Sunday, December 1, 2013

Tips Membeli Emas (Part II)

Janji mesti ditepati dan bukan dicapati... Kita sambung balik cerita pasal emas yup... Hari tuh terhenti pada tops yang ketiga... Lastlah kan tiga tuh... Sekarang niyh dah tak nak membebel banyak sangat, sebab iollsss tau uolllsss tak suka membebelkan... Dekat rumah dah biasa kena... So, iollsss nak terus jup sambung cerita tips yang ke empat... So, check it out...

Tip4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang uollsss beli dari Poh Kong tuh contohnya lah kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa... Nampak tak uollsss yang rugi dengan cara macam niyh...
Tip5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi sama ada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang iolllsss survey, dari my mom lah kan, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan...
Tip6: Survey kos upah paling rendah. 
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus... Jimat dak...
Tip7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM
FGJAM ni macam akta lah untuk emas niyh... tak tau nak describe macam mana... Google lah sendiri yup...
Tip8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% - 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya... Kalau tak ada diskauan lagi bagus... Kalau kedai melayu, kau ceramahlah sikit kat tukang kedai tuh Saodah oi... Selitkan pasal agama n jual beli dan gadaian dalam islam... Kalau boleh ko bawak buku SPM pendidikan islam tingkatan 5 ko tuh... Konfirm ko dapat harga asal punya... Tapi kalau kena rembatan maut, jangan cari iolllsss... Uolllsss jawablah sendiri... *sumpah jahat gaban...

Setelah tamat dengan word gaban tuh tadi maka berakhirlah entry untuk part 2 niyh... dah tak ada lagi dah lepas niyh... Baik uollsss baca mak ci koi.. Kalau apa2 jadi ada jugak ilmu didada tuh... Tak gitu Saodah... Time ko nak beli emas kan senang kalau dah tau macam mana kan... Ini kalau nyonya separuh abad kat kedai emas tuh kencing kat ko, ko ikut jup lah macam lembu... Jahat mulut aku, bak kata Saodah...
Ok tuh jup kot nak bebel pasal entry kali ini... Hope uolllsss dapatlah manfaat daripada entry niyh dan yang lepas2 although masa ko baca tuh ada ayat yang macam gaban buat sakit hatikan... Ayat yang macam tuh lah yang ko suka kan... Kalau tak, macam mana FL boleh popular... Fikirkan...
p/s: nama saodah niyh dapat dari cerita katun boboiboy...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment