Tuesday, December 18, 2012

My Campus Life

ASSALAMUALAIKUM, SAlAM SEJAHTERA & HYE, HYE, HYE...


Lama dah tinggalkan blog ni kan.. Dah nak dekat 10 hari.. Maklumlah busy gila.. Mana dengan assignment, mana dengan kuiz, lab practical lagi.. Hurmmm, apa boleh buat, nama pun belajarkan mestilah kena tekun. Kalau tak, macam mana nak berjaya.. Betul tak??

Ha, semenjak ghaib ni, nak kongsi sedikitlah perjalanan hidup kat kampus tu.. Masa aku tak ada dalam blog ni.. Nak tengokkan, nah, ambik ni.............


EARLY IN THE MORNING


Pagi-pagi dah datang dah kampus.. Walau ada ke atau tak ada kelas, tapi aku still datang pagi-pagi. Dalam pukul sembilan, adalah muka aku dekat MSU..  Ha, pagi tu datang jer tak terus pergi open lab. Sebab pagi ada kelas VB Programming.. Masa tu pagi isnin. Lepas kelas habis, dalam pukul sepuluh baru gerak gi open lab..  Aku teruslah start buat. Mula-mula okay, lama-lama agak dah dua tiga jam, startlah penat dan bosan.. Nak tau tak kalau dah bosan buat apa...

Jeng, jeng, jeng......



Mulalah layan blog.. Tengok blog sendiri, Hanis Zalikah & Fatin Liyana. Sambil tu, buat jugak VB Programming tuh... Programming lah katakan, mestilah aku akan jadi penat. Subject ni pulak susah dan membosankan.. Tapi taklah bosan sangat, kadang-kadang enjoy jugak..




AFTER LUNCH


Muka memang penat gila lah time ni.. Jam pun dah pukul 2.. Startlah kelas EGP.. Alah senang cakap English II lah. Time ni aku duduk depan kelas.. Maklumlah rajin, sampai awal.. Awal ke?? huhuhu.. bolehlah sebab yang lain belum datang.. Tapi sekejap je duduk situ sorang-sorang.. Tak lama lepas tuh dia orang datanglah.. Mulalah riuh sekampung kalau batch dah bertemu..huhuhu..




Duduk-duduk sini, tiba-tiba Azita datang duduk sebelah.. Itu yang terus capture picture ni.. Masa ni lecture tak datang lagi.. Weeeeeee.. bolehlah nak weeee sekarang...

Alah sekejap jer, lepas tu lecture datang, kami pun masuk lah dalam kelas.. Masa ni Azita tak sihat.. Dia nak demam.. Memang dah demam pun.. Tapi dia tetap nak habiskan kelas untuk hari ni, Chaiyokkkk lah geng..


IN THE CLASSROOM


Ha, rajin tak aku.. huhuhu.. Rajinlah sangat.. Kena buat essay masa ni pasal pollution. Whole essay dalam masa 1 jam.. Boleh tahan lecture ni dera kami.. Tekun jugak aku buat ya.. Tapi entah apa-apa je.. Tapi oklah kan.. Jangan nanti lecture suruh buat essay, essay siap tapi apa pun tak boleh sebab banyak salah.. Hahaha, tak adalah.. semuanya OK..


Ha, nampak tak course work aku.. Hebatkan..huhuhu, hebatlah sangat.. Tapi bolehlah daripada tak buat.. Lepas siap, semua kena hantar kat depan.. Lecture nak cek.. Agak-agak dah macam budak sekolah kan.. Tapi best jugak jadi budak sekolah sekejap.. Lepas tu.....


Lepas tu, miss panggil sorang-sorang datang depan..  Ha, kan dah macam budak sekolah.. Eh, lupa nak kenalkan, inilah Miss Afiffah yang ajar kami English.. Tengok muka dia, garang tak..hahaha.. Nampak garang, tapi selalu kena buli dengan kami terutama sekali dengan kawan aku yang bernama Nur Muhammad Qayum.. Budak kepoh gila..haha.. Qayum, jgn marah lah ya.. Kidding jew.. weeeeee



Ha, inilah budak yang bernama Qayum tuh.. Kecoh.. hahaha...

Setiap sem mesti ada yang kepoh.. Tapi aku rindu dekat sem lepas sebab batch-batch sem lepas lagi sekepala dengan aku.. Rindu dengan mereka terutama best batch aku si Athif, Rex, Kelvin, Addina, Faten, Sumen, Azman, Haleeque, Fasya, Amalina dan juga Fikri.. Alah, bukan tak jumpa, selalu jugak jumpa.. hehehehe... Okaylah, tak ada apa lagi nak cerita.. Setakat itu sahaja.. Byeeee....... Assalamualaikum..


TAMAT


No comments :

Post a Comment