Saturday, March 28, 2015

Bermadah Pujanggalah Kita Katanya (Part 1)

Assalamualaikum….

Madah pujangga memang lazim dalam masyarakat melayu we0llsss semua.. U0llsss nak tau tak, orang dulu-dulu kala menggunakan madah pujangga sebagai bahan berjenaka.. But today, penggunaan madah pujangga ni dah semakin kurang popular dalam kalangan masyarakat kita..

Apa sebab jadi macam tuh ya.. Mungkin sebab budak2 sekarang ni macam i0llsss dan u0llsss semua serta dey0llsss2 yang bergelar remaja tidak sebati dengan madah k0t.. Tuh yang jadi macam tuh agaknya..

Ni i0llsss nak bagi satu c0ntoh ya:

Situasi 1 : Pak Ali berbual dengan Pak Abu.. Tetiba lalu Pak Mail dengan garang sekali.. Pak Ali menegur tetapi dibalas seperti harimau kelaparan.. Pak Ali pun berkata dekat bak Abu..
Pak Ali: “Kau tengok Mail tuh Abu, dekat luar rumah dia memang garang mengalahkan tok ketua, tapi bila balik rumah dia menikus.. Takut bini katanya”.. (Ayat bermadah yang membuatkan weollsss semua hamper tidak faham akan maksudnya)

Situasi 2: Pak Ali dan Pak Abu duduk menyembang dekat warung.. Mereka berbual2 sambil pekena teh tarik dan kuih muih yang sudah tersedia.. Sesudah habis, Pak Ali mengeluarkan rokok lalu dihisapnya.. Tersembur-sembur keluar asap rokok tuh.. Tetiba Pak Abu berkata…
Pak Abu: “Walaupun orang kata aku bodoh, tapi aku tak merokok sebab rokok membahayakan kesihatan”.. (Ayat bermadah untuk menasihati Pak Ali… Tetapi jika Pak Ali menghidap kanser paru2, Pak Abu pun akan mendapat penyakit yang sama... Sebab dia pun berada disitu dan menyedut asap rokok itu sekali walaupun dia tak menghisapnya)…

Jom kita tengok list2 antara madah pujangga yang ada kat bawah niyh.. Actually ada berjuta-juta madah pujangga.. Tapi yang kat bawah niyh hanya beberapa jer.. Jom layan..

1. Penawar Tidak Berguna
“Sesungguhnya Putrawili itu raja segala penawar tetapi pada kebanyakkan selera ia hamba segala makanan”
Maksud: Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, but banyak orang yang sia-siakan pengajaran tersebut.. Ada yang memandang rendah da nada yang menolaknya..

2. Pengecut
“Rupa harimau, hati tikus”
Maksud: Rupa jup garang, hebat dan menakutkan.. But hati kering dan pengecut.. Apa da nak jadi…

3. Si Dungu
“Seeorang mencubit, seorang menampar, yang menampar jugaklah disalahkan”
Maksud: Orang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tak ada orang tau pun. Si bodoh/dungu melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan.

4. Pak Turut
“Telinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas”
Maksud: Orang yang pemurah kerap kali menjadi tumpuan orang meminjam. Orang yang jadi pak turut selalu menjadi kuda-kuda tunggang orang yang lebih berkuasa.

5. Umpat Keji
“Tiada umpat yang membunuh, tiada puji yang mengenyangkan”
Maksud: Apa yang difikirkan baik terus kerjakan, jangan dihiraukan umpat keji orang.

6. Pemalu
“Tersndeng-sendeng bagaikan sepat dibawah mengkuang”
Maksud: Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia.

7. Bercakap Sesuka Hati
“Sepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia”
Maksud: Cakap orang dapat dilakukan sesuka hati tanpa ada had atau sempadan.


bersambung…

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment