Tuesday, May 7, 2013

HALA TUJU KORANG LEPAS SPM


Aku pun pernah merasai debaran pada ketika ingin mengambil keputusan spm di sekolah dulu. Begitu mendebarkan sekali. Dan akhirnya, debaran itu hilang begitu sahaja setelah result yang dihulurkan mencapai target yang ditetapkan. Aku rasa korang-korang semua pernah merasai perasaan yang sama. Cuma perasaan selepas mengetahui result kita sahaja yang berbeza. Ada yang menangis kegembiraan, ada yang menangis kesedihan dan ada yang blurr.

Setelah itu, kita mula mengisi borang untuk menyambung pengajian ke tempat yang lebih tinggi. Sudah semestinya Universiti menjadi pilihan utama. Umumnya, pelajar akan mengisi semua surat tawaran yang datang kepadanya. Bila dapat mana-mana tawaran, baru dia akan membuat keputusan either want to going there or not. Jika mendapat lebih daripada satu tawaran untuk ke pusat pengajian, ini akan menimbulkan dilema.

Ada yang ikut kawan-kawan, ada yang disuruh oleh ibu bapa dan ada yang tidak tahu hendak pergi ke mana. Mereka hanya mengikut sahaja kata orang dan kata hati mereka untuk memilih tempat pengajian yang seterusnya. Aku pernah ditanya oleh junior, ke mana harus dia pergi setelah mendapat tawaran? aku pun tergaru-garu kepala macam mana nak jawab.
Jika korang masih tercari-cari menara gading pilihan korang, apakata, fahami sejenak faktor berikut.

Secara amnya korang perlulah:

1-Mempunyai cita-cita yang jelas
  • Dengan cita-cita korang akan menentukan hala tuju perjalanan korang untuk meneruskan pengajian. Katakan korang mahu menjadi seorang guru. Terdapat dua pilihan. Ke maktab atau ke universiti? Both of that mempunyai kelebihan masing-masing. Contohnya, jika korang lulusan maktab korang akan mengajar di sekolah rendah sahaja, manakala jika korang berkelulusan universiti, korang berpeluang untuk mengajar di sekolah menengah. Tetapi lulusan maktab confirm ada kerja, lulusan Universiti belum tentu. Jika korang ingin menjadi seorang jurutera, agak-agaknya sesuai tak jika korang memohon Kolej Kejururawatan Alor Setar? Tentu tidak bukan.

  • Buat sesuatu perkerjaan yang korang minat. Maksudnya, pilihlah minat korang dalam menentukan pekerjaan korang kelak. Banyak keburukan dalam jangka masa panjang jika kita tidak mempunyai minat dalam sesuatu yang kita lakukan. Keburukannya ialah kita akan tertekan dengan kerjaya tersebut dan ini boleh menyebabkan kita melakukan kerja dengan tidak ikhlas. Hasilnya pun akan tidak memuaskan hati. Tetapi minat itu boleh dipupuk. Minatilah profesion kerjaya pilihan korang ,nescaya korang akan suka suatu hari nanti.



2-Keputusan SPM korang
  • If korang mendapat straight A, aku yakin pihak terbabit akan memproses borang permohonan korang dahulu. Korang akan mudah mendapat tempat di mana-mana kemasukan untuk lepasan SPM. Tetapi, ingat bukan korang seorang sahaja yang mendapat keputusan yang cemerlang. Beribu lagi calon mendapat keputusan yang sama dengan kamu-kamu semua ya. Jadi persaingan untuk mendapat tempat di Universiti atau overseas adalah tinggi juga. Jangan terlalu overconfindent yang korang akan berjaya diterima masuk hanya berdasarkan slip spm korang.
  • Katakan keputusan korang tidak sebagus yang diharapkan, A subjek itu manakala subjek ini B. C pun ada. Untuk mendapat tempat di salah satu pengajian tinggi, korang perlu memilih bidang yang sama dengan subjek yang korang dapat A. Katakan korang A semua subjek sains. Mohonlah ke bahagian biologi, fizik atau kimia mengikut kursus yang ditawarkan. Jangan pula korang mengisi borang permohonan untuk ke kursus pengajian syariah Islam pula. Kan tidak kena tu.


3-Kewangan
  • Keluarga korang dari golongan orang yang susah dan tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung yuran pengajian korang. Jadi, korang janganlah demand nak ke IPTS atau hendak ke kolej swasta yang ada artis. Mahal tu. Korang kena fahami masalah ini, dan berbincang dengan keluarga. Seboleh-bolehnya, korang perlu ke pusat pengajian yang yuran pengajian adalah rendah dan milik awam.
  • Selain itu, ada juga pusat pengajian yang memberi elaun kepada pelajarnya. Aku rasa korang juga tahu bukan? Di pusat pengajian ini korang dibayar sejumlah wang setiap bulan oleh pihak kerajaan. Antaranya maktab perguruan sebanyak RM450 sebulan, Institut Latihan Industri RM100 sebulan, UPNM sebanyak RM1100 sebulan, matrikulasi sejumlah RM4000 satu semester dan tajaan syarikat atau badan berkanun akan memberi pelajar tajaan masing-masing mengikut kontrak yang telah ditetapkan.


