Dunia peragaan tak lari dari jenama...
Mana taknyew, ko nak pakai baju pasar malam lepas tuh jalan kat catwalk tunjuk show...
Mampus kena baling dengan telur busuk uollsss... So, hari ni iollssss semua nak
ajak uolllsss tengok jenama pakaian mana yang paling mahal dan menjadi kegilaan
orang2 banyak duit ni, bagi iollsss takde la sangat fesyen ni kan, tapi still
nak tahu jugak.. So, kat bawah ni iollssss dah senaraikan antara 5 jenama
pakaian termahal... Jom tengok2, shopping uollsss...
- Hanyalah perantau yang bermastautin di Paris dan kemudianya di London yang berkerja di hotel2 esklusif, Guccio Gucci (1881–1953) amat terpesona dan kagum melihat barang mewah yang dibawa oleh tetamu hotel. Dia tidak lama kemudian kembali ke tempat lahirnya, Florence di Itali yang sememangnya kaya dengan sumber2 berkualiti dan mula membina empayarnya sendiri. Kini Gucci menjadi jenama pakaian yang amat terkenal dengan kemewahannya dan terlibat dalam bidang kosmetik, artikel sukan, barang kemas, cermin mata dan lain-lain pakaian yang sememangnya ...pergh, mahal siot tapi kualiti mantap
- Chanel S.A atau lebih dikenali sebagai Chanel merupakan sebuah jenama yang menjadi pujaan golongan elite. Di asaskan oleh Gabrielle "Coco" Chanel, seorang rakyat Perancis yang mendapat jolokan nama Coco semasa menjadi penyanyi di Kelab. Chanel amat terkenal dikalangan wanita muda kerana Fesyennya yang tampak lebih muda dan simple disamping lambang golongan Elite.
- Pakaian ternama Itali ini memperkenalkan pakaian yang bergaya untuk memenuhi pelbagai keperluan penggemar fashion, dan selain daripada jenama pakain terkenal, ia adalah salah satu daripada jenama pakaian yang paling mahal. Pakaian Prada adalah nama yang terkenal dengan kesederhanaan, keselesaan dan keyakinan, bahkan ramai bintang2 Hollywood juga amat meminati dengan pakaian mereka ini.
- Nama besar dalam dunia fesyen antarabangsa. yang diasaskan oleh Girgio Armani dan Sergio Galeotti. Girgio Armani S.P.A mendapat tempat dikalangan peminat fesyen antarabangsa kerana kualitinya yang sudah tentu tinggi dan bermutu, dari Itali katakan. Armani memang menyediakan pilihan fesyen yang banyak tetapi bermutu merangkumi wanita, lelaki dan kanak2.
- Koleksi pakain Marc Jacobs menjadi impian kebanyakan wanita muda. Marc Jacobs yang berbangsa Perancis sememangnya berkerja sebagai seorang designer. Marc pernah memenangi anugerah Ordre des Arts et des Lettres yang merupakan Anugerah paling berprestij bagi penggiat seni di Perancis. Citarasa dan design daripada Marc sentiasa menepati musiam dan citarasa wanita moden
Ha, ko tgk la... Memahal semua uollsss... Tak mampu nak beli... Biarlah weoolllsss pakai yang tahap downtown, uptown, masjid india ke apa pun dh ok gak... Last2 masuk kubur kain kapan gak yang kita bawak... weeee....
YOUR SINCERELY:
SAFIE MOKHTAR
No comments :
Post a Comment