Thursday, May 2, 2013

Langkah-Langkah Untuk Berhenti Merokok


Nak tahu tak, untuk berhenti daripada merokok adalah merupakan ujian yang sangat getir bagi seorang perokok tegar.. Dah macam nak jawab SPM pun ada kan.. Bhahahaha.. Macam-macam kaedah sudah diambil, malah kerajaan dan pihak yang terlibat turut membantu dalam mengemukakan pelbagai cara. . But masih belum berkesan lagi atau orang kata tak jalan.. Apa lagi korang boleh lakukan?? So, kat sini aku nak share sedikit sepuluh cara yang boleh korang cuba untuk berhanti merokok. Semoga berjaya..


1. Berhenti sekarang, jangan berlengah
If kalau korang nak berhenti, berniatlah dengan nama Allah S.W.T. untuk berhenti dan ketika korang dalam mood yang baik..

2. Motivasi
Motivasikan diri dan kemahuan yang tinggi, komited dan bersungguh-sungguhlah capai tujuan berhenti merokok tuh. Tiada hasil yang positif dari tabiat merokok itu.. Negatif banyaklah.. Korang ni pun..

3. Jangan lakukan seorang diri
Cari kawan atau rakan sekerja.. Cari geng yang sekepala dengan korang untuk lakukan sama-sama. Sila pastikan geng yang korang cari punyai niat yang sama dengan korang untuk berhenti merokok.. Bukannya dipaksa oleh korang.. Lagi ramai lagi bagus.. Nanti boleh saling nasihat-menasihati dan mulalah timbul kesedaran diri..

4. Dapatkan sokongan keluarga
Jika korang ingin berhenti, pastikan korang dapat sokongan dari keluarga korang. Biar dia orang tahu akan niat dan usaha kita tuh.. Jika korang dah berkeluarga sendiri, minta isteri korang sedia memantau kegiatan dan aktiviti harian korang tuh serta perkembangan korang.

5. Sorok atau buang sebatang rokok setiap hari
Untuk mengelakkan daripada bahan nikotin dan berbahaya aripada teruds masuk kedalam tubuh badan korang, amalkan membuang sebatang rokok setiap hari. Korang juga boleh sorokkan beberapa batang daripada pandangan mata korang. Jadikan ianya sebagai satu rutin though it is complicated. Mesti korang akan merasa rugi sebab buang sebatang rokok tuh.. Kalau dah rasa rugi, buat apa dibeli..

6. Buang segala benda berkaitan dengan rokok
Ambillah inisiatif untuk membuang segala benda yang boleh membuatkan korang teringat pada tabiat merokok. Contohnya kotak-kotak rokok yang lama, bekas abu rokok, pemetik api mahupun mancis.. Kalau ada housemate atau  anak korang yang merokok, bagi penampau sikit.. Bhahahaha..

7. Alihkan perhatian korang
Bijaklah dalam usaha untuk mengalihkan perhatian korang. Contohnya, if korangingin merokok dan terasa hendak merokok lagi, lakukan sesuatu yang boleh membuang segala keinginan merokok tadi seperti bersenam, main game macam aku, mendengar lagu dan lain-lain lagi..

8. Buatkan senarai
Buatlah senarai.. Firstly, buatlah senarai pasal keburukan merokok seperti penyakit-penyakit berbahaya yang bakal dihodapi oleh perokok tegar dan tampalkan di mana-mana atau ditempat yang korang mudah nampak.. Otherwise, korang boleh jugak senaraikan kebaikan berhenti merokok dan pengamalan gaya hidup sihat.

9. Berikan ganjaran
Minta bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan serta rancanglah ganjaran yang boleh korang terima jika berhenti merokok.

10. Cipta area larangan merokok
Ciptalah kawasan larangan merokok sendiri dengan membeli pelekat atau poster dan tampalkannya di setiap sudut rumah korang, termasuk sekali kawasan luar rumah.. Ha, nampak tak idea yang bernas… Yes, yes…

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment