Sunday, April 7, 2013

10 Tips Membeli Komputer


Komputer merupakan salah satu alat terpenting yang korang perlu ada kalau korang nak berblogging bukan? Hahaha.. Online lagi, game jangan cakaplah.. Sudah semestinyalah connection internet juga perlu. Tetapi kekadang ramai yang tak tahu sangat buying guide pasal komputer ni sebab kebanyakan mak bapak memang akan beli jek selagi ada duit. Tak gitu? Rosak beli baru.. Betul tak?? Inilah manusia, suka membazir..

Aku dah nampak fenomena ni dah lama sejak 2,3 tahun lepas dan melihat gelagat mak bapak yang belikan komputer untuk anak mereka semasa PC Fair berlangsung. Ha..korang pun beli gak ke? hehe.. aku selalu gak gi PC Fair kat Mid tuh, tengok barang apa yang murah.. selalunya RAM, Hard disk, Pendrive antara barangan yang amat laris la jugak masa PC fair dan ramai jugak la yang dok rambang mata dengan spec-spec komputer yang ‘bagak’ punya gile dan harga pun standard la kan.. berbaloi lah dengan spec yang diberikan. Kalau 10 tahun dulu sebuah PC amat mahal. Kalau korang ada bajet RM3000-RM4000 rasanya masa tu korang hanya dapat P4 punya PC, Hard Disk 40GB, RAM256mb, betul tak? Tapi sekarang ni kalau bajet RM4000 tu rasanya korang dah boleh buka studio muzik rasanya kat rumah dengan peralatan yang ada.. hahaha..

Oklah.. cukup aku membebel, bosan pulak korang nanti.. Aku ni entah apa-apa jup, nanti karang merapuh.. Bhahahaha.. Meh sini aku nak kongsikan antara buying guide yang perlu korang patuhi kalau korang nak belian korang itu berbaloi..


1.Jenama ke Brand?
  • dua perkara yang sama tapi tak serupa.. banyak syarikat komputer mempunyai brand.. tapi tak semua mempunyai jenama.. means? Jenama yang dikenali dan juga reputasinya amat baik dikalangan penggunanya. Ini adalah fahaman aku sendiri, so korang jangan la amek ‘port ‘ sangat eh.. hehe… Pilihlah antara jenama komputer yang banyak terdapat di pasaran dan dikenali ramai dikalangan top 10…
  • meh aku kasi antara jenama komputer yang disegani ramai:
  • 1. Apple
    2. Compaq/Hp
    3. Sony
  •  bagi aku dua jenama tersebut adalah menjadi pilihan kalau nak beli komputer. Reputasi memang number 1!
2.Kemahuan atau Keperluan?
  • Dekat sinilah ramai yang keliru antara kemahuan dan juga keperluan. Contoh: Amir nak beli komputer untuk digunakan untuk buat kerja sekolah, buat assignment, folio, etc.. Dia request kat bapak dia suh beli komputer macam iMac atau Sony Vaio. Bapaknya pun belikan la iMac yang HDnya sampai 1TB, RAM4GB… Macam kelas Bahasa Melayu pulak kan.. Hahahaha
  • Cuba korang pikir, adakah itu satu keperluan? Biasanya kalau spec seperti itu sama ada korang adalah video editor ataupun seorang graphic designer layaknya.. Selalunya kalau untuk basic usage setakat nak taip-taip atau print surat dan hantar emel atau mungkin buat web sedikit-sedikit.. cuba tengok spec macam ni kat kedai :
-Hard Disk-below 160GB

-RAM-Minimum 1GB
  • Contoh komputer di pasaran: HP, Compaq, Dell dan banyak lagi yang boleh dapat spec macam tuh kalau tak silap.. Tak payah nak berlagak sangatlah nak pakai iMac konon.. Last-last, function pun dia tak tahu.. Pirahhhh!!!!
3.Cari banyak kedai
  • Ini rasanya selalu korang buat bukan? Tips ni mesti ramai yang dah tau. Tapi nak tau kedai mana tu agak adventure jugak. Jangan sesekali pegi cari di Jusco atau kat pasaraya seperti Tesco dan banyak lagi. Korang akan rugi kalau korang tak pergi tengok kedai komputer macam kat Lowyatt Plaza.

4.Review
  • Baca review mengenai komputer tersebut diinternet dan juga pastikan korang cari komen-komen mengenai komputer tersebut di internet. Download di Youtube atau tanya rakan korang yang pernah membeli komputer berkenaan.. Jangan nak berlagak dan sombong bagai main beli jup macam korang tuh pakar IT.. Bla lah..

