Friday, August 14, 2015

SEGALA-GALANYA BAGI ANDA (Apakah dia??)

Apa yang segala-galanya bagi uollsss semua?? Setiap orang lain dia punya “segala-galanya”.. Kat sini iollsss nak share adalah “segala-galanya” yang terfemes dan sering diungkap-ungkapkan seseorang.. Uollsss pilihlah yang mana satu korang suka “segala-galanya” yang iollsss listingkan kat bawah ni ya..
*bukan macam jemah, kiah, timah, senah tuh semua.. Lepaking dan mengumpat serta duduk berkumpul dibawah pohon jambu yang tak berdosa adalah segala-galanya bagi mereka.. Hahaha
1. Duit adalah Segala-galanya
  • Ungkapan ini dah biasa dan lali weollsss dengar.. Lagi zaman2 moden ni memang “duitlah segala-galanya” dan apa yang ada kat dunia ni memang perlukan duit untuk mendapatkannya.. Sambungan dari ungakapan ini yang selalu kita dengar ialah “nak masuk tandas pun kena bayar”.. Hahahah.. #Hambar

2. Cita adalah Segala-galanya
  • Zaman modem macam ni memang orang semua mengejar cita, kalau tak macam mana nak maju.. Duduklah macam kiah n de geng kat bawah pohon jambu yang tak berdosa tuh.. Tuh yang sanggup buang emak, buang keluarga kerana cita dan yang ada cinta.. Dan yang lebih bangang abadi tahap dewa Neptune atlantics lagi sampai ada yang sanggup buang anak.. Akai ada ka??

3. Anak adalah Segala-galanya
  • Ini adalah ruangan untuk yang dah berkahwin dan yang dah mempunyai anak.. Bagi mereka yang dah berkahwin ni, anak adalah segala-galanya bagi mereka.. Dari apa sudut dan segi sekalipun, apa2 anak dulu yang didahulukan berbanding diri sendiri.. Indah rasanya dunia.. Bagi yang belum kahwin dan beranak, cepat-cepatlah kahwin dan beranak ya.. Yang bujang nak anak tuh, nikah dulu.. jangan kahwin dulu baru nikah pulak.. LAHANAT..

4. Keluarga adalah Segala-galanya
  • Ini pulak bagi golongan yang mementingkan keluarga dan selalunya keluarga manusia sebegini adalah sebuah keluarga yang bahagia, harmoni, aman dan sejahtera.. Normal yang macam ni adalah dari golongan anak2 yang soleh dan solehah..

5. Kesihatan adalah Segala-galanya
  • Duit banyak macam mana sekalipun, kalau sakit, tak sihat tak ada gunanya jugak kan.. Kalau dah macam tuh bak sini bagi iollss duit tuh.. Hahahaha… So golongan yang sentiasa menjaga kesihatan ni adalah golongan yang sentiasa inginkan hidupnya bahagia dan sihat sejahtera.. Tapi kalau sakit dan tak ada duit, lagilah payah.. Aduiiyaiii.. Jenis yang sakit, miskin dan berlagak kaya pulak adalah jenis yang LAHANAT…

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment