Thursday, May 2, 2013

Penuan Kulit Wajah.. Boyz, pekalah sikit!!!!


Jangan kata perempuan sahaja, lelaki pun takut jugak dekat penuaan kulit wajah ni.. Penuaan amat digeruni mana-mana orang.. Semua orang nak kelihatan muda sahaja di mata semua orang, termasuklah aku.. Hahahaha.. Walaupun aku lelaki, namun, penjagaan diri amat dititikberatkan terutama pada wajah..

So, jom kita teroka lagi pasal penuaan kulit wajah kita yang sering diabaikan oleh lelaki.. But, lelaki masa kini amat mementingkannya.. Kalah perempuan tau.. Bhahahaha..


Ketahui Punca Penuaan

  1. Pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit.
  2. Tekanan yang berpanjangan.. Arghhh stresss…
  3. Kurang menjaga kesihatanmalah sering kali menganggap masalah kecil boleh diselesaikan dengan mudah..
  4. Salah posisi tidur juga boleh mempercepatkan penuaan. Tidur dengan merehatkan muka korang pada posisi yang sama pada bantal setiap malam boleh menimbulkan kedutan atau lebih biasa dikenali sebagai garis-garis tidur. Lama-lama garis tidur itu akan kekal terukir pada wajah korang.. Ha, padan muka..
  5. Pencemaran, asap dan cuaca yang keterlaluan merupakan salah satu punca utama penuaan kulit wajah.
  6. Sedar atau tidak, tarikan gravity juga memainkan peranan penting dalam perubahan bentuk tubuh apabila meningkatnya usia. Ketika usia nak masuk 50 tahun, kulit akan hilang keanjalannya dan kendur serta geleber mula berlaku pada muka dan bahagian badan yang lain.


10 minit, Jagalah wajah korang

1. Buang sabun itu
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka korang. If kalau korang guna sabun mandi, kulit korang akan menjadi kering disebabkan oleh bahan kimia didalamnya. Gunakan sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit korang dan sapukan amuan bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. If korang kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit korang masih basah. Tempoh masa selama 2 minit.

2. Sental sahaja
Gunakan sental harian yang membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang korang bagi menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari. Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan sental pada hujung jari korang dan dan urut permukaan muka korang dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh masa selama 3 minit.

3. Mandi
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi  dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga korang apabila korang memerlukannya. Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh masa selama 3 minit.

4. Sapukan
Kulit kita sentiasa memerlukan pelembap dengan SPF 15 ubtuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit korang daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur. Sejukkan kulit kering korang dengan losyen badan yang mengandungi Vitamin E dan perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh masa selama 2 minit.



Oklah, that’s all.. Ingat, penjagaan kulit juga amat penting untuk lelaki.. Bukan sahaja perempuan, lelaki juga perlu tampil dengan bergaya sekali.. Ok, thanks a lot to vaseline cause give me a tips to share to all my audience..

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment