Thursday, April 25, 2013

10 Fakta Tentang Rokok


Tak tahu nak tulis apa.. Jomlah baca fakta tengtang cigarette ni..


1. Di seluruh dunia, secara purata kira-kira sepuluh juta rokok dibeli hanya dalam tempoh masa seminit sahaja dan 15 billion dijual setiap hari.

2. Kandungan nikotin dalam empat atau lima batang rokok cukup untuk membunuh seseorang dalam masa sehari jika ia terus ditelan.

3. Kini di seluruh dunia, dua daripada lima remaja bawah umur sudah mula merokok dengan kuantiti 13 hingga 15 batang sehari.. Pehhhh…

4. Terdapat 1.1 bllion perokok dicatatkan dalam dunia hari ini dan if trend ini berterusan, jumlah ini dijangka meningkat ke 1.6 billion menjelang tahun 2025.

5. Rokok meningkatkan risiko sakit jantung sebanyak 40% dan 25% untuk strok.

6. Nikotin, lesan bahan bahaya yang terdapat dalam rokok mampu sampai ke otak dalam masa 10 saat sahaja.. Pantasnya…

7. Hidrogen Syanide, salah satu hasil toksik merbahaya yang ada di dalam asap rokok pernah digunakan sebagai bahan kimia pembunuhan ketika World War II.. Bahaya giler..

8. Dalam setiap batang rokok terdapat 20% gula.. So, menghisap rokok juga menambahkan risiko penyakit kencing manis kepada penghisapnya.

9. Setiap lapan saat, satu nyawa melayang akibat menghisap rokok. Akibatnya, ia mencatatkan kira-kira lima juta kematian setiap tahun dengan penyakit akibat daripada rokok..

10. Telah dilaporkan bahawa kira-kira 3000 orang mati disebabkan terhidu asap rokok (second hand smoker) setiap tahun.. Kesiannya, tak bersalah pun..


Nampak tak bahayanya rokok ni.. Cuba-cubalah insaf sedikit.. Mereka yang menjual hanya nak mengaut keuntungan semata-mata.. Si pembeli dan penghisap yang tolol ni pun hanya mempertaruhkan nyawa untuk ke liang lahad.. Yang menjadi masalah, second hand pun mati jugak.. Sedar-sedarlah..

Ingat, membuat perkara yang mensia-siakan dan boleh mengancam atau menganaiya diri, hukumnya adalah haram disisi agama Islam dan berdosa besar.. So kat sini, yang muslim tuh cepat-cepatlah berubah sebelum Allah S.W.T. mengambil balik anugerahNya yang cukup besar ini..



YOUR SINCERELY:

Still waiting.. Tak masuk2 dalam dewan bedah tuh.. Dup dap dup dap..

No comments :

Post a Comment