Thursday, May 2, 2013

Cara Makan Yang Sihat


Ha, cuba beritahu aku siapa kat sini yang tak suka makan?? Tak adakan.. Biasalah, semua benda hidup kat dunia ni kecuali manusia makan mengikut kesesuaian masing-masing.. But, manusia ataupun orang dan lebih tepat lagi kita semua, paling tepat sekali koranglah akan makan apa sahaja yang nampak sedap.. Betul tak..

Kita ni apa yang tak masuk dalam mulut dan perut.. Semua masuk.. Tolak batu dengan kayu jup kan.. Weh nak tau tak korang, apa yang kita makan itu penting untuk badan kita.. Pemakanan yang sihat perlu diamalkan agar hidup kita sentiasa sihat dan sejahtera.. Jom kita intai cara pemakanan yang sihat untuk kehidupan yang lebih sejahtera..


  1. Elakkan makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Ini kerana secara semula jadinya pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian
  2. Hindari bahan makanan yang diawetkan. Jika terpaksa membelinya, pastikan tiada "bahan pengawet" tertulis pada label kemasan makanan yang dibeli
  3. Pilih makanan atau minuman yang berwarna semula jadi. Ini kerana, ramai orang terutama kanak-kanak selalu memilih makanan yang berwarna kerana lebih menarik. Namun, makanan berwarna ini sering ditambahkan zat serta pewarna tambahan yang tidak baik
  4. Elakkan menambahkan sos, kicap, garam dan bahan-bahan penyedap rasa secara berlebihan di dalam makanan yang dimasak. Ini kerana, bahan sebegini mengandungi kadar MSG yang tinggi di dalamnya
  5. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin, mineral air, fitonutrien, antioksiden dan serat di dalam makanan sebegini memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan
  6. Teknik pengolahan makanan juga mempengaruhi mutu makanan. Pilih makanan dengan kaedah memasak seperti kukus, rebus atau tumis dengan sedikit minyak sahaja atau minyak dari sayuran. Kaedah menggoreng, memanggang dan bakar dikurangkan sedikit kerana ia mengandungi banyak lemak serta boleh merosak nilai zat kerana dimasak pada suhu yang tinggi.
  7. Banyakkan minum air putih, minimun 8 gelas sehari. Hindari minuman beralkohol, bersoda serta minuman yang mengandungi gula serta kafein yang tinggi. Jus sayuran dan buah juga baik untuk menjaga dan memelihara kesihatan tubuh.


Oklah korang, nak sihat amalkanlah 7 keajaiban diatas ni.. Insyaallah sihat punya.. Opss, jangan lupa bersenam kay.. Itu pun penting untuk menjamin kesihatan kita…


YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment