Sunday, April 7, 2013

4 langkah menambah berat badan


Hahahaha, baca tajuk jup dah kelakar.. Orang sibok nak kurus, ni sibuk nak bagi langkah macam mana nak tambah berat badan.. Tapi entry ni tok korang-korang yang terlampau kurus kering macam ikan kering untuk mendapatkan berat badan yang ideal.. Basicly untuk lelaki normal yang ketinggian 170cm ke 175 cm berat badan yang normal untuk golongan ni ialah anggaran antara 60kg ke 75kg.. While for perempuan pula rendah sedikit berbanding lelaki.. Anggaran dalam 45kg ke 60kg untuk ukuran tinggi 160cm ke 170cm.. Tidak lebih dan tidak kurang untuk BMI yang sihat.. Oklah, jom baca langkah-langkahnya..


1. Kira keperluan kalori seharian korang atau DCR.
  • DCR korang bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian. Korang boleh google jup macam mana nak kira.. Mr. Google ada depan mata kan.. Jangan malas.. Ni aku bagi contoh sikit kat bawah.. NBi pun dapat dari google gak.. hehehe..
  • Katakanlah ia 1,800kcal sehari. Kita guna angka teresebut untuk langkah seterusnya.

2. Catat pelan pemakanan am korang.
  • Senaraikan makanan dan minuman yang korang biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Korang boleh rujuk kepada fakta nutrisi pada packaging produk-produk tersebut. Kan ada… Baca, jangan malas.. Macam dia sorang yang lapar..
  • Pastikan jumlah kalori seharian korang TIDAK kurang daripada DCR korang atau untuk contoh di sini, 1,800kcal. Ini dinamakan kalori surplus.

3. Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer)
  • untuk menambah jumlah pengambilan kalori korang setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau korang malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
  • Ingat: suplement weight gain itu cumalah makanan. Ia tidak mengandungi apa-apa ramuan ajaib untuk menambah berat badan begitu sahaja.

4. Angkat berat atau weight training.
  • Tak kira lelaki mahupun perempuan, korang wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau korang mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting korang tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang korang luangkan di gym memang sia-sia.


Nak topup satu lagi.. Ini dia..
5. Makan macam kena rasuk syaiton laknatullah.. Bhahaha.. oklah tuh.. tiga dulang pun dia boleh bedal sorang.. Pehhh aku, jahat gaban.. Hahahaha.. Gurau jup..

YOUR SINCERELY:

Posing lagi.. alamak ada pak cik buncit pakai baju oren kat sebelah.. tercapture pulak..

No comments :

Post a Comment