Wednesday, March 12, 2014

Petua Untuk Melebatkan Rambut

Yo, yo, yo, wasap beroh... Hahahaha... Agak kurang ajar starting untuk entry kali niyh... Apa pun, Assalamualaikum uollsss semua yang iollsss sayangi... Sayanglah sangatkan aku kat korang... Hahahaha... Ok, forget about it... Today punya entry nak cerita pasal mahkota yang paling atas sekali yang kita ada... Lebih atas daripada kepala iaitu rambut... Apa anak3?? “Rambut....” .. Owh, pandainyeww... So cute... *Sewel aku tak habis2 datang, mengalahkan budak OKU... Hahahaha...

Rambut, uollsss semua tau tak rambut niyh merupakan benda paling berharga sekali pada weollsss semua... Mana taknya, kalau tak ada rambut, sah botak... Lebih2 lagi orang pompuan, macam2 dia buat although satu helai rambut jup yang gugur... Lelaki tak kisah, ada some of them kata botak niyh seksi, macam Pitbull... Tapi seumur hidup iollsss tak pernah botak, paling pendek pun macam rambut-rambut askar tuh... Tak adalah nak botak licin bagai sampai berkilat-kilat... Sumpah jadi annoying aku kau tau tak...

Oklah uollsss, tak nak membebel panjang2 sangat... Entry kali niyh nak cerita pasal lifestyle but pada bahagian rambut... Rambut pun ada masalah dan penyakit uollsss tau tak... Kalau dah berkelemumur bagai tuh sure nanti rambut gugur.... Kalau berpenyakit sah rambut uollsss mengalami keguguran yang amat teruk dan payah nak tumbuh balik dengan cepat... So kena dengan point iollsss today, iollsss nak cerita macam mana nak melebatkan rambut for kulit kepala yang berpenyakit atau bermasalah... Jom kita usha apa petua yang iollsss taip kat bawah niyh...
  1. Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 minit.Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit. Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali.
  3. Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.Ulangi selalu dan lihat hasilnya.
  4. Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.
  5. Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada, bolehlah gantikan dengan santan segar. Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras. Setelah cukup garing, sejukkan dan kisar halus. Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut. Sapukan pada seluruh kepala, biarkan semalaman dan bilas.
  6. Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur. Kemudian,masukkan sedikit air dan perah. Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau rata dan simpan semalaman. Keesokan harinya, sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam. Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.
  7. Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa. Lumurkan pada rambut. Biarkan beberapa minit.Kemudian bilas dengan air suam.
  8. Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.

Ha macam mana uollsss, nampak tak betapa senangnya petua niyh... Tak payah susah2 nak perabih duit bagai nak pergi spa lah, yun nam bagai... Buat sendiri jup lagi bagus... Berkhasiat pulak tuh... So, bagi uollsss yang takde bajet atau kurang bajet untuk membuat rawatan rambut kat luar bolehlah cuba petua ini... Memang nampak annoying nak buat semua niyh, lepas tuh kalau takjadi dah membazir... Kekadang memakan masa yang lama... But apa pun yang berlaku weollsss berusaha dan berdoa kepada Nya, In Shaa Allah Dia makbulkan doa kita... *Nampak tak ayat ustaz2 belaka... Hahahaha... ^_^

p/s: Petua melebatkan rambut ini sesuai untuk digunakan bagi lelaki mahupun wanita... Bebudak jup tak sesuai okeyy...

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment