Pernah
dengar istilah lelaki metrosexual? Istilah ini diberi kepada lelaki yang suka
bergaya hebat, berpenampilan menarik, menjaga pakaian dan juga alat solek,
tampil dengan penampilan yang sangat berbeza dengan kebanyakan lelaki bukan
metrosexual. Ada sesetengah orang, tak suka dilabel menjadi metrosexual, ya
lah, mungkin disebabkan ‘malu’ kerana penjagaan penampilan ini hanya untuk
perempuan semata-mata....
Jaga kulit
Hari
ni iollsss nak sentuh mengenai lelaki dengan kulit. Kiteww kesampingkan dulu
istilah metrosexual dan fokus pada penjagaan kulit. Biasanya kalau bab-bab
penjagaan kulit ni, cukup sinonim dengan perempuan. Perempuan suka make-up,
alat make-up nak mahal-mahal dan make-up mesti hari-hari. lelaki?? eeeiiiwww
Sebenarnya
penjagaan kulit ini tidak jumud terhadap alat make-up semata-mata, tapi lebih
dari itu. Kulit bukan sahaja di muka, tapi diseluruh badan. Mungkin sebab muka
itu anggota badan yang dilihat oleh orang dulu, sebab itu kulit disinonimkan
dengan muka sahaja. jom kita ubah persepsi ini....
Susah nak menjaga kulit?
Tak
susah sebenarnya untuk lelaki menjaga kulit. Tak kira jantina apa, kesihatan
kulit boleh dijaga dengan pemakanan yang betul dan sapuan di bahagian luaran
dengan losyen atau produk penjagaan kulit yang lain. Lelaki jika tidak pandai
memakai sabun ketika mandi, alamatnya bukan sahaja akan dijauhi oleh perempuan,
lelaki lain pun akan menjauhinya.
Kat
sini iollsss nak kongsi 3 cara yang paling senang untuk jaga kulit bagi para
lelaki:
1.
Pastikan mandi ada kelengkapan yang cukup. Syampu, sabun, itu benda asas. Jangan
mandi jirus air kemudian 45 saat lepas tu dah siap... Aiyoyo... Kerbau pun kalah.
2.
Waktu pagi ajar untuk bersih muka dengan pembersih muka... Jangan kedekut,
belilah sendiri dan ini untuk diri sendiri jugak... Sebelum nak tidur,
sekurang-kurangnya bersih muka dengan air, lagi elok guna pembersih muka yang
sesuai jugak...
3.
UV Protector, banyak produk di luar sana yang menawarkan cream UV Protector
niyh... Sekarang dunia sudah terlalu banyak pencemaran, kesan UV kepada kulit
boleh bawak sampai barah, jadi, berhati-hati!
Ok,
itu sahaja dulu beberapa tips untuk penjagaan kulit bagi lelaki. Senang sahaja
dan rutin ini akan menjadi mudah jika kita amalkannya hari-hari...
YOUR SINCERELY:
SAFIE
MOKHTAR
No comments :
Post a Comment