Salam semua… apa habaq?
Hope korang sihat-sihat ya.. Ameen.. Sekarang ni dah jadi gian nak cuti, sebab
dah cuti sem.. weee!!!!!!.. Cuti, cuti jugak kan, update something kat blog
pasti menjadi kemestian..hahahaha.. Oklah, tak nak banyak cerita, update kali
ni pasal saving money.. Duit memang menjadi salah satu benda penting dalam
kehidupan seharian kita.. Bila kita ada duit, bolehlah shopping,
muwahahaahahaha.. Hahaha, tak adalah sampai begitu sekali… Bila kita dapat
saving duit, kita sudah ada simpanan untuk kegunaan masa hadapan jika ada
kesesakkan nanti.. At least kita ada simpanan jugak walaupun sedikit untuk
menyelesaikan masalah yang timbul di kemudian hari..
Bak kata Jessie J “It’s
all about the money”.. Ada ubah sikit ayat tuh, aku ambil dekat lagu Price
Tag.. hahaha.. Nak tau tak, bila kita ada duit simpanan, kita sudah ada
simpanan untuk masa hadapan kita.. At least kalau dapat pun saving RM50/per
month jadilah.. Macam saya yang sememangnya student, perlu untuk simpan duit..
Duit simpanan saya bertujuan untuk bayar balik pinjaman PTPTN.. hahaha.. Pandai
tak.. Asyik banyak cerita jer, jomlah baca entry yang Safie Mokhtar nak tulis nie
ye...
1) MASAK
SENDIRI KAT RUMAH:
Safie Mokhtar nie memang kaki pasar
malam... sebut saja ada pasar malam wajib aku akan bertandang untuk membuang
duit di situ..hahaha.. kadang kala beli benda yang tak penting pun selalu jugak...
tapi kalau tak pi pasar malam rasa macam tak lengkap hidup.. sampaikan pakcik
dan makcik jual ayam goreng dan mee goring kat pasar malam tue kenal la Safie
Mokhtar ni siapa kan..hahaha, nampak tak betapa malasnya aku nak prepare
something untuk perut aku,hahaha... Alhamdulilah sejak start tahun baru ni aku dah
kurangkan "menjadi tetamu utama" pasar malam, malah sudah lama tidak
berkunjung ke pasar malam..pasaraya selalu pergi..hahaha.. beli makanan kat
luar pun dah dikurangkan.. dulu hari-hari beli makanan sebelum balik rumah.
.sekarang tak buat dah.. masak je apa yang ada... wah, tengok, dah pandai masak
lah..cayalah.. nak berjimat dan dalam masa yang sama boleh kuruskan badan
hehehehe...
2) POTONG
LANGGANAN TAK PENTING:
Alhamdulilah la.. setakat ni astro,
internet, bil air dan elektrik aku tak bayar.. hahah.. Student lah kan, mana
bayar-bayar semua ni, tau guna jup.. hohoho.. Bayar-membayar ni kerja orang
tua, although they did not live with me.. Tapi, walau aku tak bayar semua tu,
tetap kena jimat. Kalau tak duit bulanan kena potong.. hahahaha.. Tak nak, tak
nak..
3) BERTUKAR
KEPADA PREPAID:
Saya memang guna prepaid.. hahaha..
sebulan dalam RM50 jup reload.. Dulu guna line, sebulan sampai dekat RM250..
Orang tua aku pun bising dah, hari-hari bergayut, 3G lah lagi.. Lepas guna
prepaid ni, nak top up sekali sepuluh ringgit pun malas.. hahaha..
4) KURANGKAN
BELI BARANG BRANDED:
Aku ni bukan kaki shopping sangat.. kalau
ada sales baru terkinja-kinja gi shopping complex.. korang semua ni tipulah
kalau tak shopping dan beli barangan branded.. lebih-lebih lagi gegurl kan..
Boboy boleh dikatakan kurang sedikitlah dari gegurl.. tambah macam aku yang ni memang
student hehehe..mesti ada juga la beg dan kasut yang ada brand untuk pergi
kelas kan.. kalau tak de malu la.. orang kata berkira pulak, kadang-kadang depa
kata kite kedekut na.. tapi aku jenis beli sikit-sikit je barang branded bagi
nampak ada.. bukan nak semua branded pun... tapi biasa la time sales la baru
nak borong pun hehehe...
5) JUAL ATAU
BELI BARANG TERPAKAI:
Aku memang tak adalah nak jual
barang ni.. Barang yang ada kat rumah ni semuanya kepunyaan orang tua aku..
hahahaha.. Mampos aku kena rembat dengan batang galah kalau aku jual..
6) KURANGKAN
PERBELANJAAN ATAS KERETA DAN BARANG MAKE UP:
Untuk perempuan yang memang kuat
melawa, tapi taklah lawa mana.. Lawa buah hati aku.. hahahaha.. Tapi,
kurang-kurangkanlah barang make up tu.. Aku tengok mak aku pakai bedak compact,
gincu sedikit dan pakai tudung dah nampak terserlah kecantikannya.. Minyak
wangi sedikit untuk keserian haruman, dah nampak sempurna dah.. Yang penting
cara penampilan sepeti berpakaian menutup aurat itu yang penting, bak kata mak
aku..
7) JANGAN
MEROKOK:
I’m not smoking person.. Thank You.. Merokok merbahayakan kesihatan... Ingat.. Cer cek jantung korang.. Kalau ok, alhamdulillah.. Kalau tak ok, IJN sentiasa terbuka.. Muwahahaahaha
8) KURANGKAN
BELI GAJET ELEKTRONIK:
Alamak nie part yang paling susah
nie.. baru cadang nak sambar barang baru.. tapi tak pe.. utamakan yang penting
dulu.. Macam aku, kalau orang tua aku bagi, aku ambil.. Kalau tak, aku diam
jup, guna jup apa yang ada.. That’s all..
9) BERKONGSI
KENDERAAN & GUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM:
ooo tidak.. payah la nak berkongsi
kenderaan.. tapi aku ada cara lain, naik kenderaan awam.. Jimat minyak, told an
macam-macam lagilah..
10) BUAT
SENARAI BARANG YANG NAK DIBELIKAN:
Sebenarnya ini kena letak tempat
pertama.. tapi tak pe... insyallah aku akan cuba jugak praktikkan... walaupun
agak payah juga tue...
11) HINDARI KAD
KREDIT:
Aku memang tak guna kad kredit...
dulu masa mula-mula nak masuk IPT nak buat akuan bank islam, dia orang ada juga
tawarkan kad kredit.. tapi aku tak isi pun form dia pun... booo layan.. pastu
mai pulak surat dari bank rakyat promote kad kredit.. sori la aku memang tak berminat...
kesian aku tengok orang yang pakai kad kredit pastu tak leh bayar then di
istiharkan muflis...
Ok dear, itu sahaja nak share..
Kepada yang baca entry ni thanks a lot yup.. Jangan lupa amalkan apa yang SAFIE
MOKHTAR update ni. Memang berbaloi.. Dapat jugak save money.. Nak harap duit
berbloger ni tak banyak mana pun.. Tapi adalah jugak.. Ok guyzz, salam…
YOUR SINCERELY:
Mengejek.. Macam sial.. bagi penampar sikit.. Bhahahaahahaha
No comments :
Post a Comment