4-Kesihatan dan gender
  • Faktor kesihatan juga memainkan peranan yang besar bagi menentukan hala tuju korang. Katakan korang mempunyai penyakit asma dan rabun, mengapa masih ingin membuang masa menghadirkan diri ke temuduga cadet pilot Malaysian Airlines System? Jika korang seorang yang tempang, rasanya pekerjaan tentera tidak sesuai dengan korang .Sesetengah universiti memerlukan korang menyelitkan data kesihatan diri korang sekiranya korang ingin memohon sesuatu bidang.
  • Walaupun pada masa kini tiada lagi perbezaan jantina di mana bidang yang sepatutnya dikuasai wanita telah dimonopoli oleh lelaki, begitu juga bidang yang sepatutnya lelaki, ada juga terselit wanita bersama. Walaupun begitu ada juga sesetengah pegurusan yang hanya menerima calon lelaki sahaja untuk mendapat tajaan mereka. Tambahan lagi, faktor jantina mempengaruhi kelayakan korang untuk bekerja di masa hadapan setelah korang tamat course yang korang ambil. Setelah korang graduate, korang (seorang lelaki) memohon jawatan setiausaha syarikat ABC. Ada lagi seorang calon B (wanita-cun) juga memohon jawatan yang sama. Selain kelayakan, bukankah faktor gender mempengaruhi keputusannya nanti.


5-Kemahiran vs sijil
  • Jenis apakah diri korang yang sebenarnya? Semasa bersekolah dahulu korang seorang yang suka menghafal dan mudah memahami teori atau korang seorang pelajar yang gembira apabila kelas amali, korang perform dalam melakukan sesuatu ujikaji dan menguji kemahiran korang? err, faham ke? Korang seorang yang sangat mudah menghafal dan minat belajar atas buku sahaja. Dan korang memang skor kertas 1 dan kertas 2 subjek sains (teori). Oleh yang demikian itu, course sebegini mungkin sesuai bagi kamu; Undang-undang, Sejarah, persuratan dan pengurusan. Bagi orang yang minat praktikal, banyak penawaran dalam bidang sebegini; Kimpalan, automotif, jurutera, dan jentera mesin.
  • Sebenarnya, kemahiran dan sijil perakuan ijazah/diploma adalah sama penting. Kebanyakan syarikat memilih calon berdasarkan tiga kriteria; kelayakan, kemahiran dan juga bahasa. Banyak juga pusat pengajian yang mementingkan pengkhususan dalam sesuatu kemahiran seperti Akademi Binaan Malaysia, Institut Kemahiran Mara, Politeknik dan Institut Latihan Industri. Pusat pengajian ini juga menawarkan diploma/ijazah kepada pemohon dan telah diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Suruhanjaya Akreditasi Malaysia.


6-Penawaran dan peluang di masa hadapan
  • Korang juga perlu bijak menganalisis jangka masa pengajian korang dan juga pasaran tempatan/luar negara. Pengiraan mudah seperti begini, pada zaman 1999, kerajaan melancarkan kempen celik IT di kalangan rakyat. Ramai pelajar jurusan IT mendapat peluang pekerjaan dan ini mempengaruhi calon lain untuk mengambil bidang yang sama. Hasilnya, pasaran menjadi tepu dan ramai lepasan IT menjadi penganggur. Kemudian keluar pula khabar menyatakan kekurangan lelaki dalam beberapa sektor seperti kejururawatan, pendidikan, dan sektor awam. Hasilnya, ramai pelajar lelaki memohon untuk memasuki bidang berkaitan.
  • Korang jangan malakukan seperti di atas. Korang perlu analisis dengan bijak. Fikirkan dan fikirkan. Katakan sebagai contoh, program ijazah mengambil masa 5 tahun, apakah dalam 5 tahun lagi ada peluang pekerjaan? bagaimana dengan persaingan? bagaimana dengan kelayakan minimum? korang perlu bijak memilih bidang korang. Bidang-bidang yang semakin berkembang dan penawaran pasti wujud adalah business, kejuruteraan, komunikasi, dan perhubungan. Bidang tidak berkembang tetapi ada kerja adalah seperti pendidikan, perubatan, undang-undang, dan ketenteraan/polis


6 faktor diatas banyak mempengaruhi calon lepasan spm untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Korang perlu bijak memilih agar tidak menyesal di kemudian hari. Bertanya orang yang berpengalaman adalah kaedah terbaik bagi mendalami minat korang dan mencari tempat pengajian tinggi korang yang seterusnya.

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment