Sunday, March 3, 2013

Tips Mengelak Mulut Berbau


Haa. Kali ni aku nak share tips tentang macam mana nak elak bau mulut yang macam longkang. Korang pernah berdepan tak dengan orang yang ada masalah bau mulut ni? or maybe korang sendiri macamtu? Dengan adanya bau mulut, mesti korang akan rasa tak senang and mulalah rasa malu-malu meowww nak bercakap kan?

So, untuk at least mengurangkan bau mulut tu, jom kita follow 5 Tips Penjagaan Bau Mulut cara aku ye?

1. Kurangkan makan atau minum sesuatu yang berbau.
  • Bila cakap pasal makanan dan minuman tu, memang susahlah kita nak ngelak ye tak? Tak boleh nak elak, elok kita kurangkan. Apa yang kita makan dan minum tu biasanya akan melekat kat mulut kita. Macam bagi penggemar coffee, tau tak lepas minum kopi, bau kopi akan melekat? begitu jugak lepas makan petai dan durian pun melekat bau harumnya tu. Kalau korang ada function ke, meeting ke, dating ke atau apa-apalah, cuba untuk elakkan ambil makanan dan minuman macamni sebelum pergi. Bukan apa, nanti mulut bau semerbak, not best okay?


2. Gosok gigi 3x sehari
  • Nak gosok gigi tiga kali sehari memang susah bagi mereka yang takda masa terluang waktu lunch or tengah hari tu. So paling-paling minima, gosoklah 2x sehari. Pagi memang wajiblah kan korang gosok gigi.  Malam tu sebelum tidur, rajin-rajinkanlah gosok gigi. Tapi kena ingat, bukan sahaja gosok gigi semata-mata , tapi gosok jugak lidah tu dan pipi. But bukan jolok anak tekak ye----bulimic? :P Tu yang kadang kita dengar orang sampai nak termuntah-muntah gosok gigi. Kalau aku tak silap, cara gosok yang betul ialah dari atas ke bawah. Bukan ke kiri ke kanan. Buat dalam bentuk bulatan macam tu.


3. Kerapkan berkumur dengan air atau antiseptic mouthwash
  • Bagi aku, benda ni penting. Bila berkumur, segala saki baki makanan dalam mulut tu boleh lah dibuang. Bukan tu je, nafas pun akan rasa lebih segar lepas dah kumur dengan antiseptic mouthwash ni. Untuk memilih antiseptic mouthwash ni, elok pilih yang clinically proven. Jangan beli sebab murah semata-mata same goes dengan berus gigi dan ubat gigi ye. Untuk aku, aku suka pakai Listerine.  Sebenarnya, aku baru jugak berjinak-jinak nak guna mouthwash ni, before this haremm. Tapi aku rasa elok pakai maka aku teruskan   Kalau aku, berkumur biasanya 2x sehari. Untuk pagi dan untuk malam.


4. Sentiasa bawa chewing gum dan mouth-spray 
  • Bagi aku personally benda ni penting. Once kita rasa mulut ni macam tak sedap or baru lepas makan dan minum sesuatu yang berbau (spt, petai dan coffee) elok terus kunyah chewing gum. Chewing gum tak lah mahal mana pun. Seringgit je. Kalau korang jenis payah nak kunyah, ambil je mouth-spray tu dan spray je ke dalam mulut. Aku tak sure teknik spray yang betul so elok baca direction of use. Kalau aku, aku suka kemam dulu mulut lepas spray.After a while, baru buka. Bila tengah kemam tu cubalah kembang kempis kan pipi tu biar spray tu move all over mulut korang. Barulah nafas terasa segar bugarrr.


5. Jumpa doktor gigi 6 bulan sekali and bila perlu
  • Kalau time kat sekolah dulu untunglah ada check up gigi free kan? kuikuikui. Jumpa doktor gigi ni bagus. Kita bukan kenal benar dengan mulut dan gigi kita ni. Mana tau kot kot ada plaque or apa-apa kotoran degil kat gigi tu.  Minta nasihat pakar kalau mulut korang still berbau. They know what to do with your oral problem. Jangan takut jumpa doktor gigi!! Benda ni la paling payah sebab masing busy dengan hidup memaseng.


Okay cukup 5! Hope tips ni dapat membantu kita mengatasi or mengurangkan masalah bau mulut ni kan :D

Saya Yang Benar:

Ni sebab sedih kena berdepan dengan orang yang mulut bau jamban.. hahaha.. Tak adalah acah jup.. Tetap peace walau assignment melambak.. hahaha

No comments :

Post a Comment