Assalamualaikum uollsss semua... Jumpa
iollsss lagi yup... Entry kali ni iollsss nak bagi tau cara atau tips nak
sampaikan berita buruk dekat orang supaya uollsss semua selamat daripada
mendapat penampar free of charge although uollsss tidak bersalah... Entry ini
amat bersesuaian untuk uollsss yang bergelar teenager lagi yup... Pak cik dan
mak cik pun boleh jup nak guna... Tapi berlainan suasana lah yup... Jangan ko
pakai kat bapak dan mak mertua kau... Memang kena halaulah ko Leman, Saodah
oii...
Berita buruk benci untuk didengari kerana ia
adalah satu masalah... Berita buruk benci untuk didengari kerana ia adalah satu
bebanan untuk mencari jalan keluar... Siapa suka berita2 buruk niyh... Ko
tengok orang2 kampung, pantang ada berita buruk sikit, satu kampong kecoh tau
tak... Lagi2 yang membabitkan maruah orang, si Saodah, Kiah, Tipah, Bedah,
Jemah, Peah, Timah, Minah memang suka tuh... Topik perbualan dan forum perdana
tak berbayar mereka buat untuk seminggu...
Jom kita check it out dulu contoh2 berita
buruk yang basic lah...
Situasi 1:
Contoh
berita buruk: "Mak saya failed paper BM untuk trial SPM"...
NAK MATI EH DATANG KAT MAK KAU CAKAP CAMTU?? 6 MINGGU PUN TAKKAN HABIS BEBELAN
MAK KAU SIAP QUESTION ASAL USUL LATAR BELAKANG KAU BAGAI... TAK PASAL2 KAU KENA
MASAK ASAM PEDAS... NAKKK??...
Situasi 2:
Contoh
berita buruk: "Adik, akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia
duduk dekat tayar"... MENANGIS SEMINGGU WEH ADIK KAU TUHHH... BIADAP
PUNYA KAKAK TAK CHECK DULU SEBELUM GOSTAN...
Situasi 3:
Contoh
berita buruk: "Salmon kita dah habis hari ini"... WOI
INI KEDAI SUSHI KE KEDAI APA WEH SALMON PUN HABIS TAK RETI BAJET KE NAK TANGKAP
BERAPA SALMON KAT LAUT SETIAP HARI *API KELUAR HIDUNG BULU HIDUNG TERBAKAR...
MACAM IKLAN MAGGI KARI BERAPI*
Situasi 4:
Contoh
berita buruk: "Sayang, abang nak kahwin lain"... CUBALAH TRY
CAKAP, CUBA....
So,
cara terbaik dan penuh hormat untuk menyampaikan berita buruh seperti tadi
adalah to cushion it’s impact with solution... Dengan mengurangkan impak berita
buruk tuh adalah ianya didatangkan sekali dengan beberapa cadangan dan
penyelesaian yang teramatlah bernas supaya nanti uolllssss tak makan kaki...
First,
weollsss kena paham dari mana kemarahan itu datang... Dari situ weollsss akan
mendapat idea bagaimana untuk meredakannya... Contoh berita buruk yang fail
paper BM untuk trial SPM... Mestilah kemarahan emak kau tu datang dari satu
kekecewaan dan ketakutan... Mesti dia takut anak dia fail terus untuk SPM yang
sebenar... Bila dah faham sumber kemarahan itu, uollsss datangkan penyelesaian
yang terbaik untuk meredakan hatinya.
Situasi 1:
"Mak
saya failed paper BM untuk trial SPM, *tapi* saya dah daftar kelas tambahan
setiap hari Sabtu dan saya dah duduk dengan cikgu bincang bahagian yang saya
lemah jadi lepas ini saya nak beli novel BM untuk improve kosa kata saya"... Okay.
Camtu (provided kau dah setelkan semue benda yang uollsss cakap tulah... Mak uollsss
still akan marah gaban... Tapi dia marah je pastu dia buntu nak bebel apa dah
sebab bebelan biasanya adalah satu keluhan kesalan... Tapi uollsss dah matikan
point dia bila uollsss beri dia jalan penyelesaian atas inisiatif uollsss
sendiri... Understand??....
Situasi 2:
"Adik,
akak terlanggar penyet anak kucing adik sebab dia duduk dekat tayar *dan* akak
tahu adik sedih tapi dia sekarang dekat syurga kucing tengah makan tuna atas
dulang emas, nanti hujung bulan akak belikan kucing baru sebab akak tahu adik
suka peluk kucing time tidur."
Situasi 3:
"Salmon
kita dah habis hari ini, *jadi* kita akan pergi Cold Storage sekejap untuk
beli, provided cik mampu tunggu lama sikit, boleh? Nah macha ice cream
semangkuk sementara cik tunggu"
Situasi 4:
"Sayang,
abang nak kahwin lain *maka* abang dah belikan sayang Lamborghini sebijik,
bunglow sebijik dan sama harga macam bunglow Taylor Swift"
Ada faham?? Situasi 4 tuh
kalau tak berjaya pandai2 ko lah...
YOUR SINCERELY:
SAFIE MOKHTAR
No comments :
Post a Comment