5.Masih dalam Bajet
  • Ini selalu orang miss tengok.. memang pada mulanya korang akan rasa murah beli,t hen setelah dipujuk dan diracun dengan racun yang berbisa oleh salesman dan saleswoman yang kadang-kala cun-melecun tuh, maka korang pun add lagi barangan yang tak perlu bagi korang. Contohnya, sebakul CD-R atau DVD-R, glossy paper, dan sebagainya atau mungkin monitor atau speaker yang Maha hebat! Jangan beli! Itu karut saja.. hahaha.. Beli untuk yang perlu jup..

6.Laptop atau Desktop?
  • Kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya. Antara kelebihan desktop berbanding laptop adalah, korang boleh tukar ganti spare part dalam casing korang tu cam kereta.. nak jadikan Wira korang tu Evo? Tak ada masalah punya kalau ada duitnya.. macam tu la kalau korang beli desktop. Korang boleh jadikan desktop korang tu macam studio muzik, TV dan sebagainya. Nak gempak studio astro.. Bhahaha.. Kekurangannya dah tentu la tak boleh nak bawak gi memane ye tak? Takkan nak heret ke mana nak pergi kan? Gila…
  • Kelebihan laptop pula adalah lebih ringan dan juga memudahkan korang nak buat kerje di sana sini. Dan juga kebanyakan laptop sekarang ni dah ada built in wireless dan terbaru korang boleh surf internet terus dengan NETBOOK. Paling tak best tentang laptop ni adalah korang tak boleh nak convert apa-apa pun. Cuma korang bleh upgrade RAM jek.. siot je kan.. tapi pastikan korang beli yang lasak kalau korang selalu gi travel sana sini..

7.Service Center kat Mana?
  • haha.. kalau korang terer cuba korang cari dekat mana ye Authorised service center jenama laptop atau desktop korang kat mana sekarang jugak? ha…dapat dah? Kenapa penting? Sebabnya korang boleh dapat full support dari service center dari korang gi kedai untuk tanya apa masalah..kan?

8.Knowledge is Powersupply..
  • Ini adalah paling penting bagi penggunaan komputer. Jangan korang tak tau yang ada sesetengah user ni tak tau pakai pun. Cuma tau guna internet jek. Tapi penjagaannya tak tau langsung, apa pun tak boleh. Jangan malas nak belajar tips penjagaan komputer korang. Jangan main belasah je sebelum beli. Korang kena lah tau komputer korang tu berape lama jugak warrantynya dan juga apa software yang patut korang install dan tidak.. Ini tak main bedal jup.. Macam buaya lapar seratus hari tak makan.. Muwahahahaha…

9.XP ke Vista ?
  • Ini soalan biasa depa tanya.. ni Vista ke XP? ori ke tak? Sepanjang pengalaman aku duk tanya dengan sales person tu, biasanya korang takkan dpt CD tu. Aku pun tak tau lah kenape dia kasi CD Recovery jek… erm…. kalau betul dah install ori OS kat dalam tu kenape tak kasi jek Box nya sekali berserta semua code yang ada dalam cd pack tu eh? Ini salah satu yang aku duk musykil sampai sekarang ni. Mungkin ada yang pernah jual komputer boleh jelaskan..hehe..
  • Aku suggest korang gunakan XP dari Vista.. tapi terpulang la kan kat korang..a ku lebih prefer XP sebab sudah lama dipasaran dan tidak ada masalah untuk cari software untuk Win XP. Driver pun senang nak cari kalau CD hilang.. hehe..
  • Itu dulukan, but sekarang ni dah ada Windows 7, yang lagi baru Windows 8.. Ikut koranglah nak pakai OS apa.. Aku windows 8.. weeeee

10.Check PC/Laptop Selepas Beli
  • Pastikan korang suruh dia tunjukkan satu-satu dalam description yang korang beli tuh. Antaranya adalah seperti Processor biasanya dalam unit Ghz atau Mhz,untuk RAM biasanya dalam unit MB ,Hard disk pula dalam unit GB dan jangan lupa korang check sama ada diinstallkan sekali office kat dalam tu. Selalunya ada,tapi sekarang aku taktau la ada ke tak. Tanya la dulu sebelum beli tu.. Rasanya ada.. Ni dok pakai windows 8 ni, ada jup semua masa beli tahun lepas..

YOUR SINCERELY:

Show off lepas shopping.. At Monorail IMBI..

1 comment :