang, berhati-hati jugak kalau memelih kawan.. Bahaya tau kalau ada rakan kita yang cuba untuk memalukan kita, merampas hak kita dan sebagainya yang boleh dikategorikan sebagai kawan makan kawan..

Apa pun, aku rindu sangat dekat kawan-kawan aku.. Sekarang dah tak bertegur sapa dah.. Tak tahu kenapa.. Lepas apa yang mereka, oppsss tak, bukan mereka, salah seorang dari mereka buat aku sakit sesangat.. Rasa menyesal pun ada.. Tapikan, time2 raya macam ni, better bermaaf-maafan, lupakan segala kisah lalu..

Aku cuba try yang terbaik untuk semua kawan-kawan aku, termasuk mereka yang menyakitkan hati aku.. Tapi payah, sukar.. Tak taulah kenapa.. Jurang semakin besar dan peluang untuk kembali menjadi kawan balik amat tipis..

Tapi untuk korang, ada sikit cara yang boleh korang buat untuk merapatkan kembali jurang persahabatan kalau korang dah berenggan dengan kawan korang, bergaduh dan tak mesra seperti dahulu kala.. Baca juplah..

1. Ajak makan bersama
  • Cuba berlagak seperti biasa dan macam tak ada apa-apa berlaku. Try ajak makan bersama di cafe ke apa ke kan.. Pastikan juga uollss dah bersedia dengan cerita-cerita yang menarik untuk dibual bersama. But, dengan cara ni aku kalah sebab aku kalau orang dah buat sial dengan aku, memang sampai mati aku tak akan tegur. Harap uollsss boleh...

2. Hadiahkan sesuatu yang menjadi kegemarannya
  • Semasa menjadi rakan, uollss mesti tahu apa yang sahabat uollss suka atau tak kan.. So, uollss boleh juga boleh belikan apa yang dia suka dan inginkan, n then hadiahkan kepadanya.. Pasti dia rasa ada lagi manusia seperti uollss sayang dan prihatin kepadanya.. But, kalau benda yang diinginkan itu ringan, mesti bolehlah.. Tapi kalau yang besar-besar dan berat-berat, better tak payah.. Kalau uollss mampu teruskan..

3. Berkongsi cerita selebrity
  • Ini part yang paling menarik sekali.. But, hati-hati.. Jangan sampai dah sedap dok borak tetiba bertukar jadi gossip.. Dosa tau uollss..

4. Belanja menonton wayang
  • Cuba jadi manusia yang berpandangan jauh.. Lupakan sahaja apa yang dah terjadi sebelum ini.. Jangan disimpan dalam hati.. Buang dendam itu.. Try ajak dia tengok wayang dan spent time bersama atau dengan rakan-rakan lain.. Seyes kalau dah borak sah-sah korang lupa segala masalah yang berlaku..

5. Online shopping
  • Uollss dulu kalau kat facebook tak ingat dunia.. But sekarang, sepi tanpa kata.. Apa kata buang ego dan cuba berbual.. Topik paling sesuai adalah pasal online shooping.. Cuba share link-link like zalora, amazon dan sebagainya n then chit chat macam biasa kalau ada respon..

6. Minta bantuan
  • Uolllsss mesti arif dengan kelebihan dan kekurangan sahabat uollsss.. Begitu juga pandangan sahabat uollsss kepada uollsss.. Iollsss nak beritahu ni, cuba uollss minta bantuan dalam bidang yang dikuasainya.. N then selepas minta bantuan dan apabila dah dapat bantuan tersebut, ucap terima kasih dan hargai apa yang diberikan walaupun ianya sebesar zarah.. Apabila dihargai, hati rakan uollsss pasti senang dan segala sengketa pasti terhapus...


Bila dah berselisih faham, pasti tak best kan.. Persahabatan yang terjalin tak macam dulu.. Cuba uollss buat apa yang iolllsss tulis dekat atas ni.. Dengan berkat doa insyaallah pasti berjaya.. Kerana hidup dekat dunia ni kalau tak ada sahabat umpa monyet tunggal dihutan..

Bak kata Najwa Latif, Sleeq & Syam Kammarul:

Kaulah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis hidupku,
Kaulah yang disitu,
Setia menungguku,
Kaulah yang satu menjadi sahabatku...


Sahabat-Najwa Latif ft. Syam Kammarul & Sleeq

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment