Monday, April 8, 2013

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi


Ha, untuk pakcik-pakcik dan makcik-makcik.. Ada masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan korang mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:
1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan korang. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor..
2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4 kali seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan korang tuh..
3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur dan ikan masin serta jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
4. Jangan merokok. Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa. Memang nak cepat mampos aku tengok korang-korang yang merokok ni..
5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau korang mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan korang dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan korang dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  • Ketahuilah keperluan kalori seharian korang. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu korang kawal atau kurangkan berat badan korang tuh.
  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan korang kawal tahap kolesterol korang dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.\Pastikan ada sumber kalium (potassium) dalam diet korang. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan kalium (potassium) yang baik dan mudah didapati.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein. Penting 
7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

YOUR SINCERELY:

Dalam GO KEYEL lagi..

No comments :

Post a Comment